5 Tanda Penting Pasangan Tidak Berminat Melamar Anda! Wanita Kena Baca Artikel Ini!

Melamar Pasangan

Dilamar oleh kekasih hati untuk menjadi seorang isteri merupakan impian setiap wanita diluar sana. Paling menarik, apabila lamaran itu dibuat secara kejutan dan disaksikan oleh orang ramai.

Namun, sebahagian dari wanita turut mengalami masalah apabila pasangan masing-masing bukan sahaja tidak pernah melamar bahkan tidak berminat untuk berkahwin.

Nah, ini 5 tanda penting yang perlu diketahui oleh wanita jika pasangan tidak berminat untuk melamar anda. Take a look!

1. Memiliki 1001 alasan

Seringkali terdapat alasan yang logik dari pasangan dalam menunda atau menangguh pernikahan. Kebiasaannya alasan seperti umur masih muda atau wang tidak mencukupi akan selalu diungkap pasangan jika berbicara tentang pernikahan walaupun berpangkat besar dalam pekerjaan.

2. Meminta Alasan Kenapa Perlu Bernikah?

Tidak semua manusia memikirkan hal berkaitan perkahwinan merupakan satu perkara yang penting dalam kehidupan. Jika pandangan anda dan pasangan adalah berbeza, sebaik-baiknya berhentilah menyakinkan diri sendiri bahawa semua perkara berjalan lancar seperti biasa.

3. Seringkali Memberi Komen Negatif Tentang Temannya Yang Berkahwin

Jika anda pernah mendengar pasangan memberi komen yang negatif tentang teman-temannya yang sudah berkahwin dan menyatakan bagaimana mereka boleh hidup lebih bahagia ketika bujang berbanding berpasangan, ini adalah salah satu tanda dari pemikiran pasangan anda tentang perkahwinan. Dari sini, anda boleh membuat kesimpulan mengapa pasangan anda tidak melamar sampai sekarang.

4. Tidak Dekat Dengan Keluarga Dan Sahabatnya

Sepanjang tempoh bercinta, pernahkah pasangan membawa anda berjumpa dan berkenalan dengan keluarganya atau keluar bersama kenalan rapatnya? Jika tidak, ini menjadi petanda bahawa pasangan tidak berharap hubungan dengan anda berlangsung dengan lebih panjang.

5. Selalu Bertengkar Apabila Bicara Tentang Masa Depan Bersama

Jika selalu mengalami hal ini bersama pasangan, lebih baik mengundurkan diri daripada menderita disebabkan perangai pasangan anda. Jangan buang masa menunggu seseorang yang tidak mahu menghabiskan masa depannya dengan anda.

 

azlan-150x150 5 Tanda Penting Pasangan Tidak Berminat Melamar Anda! Wanita Kena Baca Artikel Ini!

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #5 Tanda Pasangan Tidak Berminat Melamar Anda #cara nak tahu lelaki suka kita dalam diam #hati lelaki yang sebenarnya #melamar kekasih #melamar pasangan #sebab pasangan tak minat melamar anda #Tanda Penting Pasangan Tidak Berminat Melamar Anda

Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kelebihan Pelaburan Dalam Hartanah dan Aset
Pelaburan dalam aset dan hartanah boleh memberikan beberapa kelebihan kepada pelabur. Berikut adalah
Overlap Loan : Pinjam Wang Untuk Bayar Pinjaman
Mengambil pinjaman baru untuk membayar pinjaman sedia ada selalunya tidak disyorkan, kecuali dalam
Strategi Kurangkan Beban Hutang Pinjaman Bank
Untuk mengurangkan beban hutang pinjaman bank anda, anda boleh melaksanakan beberapa strategi yang

Comments are closed.