Ciri Perempuan Yang Disukai Lelaki. No. 6 Paling Ramai Buat Silap!

Ciri Perempuan Yang Disukai Lelaki. No. 6 Paling Ramai Buat Silap!

Ada wanita pasti tertanya-tanya apakah yang dimahukan seorang lelaki dari mereka? Mestilah ramai diantara kita ingin menjadi dambaan kekasih sendiri. Siapa lagi yang kita mahu dipuji, disayangi, dikagumi kalau bukan suami atau teman lelaki sendiri.

Ciri- ciri Perempuan Yang Disukai Lelaki

Menurut dari sebuah kajian sains, seorang wanita yang mempunyai ciri-ciri tarikan bukan sahaja menyenangkan hati pasangan malah hubungan cinta itu jadi semakin kuat dan kekal. Berikut adalah jenis-jenis atau ciri-ciri wanita yang disukai lelaki.

  1. Kecantikan Dalaman

Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai lelaki. Kalau cantik, itu dikira sebagai bonus. Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya hanya untuk mencari nama dan wang. Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan.

  1. Berpegang Kepada Agama

Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki.. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah. Memang beruntung mana-mana lelaki yang beristeri dengan wanita sebegini.

  1. Pandai Menjaga Kecantikan

Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan dirinya. Wanita dan kecantikan memang susah nak dipisahkan. Mereka akan kelihatan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan diri. Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka bangga.

  1. Berakhlak Mulia

Wanita yang berakhlak mulia dikenali juga sebagai wanita soleheh. Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah. Merekalah ibu, isteri, kekasih dan penyokong kepada suami.

  1. Manja

Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang ada sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Tapi, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau tidak sesuai, menampakkan wanita tu seperti kurang matang.

  1. Tidak Mempamer Keseksian

Lelaki suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita, namun tidak suka menjadikannya sebagai isteri kerana keindahan diri wanita tu seolah-olah menjadi barang pameran untuk mata semua lelaki.

  1. Tidak cerewet

Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet. Mengapa pula? Sebab wanita yang cerewet boleh merimaskan dan mudah menyebabkan lelaki menyampah dengannya. Biasanya, wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun perkara itu hanyalah perkara kecil.

  1. Berpelajaran

Wanita berpelajaran dan mempunyai ilmu di dada juga adalah tarikan dan faktor utama hubungan berkekalan. Lelaki lebih tertarik dengan wanita yang bijak dan bijak berkata-kata.

  1. Memahami Lelaki

Wanita yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka. Pendek kata, tanpa perlu suami berkata-kata, dia sudah dapat membaca riak muka suaminya. Lantas, bertindak menghiburkan atau memberi kekuatan.

  1. Sejuk Mata Memandang

Wanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang lelaki. Bagaimana ciri-ciri wanita yang sejuk mata memandang? Ini antaranya :

  • Bersopan satun
  • Sentiasa memansikan wajah
  • Sentiasa senyum
  • Menutup aurat
  • Ramah dan mesra
  • Tidak terlalu cemburu
  • Menghormati orang lain
IMG_20171206_114610-150x150 Ciri Perempuan Yang Disukai Lelaki. No. 6 Paling Ramai Buat Silap!

A. Manaf Mohammad

More Posts

Loading...

Tags: #ciri-ciri gadis dambaan lelaki #ciri-ciri wanita kesukaan lelaki #ciri-ciri wanita pilihan #gadis #jenis perempuan yang lelaki suka #jenis wanita yang menarik bagi lelaki #jenis-jenis wanita yang lelaki ingin jadikan isteri #pandangan lelaki kepada wanita #perempuan #perempuan seksi #perempuan yang lelaki suka #wanita #wanita idaman lelaki

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan

Leave a reply "Ciri Perempuan Yang Disukai Lelaki. No. 6 Paling Ramai Buat Silap!"