Biodata KDYMM Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, Berjiwa Rakyat Disanjungi Lagi Disukai

Sultan Kelantan Berdoa Selepas Solat 2

KDYMM Sultan Muhammad ke-V, Sultan Kelantan Ke-29

Kebawah Duli Yang Maha Mulia KDYMM Sultan Muhammad ke-V diputerakan pada 6 Oktober 1969. Baginda merupakan Sultan yang memerintah negeri Kelantan yang ke-29. Baginda dimasyurkan pada 13 September 2010 bersamaan dengan 4 Syawal 1431 Hijrah dan menggunakan gelaran Sultan Muhammad V. Sebelum ini baginda merupakan Tengku Mahkota Kelantan dan bergelar Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Faris Petra lbni Sultan lsmail Petra.

Baginda merupakan putera sulung kepada Sultan Kelantan terdahulu iaitu Sultan Ismail Petra ibni al-Marhum Sultan Yahya Petra dan Tengku Anis Binti Tengku Abdul Hamid. Baginda mempunyai tiga orang adinda iaitu Yang Amat Mulia (Tengku Mahkota) Tengku Muhammad Faiz Petra lbni Sultan Ismail Petra, Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra lbni Sultan lsmail Petra, dan Yang Amat Mulia Tengku Amalin A’ishah Putri lbni Sultan lsmail Petra.

KDYMM Sultan Muhammad V telah dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong sehingga tahun 2016. Kini, selepas persidangan raja-raja Melayu, baginda telah dilantik sebagai Yang Dipertua Agong yang ke-15 dan Sultan Perak, KDYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pula dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang baru. Perlantikan ini berkuatkuasa bermula 13 Disember 2016 selama lima tahun.

KDYMM Sultan Muhammad V merupakan salah seorang raja yang berjiwa rakyat dan keadaan ini menjadikan baginda sangat dekat dihati penduduk negeri Kelantan. Apa yang menarik berkenaan perwatakan Sultan Kelantan ini ialah baginda sering membahasakan dirinya sebagai “kita” “ambo” dan “saya”. Tidak seperti kebiasaan raja-raja melayu menggunakan panggilan “beta”.

Selain itu, KDYMM Sultan Muhammad V juga menukarkan lafaz “Daulat Tuanku” kepada “Allahu Akbar” supaya pelafaznya mendapat pahala. Sejak ditabalkan sebagai Tengku Mahkota Kelantan pada 6 Oktober 1985, baginda lebih suka mengenakan jubah atau berbaju Melayu, berkain pelikat serta berkopiah putih ketika melawat rakyat. Baginda juga tidak kekok duduk bersila bersama rakyat semasa mengadakan lawatan ke kampung-kampung, malah baginda juga amat mengambil berat berkenaan kebajikan rakyat tanpa hebahan dan pengetahuan media, menjengah kehidupan rakyat yang memerlukan pembelaan.

Sultan Muhammad V mendapat pendidikan awal di Sekolah Sultan Ismail I sebelum melanjutkan pelajarannya ke sekolah antarabangsa Alice Smith di Kuala Lumpur. Baginda kemudian melanjutkan pelajaran ke Oakham School Rutland, England, sehingga tahun 1989 sebelum meneruskan pengajian dalam bidang kajian diplomatik di St. Cross College, Oxford serta di Oxford Centre for Islamic Studies pada tahun 1991. Sultan Muhammad V juga merupakan Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Hobi baginda di masa lapang ialah baginda amat gemar membaca, serta meminati sukan lasak seperti ekspedisi kenderaan pacuan empat roda dan kejohanan kuda lasak. Baginda juga meminati sukan memanah, boling serta memelihara haiwan kesayangan seperti kuda, kucing, ayam dan burung.

Baginda juga merupakan Komander 506 Askar Wataniah berpangkat Brigadier Jeneral (Kehormat) dan turut melibatkan diri dalam pelbagai pertubuhan kebajikan dan sukan selain aktif berperanan dalam organisasi berkaitan dengan keselamatan dan ketenteraan.

Info Menarik Sultan Muhammad ke-V, Sultan Kelantan ke-29

Nama : Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Faris Petra lbni Sultan lsmail Petra

Gelaran : Sultan Muhammad ke-V

Tarikh Diputerakan : 6 Oktober 1969 ( Kota Bharu, Kelantan)

Keluarga : Anak sulung daripada empat beradik.

Tarikh Dimahkotakan Tengku Mahkota Kelantan : 6 Oktober 1985 dan kemudian dilantik sebagai Pemangku Raja Kelantan pada 24 Mei 2009

Pendidikan :

  • Pra-sekolah – Tadika Fatima Convent, Kota Bharu 1974 – 1975
  • Sekolah Rendah Sultan Ismail 1, Kota Bharu, Kelantan 1976- 1981
  • Kelas Persediaan – The Alice Smith School,
  • A-Level – Oakham School Rutland, England 1983-1989
  • Pengajian Diplomatik – St. Cross College dan Oxford Centre for Islamic Studies 1989-1991
  • Pengajian Hubungan Diplomatik dan Pentadbiran Perniagaan – Huron University College, London
  • Pengajian Perhubungan Diplomatik – Deutsche Stiftung Internationale Entwicklung, Berlin
  • European Business Administration – European Business School London

Hobi : Membaca, ekspedisi pacuan empat roda, kuda lasak, menembak, memanah, sukan badminton, sukan bolasepak, sukan bowling dan sukan go-kart

Kehidupan Sosial / Agama :

  • Ziarah anak yatim, rakyat miskin yang ditimpa bencana
  • Ziarah masjid dan solat sunat terawih di seluruh negeri sepanjang Ramadan
  • Didampingi oleh para alim ulama Islam terkenal

Penglibatan : 

  • Brig-Jeneral (Kehormat) Komander 506 Askar Wataniah
  • Penaung Persatuan Bulan Sabit Merah
  • Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  • Menubuhkan Yayasan Sultan Kelantan

Darjah kebesaran :

  • Darjah Kerabat (DK) dari Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Perak dan Perlis
  • Seri Paduka Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (Al-Muhammadi 1) (SPMK)
  • Seri Paduka Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia) (Al-Ismaili 1)(SJMK)

Wikipedia : https://en.wikipedia.org/wiki/Muhammad_V_of_Kelantan

Gambar menarik DYMM Sultan Muhammad ke-V, Sultan Kelantan ke-29

Biodata Sultan Kelantan Dymm Sultan Kelantan Melihat Teknologi Dron Gambar Dymm Sultan Kelantan Gambar Sultan Kelantan Sultan Kelantan Ibadah Haji Sultan Kelantan Solat AsarSultan Kelantan BersilaSultan Kelantan Melawat Pusara Tok Guru

Gambar Sultan Muhammad V Semasa MudaGambar Kdymm Sultan Muhammad VGambar Sultan Kelantan Pakai JubahGamabr Sultan Muhammad V Sedang Berdoa Gambar Sultan Kelantan

Sultan Kelantan Berdoa Selepas Solat

Sultan Kelantan Bertemu Rakyat Sultan Kelantan Dalam Masjid Sultan Kelantan Dengan Arwah Tok Guru Nik Aziz Sultan Kelantan Ke 29 Berjiwa Rakyat Sultan Kelantan Ke 29 Sultan Kelantan Melawat Rakyat Yang KesusahanSultan Kelantan SolatSultan Kelantan Yang Dipetuan Agong Ke 15Sultan Muhamad V Bertemu Rakyat Sultan Kelantan Melakukan Ibadat Korban Sultan Kelantan Melawat Gua Musang Sultan Kelantan Melawat Pusara Al Marhum Tok Guru Nik AzizSultan Muhammad V Solat BerjemaahSultan Muhammad VSultan Muhammad V Dalam Majlis Maulidur Rasul Sultan Muhammad V Di Majlis Agama

Carian Berkaitan

sultan kelantan berjiwa rakyat, sultan kelantan v menembak, biodata sultan kelantan, sultan kelantan, sultan kelantan allahu akbar, sultan kelantan jadi agong, sultan kelantan pendidikan

Artikel Berkaitan

Tags: #biodata sultan kelantan #biodata Sultan Muhammad ke-V #biodata yang dipertuan agong ke-15 #info menarik DYMM sultan Kelantan #KDYMM sultan kelantan #koleksi gambar sultan kelantan #koleksi gambar terbaik sultan kelantan #latarbelakang sultan kelantan #pendidikan awal sultan kelantan #Sultan Kelantan #sultan kelantan berjiwa rakyat

Kelebihan, Kekurangan Dalam Konsep Hibah ASB
Kelebihannya hibah ASB Jadi adakah patut anda membuat hibah amanah ini? Selagi anda
Konsep Hibah ASB Dan Cara Mengira Caj Pentadbiran
Apakah konsep Hibah ASB? Seperti sedia maklum, ramai antara kita ada simpanan di
Soal Jawab Hibah Amanah Saham Bumiputera
Soal jawab mengenai Hibah ASB 1. Pemegang akaun ASB muflis selepas menandatangani perjanjian Hibah
Prosedur Menuntut Harta Pelaburan Melalui Konsep Hibah ASB
Prosedur menuntut harta pelaburan si mati melalui konsep Hibah ASB adalah seperti berikut

Comments are closed.