Fobia Terhadap Haiwan! Selebriti Antarabangsa Ini Juga Tidak Terkecuali

5 Selebriti Antarabangsa Ini Alami Fobia Terhadap Haiwan

Dalam dunia seni hiburan, status selebriti dipandang sebagai seorang idola dan ikon kepada para peminat.

Kebanyakan peminat mengidolakan selebriti disebabkan bakat yang dimiliki atau bentuk fizikal mereka yang menarik.

Malangnya, para peminat seringkali lupa bahawa selebriti sama ada pelakon, penyanyi atau pengacara adalah manusia biasa sama seperti mereka. Malah, sang idola turut memiliki beberapa kelemahan dan kekurangan masing-masing.

Di samping kelemahan, para selebriti juga memiliki ketakutan atau fobia pada sesuatu perkara yang sama dengan masyarakat dunia. Kadangkala, ketakutan yang dialami oleh mereka sangat aneh dan unik di mata kita semua.

Berikut, penulis kongsikan 5 selebriti antarabangsa yang alami fobia terhadap haiwan. Jom kita semak!

1. Kristen Stewart

Kristen Stewart 2017 Photo Face

Nama Kristen Stewart mula meledak selepas membintangi filem pecah panggung iaitu Twilight beberapa tahun lalu. Sejak itu, figura cantik ini menjadi rebutan para pengarah dan penebit filem antarabangsa dalam menjayakan beberapa projek seni. Meskipun berpenampilan ala-ala tomboy, Stewart mengakui memiliki ketakutan terhadap kuda. Fobia yang dihidap oleh Kristen ini dipanggil sebagai equinophobia. Pernah terjatuh ketika menunggang kuda sehingga tulang sikunya patah menyebabkan beliau fobia pada haiwan tersebut. Namun, pemilik nama Kristen Jaymes Stewart ini terpaksa berlawan dengan fobia berkenaan apabila berlakon dalam filem Snow White and the Huntsman dimana terdapat babak memerlukannya menunggang kuda.

“Aku sangat sangat tidak senang kerana harus melakukan itu (menunggang kuda). Aku tidak suka itu, aku benci itu,” – PeoplePets.Com

2. Tyra Banks

2017 Tyra Banks Photo

Tyra Bank, satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi dalam industri hiburan antarabangsa terutamanya di dunia modeling. Disebalik karekternya yang kuat dan tabah, supermodel ini ternyata menghidap fobia pada ikan lumba-lumba. Fobia ini muncul apabila Banks seringkali mengalami mimpi buruk mengenai ikan lumba-lumba sejak masih kecil lagi. Nampaknya, mimpi tersebut benar-benar menghantui pengacara America’s Next Top Model dan berbekas di ingatannya sehinggalah hari ini. Ketakutan ini disebut sebagai delfiniphobia.

“Aku takut pada ikan lumba-lumba sejak berusia 8 atau 9 tahun. Aku bermimpi, aku tengah berada di sebuah kolam dan di sana terdapat lumba-lumba yang terus menerus menyerangku dan aku sangat ketakutan,” – People Magazine

3. David Beckham

David Beckham 2017 Hairstyles

Siapa yang tidak mengenali legenda bola sepak antarabangsa kelahiran British, David Beckham. Bukan sahaja dikurniakan rupa paras yang kacak bergaya dan bertubuh atletis, kehidupannya dilihat sempuna dengan kehadiran isteri yang cantik rupawan serta empat cahaya mata yang mengagumkan. Namun, siapa sangka bekas pemain Manchester United dan Real Madrid ini takut pada katak.

“Aku takut pada katak. Aku bukan penggemar katak dan aku tidak boleh bohong,” – BBC.

Selain katak, Beckham juga diketahui fobia pada burung atau dipanggil ornithophobia. Ternyata, berbadan tinggi dan tegap tidak menjaminkan Beckham untuk tidak takut pada apa-apa sahaja.

4. Nicole Kidman

Nicole Kidman 2017 Face

Takut terhadap kupu-kupu! Itulah fobia yang dihadapi oleh aktres Hollywood, Nicole Kidman ini. Ketakutan terhadap kupu-kupu ini bermula sejak Kidman masih kanak-kanak lagi. Malah, bintang filem Before I Go To Sleep dan The Paperboy ini pernah ke galeri kupu-kupu dalam usaha melawan ketakutan yang membelenggu dirinya, namun perkara berkenaan tidak dapat menghilangkan ketakutannya. Ketakutan terhadap kupu-kupu dikenali sebagai lepidopterophopia.

“Ini sangat aneh. Aku tidak takut terhadap ular ataupun labah-labah tetapi kupu-kupu,” – In Style Magazine.

5. Justin Timberlake

Justin Timberlake 2017 Photo

Lagu-lagu seperti SexyBack, Get It To Me, Suit & Tie serta Mirrors, sedikit sebanyak mengangkat nama Justin Timberlake sebagai seorang penyanyi di mata dunia. Sebelum bergelar penyanyi solo, Justin Timberlake pernah menganggotai boyband Nsync yang cukup popular sekitar 90-an. Untuk pengetahuan pembaca, Timberlake sangat takut pada labah-labah. Ketakutan yang dialami bekas kekasih Britney Spears ini disebut sebagai arachnophobia.

“Aku pernah menelefon bahagian resepsi hotel untuk datang dan menangkap labah-labah yang terdapat di dalam bilik hotel. Aku sangat takut untuk menangkapnya dengan sendiri,” -PopCrush.Com.

Malah, figura tampan ini juga fobia pada ular dan ikan jerung.

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Artis Antarabangsa Fobia Pada Haiwan #Fobia Artis Hollywood #fobia pada haiwan #Fobia Selebriti Antarabangsa #Selebriti Antarabangsa Fobia Pada Binatang

Fara Hezel, Pelantun Lagu Terasa Cinta & Kakak Aiman Tino
Korang kenal tak gadis cantik molek bernama Fara Hezel ini? Kalau nak tahu,
Isa Khan, Penyanyi Lagu Syurga Yang Sempurna
Tersingkir di minggu kedua Akademi Fantasia (AF) 2016 tidak memudarkan semangat jejaka bernama
Wanna Ali, Aktres Cantik Persis Diana Daniella
Muda, cantik dan berbakat. Itulah tiga perkataan yang muncul di fikiran penulis mengenai
Biodata Lara Alana, Anak Kesayangan Awal Ashaari & Scha Alyahya
Lara Alana, satu nama yang tidak asing lagi dalam kalangan peminat seni hiburan

Comments are closed.