Selesaikan Hutang Rumah Awal Dengan Kaedah Refinance

Refinance Loan Rumah

Penyelesaian Awal Pinjaman Perumahan Dengan Cara Refinance
Untuk pemilik rumah di Malaysia serta pelabur hartanah yang tidak pasti samada ingin memegang harta itu untuk jangka masa panjang atau mempunyai rancangan untuk menjual harta itu dalam tempoh terdekat, tidak semua pakej pembiayaan semula akan memberikan manfaat pembiayaan semula yang terbaik. Pembiayaan semula dengan ciri-ciri Zero-Entry Cost atau Zero-Moving Cost mungkin tidak semestinya pilihan yang terbaik. Ia bergantung kepada keperluan kewangan anda.

Di bawah pakej tersebut, walaupun anda tidak perlu membayar apa-apa yuran seperti yuran pemprosesan, yuran guaman, duti setem dan yuran penilaian awal, namun pinjaman kadangkala tertakluk kepada kadar faedah yang lebih tinggi dengan yuran penalti penebusan pinjaman awal dalam lingkungan 5% (kadar berbeza mengikut bank). Ini biasa berlaku kepada pinjaman perumahan yang mempunyai lock in period. Kebiasaannya setiap pinjaman perumahan mempunyai lock in period sehingga tempoh 5 tahun (bergantung kepada bank).

Kebiasaannya pinjaman perumahan mempunyai lock in period yang mana, dalam tempoh 5 tahun ke bawah, pihak bank akan mengenakan cas tertentu, sebagai contoh kadar 5% ke atas jumlah pinjaman jika penyelesaian awal berlaku sebelum tempoh 5 tahun. Ini adalah cara bank mengimbangi keuntungan ke atas pinjaman yang diberikan kepada peminjam. Kita boleh mengira kadar penalti penyelesaian awal pinjaman perumahan dan menyemak kadar interest bank semasa yang menguntungkan.

 

logo-150x150 Selesaikan Hutang Rumah Awal Dengan Kaedah Refinance

Encik Shino

More Posts - Website

Follow Me:
facebook Selesaikan Hutang Rumah Awal Dengan Kaedah Refinance

Loading...

Tags: #apa itu lock in period #cara buat refinance pinjaman perumahan #Cara Refinance pinjaman perumahan #kaedah penyelesaian awal pinjaman perumahan #kira penyelesaian pinjaman perumahan #Penyelesaian Awal Pinjaman Perumahan

Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kelebihan Pelaburan Dalam Hartanah dan Aset
Pelaburan dalam aset dan hartanah boleh memberikan beberapa kelebihan kepada pelabur. Berikut adalah
Overlap Loan : Pinjam Wang Untuk Bayar Pinjaman
Mengambil pinjaman baru untuk membayar pinjaman sedia ada selalunya tidak disyorkan, kecuali dalam
Strategi Kurangkan Beban Hutang Pinjaman Bank
Untuk mengurangkan beban hutang pinjaman bank anda, anda boleh melaksanakan beberapa strategi yang

Leave a reply "Selesaikan Hutang Rumah Awal Dengan Kaedah Refinance"