Resepi Ayam Percik Versi Kelantan

Ayam Percik Kelantan

Resepi Ayam Percik Versi Kelantan

Bahan-bahan :

  • 3 keping bahagian peha ayam
  • 4 cawan santan pekat
  • 1 keping asam gelugor
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit bancuhan tepung jagung (untuk memekatkan kuah)
  • 2 inci halia*
  • 4 batang serai, hiris halus*
  • 5 biji bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*(*dikisar halus)

Bahan merebus ayam :

  • 3 ulas bawang putih (dititik)
  • 1 inci halia, hiris
  • 1 keping asam gelugor
  • Sedikit garam
  • Air untuk merebus

Cara masak kuah percik :

  1. Satukan santan dengan bahan kisar halus, kacau rata.
  2. Masak dengan api sederhana sambil dikacau secara berterusan sehingga kuah menjadi pekat dan berkilat.
  3. Tambah garam dan gula secukup rasa. Masak sekejap dan matikan api. Ketepikan.

Cara rebus ayam :

  1. Ayam dibersihkan, dicuci dan ditoskan.
  2. Didihkan air bersama bahan-bahan untuk merebus ayam.
  3. Masukkan ayam tadi dan rebus setengah empuk. Angkat dan toskan.

Cara masak ayam percik versi Kelantan

  1. Ayam tadi dibakar dengan bara api sederhana, sebaik-baiknya menggunakan dapur arang untuk aroma yang lebih sedap.
  2. Sapu kuah percik pada keseluruhan ayam menggunakan batang serai yang dititikkan sambil terus dibakar hingga ayam masak.
  3. Angkat dan tuangkan baki kuah atasnya sebelum dihidangkan.
Loading...

Tags: #ayam percik sedap #cara masak ayam percik #masak ayam percik #resepi ayam percik tengahari #Resepi Ayam Percik Versi Kelantan

Resipi Tradisional Kuih Rempeyek Kacang Tanah Ikan Bilis
Bahan-bahan : 600 gram tepung beras 500 gram kacang tanah 1 biji kelapa
Cara Memasak Ikan Talang Dengan Mudah Dan Sedap
Ikan Talang adalah jenis ikan laut yang popular dalam kalangan pemancing. Ikan laut
3 Cara Memasak Ikan Pekasam Paling Mudah
Resipi 1 Bahan-bahan: 1 ekor ikan pekasam 2-3 biji cili padi 1 biji
Cara Buat Pisang Goreng Yang Rangup Lagi Crispy!
Bila bercerita tentang pisang goreng, kebanyakan orang menyukai pisang goreng. Dengan peredaran zaman,