Amalan Pagi Yang Akan Menurunkan Berat Badan Anda Dengan Cepat!

Amalan Pagi Yang Akan Menurunkan Berat Badan Anda Dengan Cepat!

Mempunyai  amalan pagi yang menyihatkan boleh menentukan bagaimana keseluruhan hari kita. Amalan pagi yang boleh meningkatkan metabolisma dapat membantu membakar lebih kalori sepanjang hari. Malah, amalan pagi yang sihat dapat menurunkan berat badan yang berlebihan.

Terdapat beberapa perkara yang kita boleh gabungkan dalam amalan di waktu pagi untuk meningkatkan metabolisma dan seterusnya secara tidak langsung akan membantu menurunkan berat badan.

  1. Minum Air Lemon

Jus Lemon

Minum secawan air lemon suam boleh bantu meningkatkan sistem pencernaan, melancarkan pembuangan air besar dan meningkatkan kadar metabolik. Meminum air lemon sepanjang hari akan bantu memastikan kadar metabolik berada pada tahap yang tinggi.

  1. Sentiasa Membawa Air Kosong

Air Masak

Meminum 2 gelas air sebaik sahaja bangun daripada tidur membantu badan kekal hidrat dan mengaktifkan kembali metabolisma yang menurun sewaktu kita tidur. Antara tips air yang terbaik adalah menyediakan 2 set botol air setiap pagi. Minum 1/2-1 air setiap sejam daripada setiap botol tersebut. Kaedah ini akan membuatkan kita sentiasa ingat untuk meminum air dan menjadikan kita kekal hidrat.

  1. Makan 2 Biji Telur

Telur Goreng

Protein yang terdapat dalam telur memberi rasa kenyang buat masa yang lebih lama dan turut berfungsi membakar kalori. Makan sejumlah protein yang baik pada waktu pagi akan membantu meningkatkan kadar metabolisma. Telur mengandungi jumlah protein yang tinggi. Makan 2 biji telur setiap hari membantu kita berasa kenyang lebih lama.

Jika kita seorang yang bukan penggemar telur, kita boleh menggantikan telur tersebut dengan semangkuk cereal tinggi protein. Paling penting, jauhi makanan manis ketika sarapan kerana ia boleh meninggikan kadar insulin dan secara tidak langsung menaikkan lagi selera makan anda untuk hari tersebut.

  1. Lakukan Sesuatu Untuk De-Stress

Yoga Senaman

Selepas bangun tidur, cuba ambil masa untuk melakukan sesuatu yang dapat menghilangkan rasa stres. Contohnya dengan menghirup udara segar atau menulis jurnal. Solat, membaca Al-Quran atau bermeditasi juga adalah amalan yang amat baik untuk mengurus emosi. Apabila anda stres, paras kortisol akan menigkat, dan salah satu fungsi kortisol ini adalah menyimpan lemak dalam perut. Stres juga merendahkan kadar metabolisme tubuh.

  1. Minum Air Kopi (Tanpa Gula)

Kopi Lazat

Kopi mengandungi kafein iaitu sejenis bahan psychoaktif yang meningkatkan fungsi mental dan fizikal. Kafein tersebut akan merangsang sistem saraf untuk menghantar isyarat ke sel lemak untuk menghancurkan lemak yang ada dalam badan. Malah, kafein dalam kopi ini meningkatkan prestasi senaman atlit sebanyak 11-12%. Anda digalakkan untuk minum kopi setiap kali sebelum memulakan senaman untuk lebih bertenaga.

Kopi juga meningkatkan kadar metabolisma badan 3-11% berdasarkan satu kajian. Semakin tinggi metabolisma badan anda, semakin senang untuk anda kuruskan badan dan anda juga boleh makan lebih banyak tanpa ada kenaikan pada berat badan. Kesimpulannya, minum 3-4 cawan kopi setiap hari amat membantu dalam usaha anda kuruskan badan – merangsang sistem saraf, menigkatkan prestasi senaman dan meningkatkan metabolisma anda. Praktikkan minum tiga cawan kopi setiap hari. Elakkan daripada menggunakan gula untuk ‘memaniskan’ kopi sebaliknya gantikan dengan stevia.

  1. Tidak Mengambil Gula Secara Langsung

Kurangkan Gula

Terdapat dua jenis gula. Pertama, gula semulajadi (good) – gula yang sudah wujud di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran. Kedua, gula tambahan (bad) – gula yang ditambah di dalam makanan untuk menaikkan perasa seperti di dalam kek, makanan ringan, air berkarbonat, jus di dalam tin, gula-gula, air kordial, ais-krim dan sebagainya. Jauhi gula tambahan dan lihatlah penurunan mendadak pada berat badan anda.

  1. Buat Sedikit Senaman Regangan dan Aerobik (Cardio)

Senaman Awal Pagi

Senaman regangan dan aerobik yang mudah setiap pagi membantu anda melegakan otot-otot yang tegang dan sangat berkesan untuk anda kuruskan badan dengan cara betul dan membakar lemak terutama di bahagian perut. Ketegangan otot ini dipercayai memberi respon stres yang sama seperti tekanan emosi.

Dengan melakukan senaman cardio seperti berjalan, berlari, berenang telah menunjukkan pengurangan lemak di bahagian perut menurut beberapa kajian. Maka dengan melakukan senaman di pagi hari, seseorang lebih cenderung berasa gembira dan ini meningkatkan kesan hormon yang positif dalam tubuh.

Selain itu, ia juga membantu melancarkan pengaliran darah, sekaligus menjadikan tubuh lebih bertenaga.

Loading...

Tags: #amalan pagi untuk diamalkan #Amalan pagi yang akan menurunkan berat badan dengan cepat #amalan pagi yang betul agar badan kekal sihat #amalan pagi yang sihat #amalan pagi yang sihat agar badan cepat kurus #amalan pemakanan pagi untuk kurus #diet kurus menjadi #kurus #menguruskan badan #petua kuruskan badan #tabiat pagi untuk mudah kurus #turunkan berat badan dengan amalan pagi ini

Panduan Mudah Menanam Bayam Dalam Pasu
Bayam atau dalam bahasa Inggerisnya dikenali sebagai ‘Spinach’ adalah spesies Amaranthus gangeticus yang
Tips Menanam Sayur Di Ruangan Sempit
Berkebun dengan menggunakan bekas seperti botol plastik, polibeg atau pasu boleh menjadi satu perkara yang menyeronokkan. Hal ini amat sesuai
10 Syarikat Penerbangan Tambang Termurah Di Dunia. Jangan Terkejut Kalau Baca!
Tambang murah tidak selalu bererti kualiti yang rendah. Jika anda ingin terbang dari
Ini Ciri-Ciri Perempuan Yang Dibenci Lelaki
Ciri-Ciri Perempuan Yang Dibenci Lelaki Kaum lelaki memang sempoi dan adakalanya agak selekeh,

Leave a reply "Amalan Pagi Yang Akan Menurunkan Berat Badan Anda Dengan Cepat!"