Cara Nak Kaya Dengan Kerja Makan Gaji

Cari Duit Lebih

Mempunyai pendapatan pasif setiap bulan

Pakar berkata ramai orang kaya di dunia ini mencapai kebebasan kewangan melalui pendapatan pasif. Maksud pendapatan pasif dalam bahasa mudah adalah, duit masuk tanpa kita perlu bekerja untuknya. Contoh pendapatan pasif adalah membeli rumah, dan menyewakannya kepada orang lain. Kita sebagai pemilik rumah akan mendapat sewa pada setiap bulan tanpa kita perlu bekerja untuk perkara itu.Berbanding pendapatan aktif, kita perlu bekerja dan menjual hasil perkhidmatan untuk memperolehi pendapatan.

Hidup di bawah kemampuan

Itu antara syarat ketat untuk menjadi kaya dengan makan gaji. Adakalanya kerana mengikut trend sedia ada, kita jadi pak turut supaya tidak ketinggalan. Contoh, trend membeli kereta model terkini atau membeli telefon pintar. Sedangkan kita sedar, kita belum mampu barang tersebut dengan gaji sedia ada.

Simpanan wajib

Tetapkan matlamat jumlah berapa yang ingin disimpan. Antara cara orang kaya adalah mereka simpan dulu, baru berbelanja. Pemikiran dan jiwa kita akan berbeza apabila kita ada simpanan wang yang banyak. Bayangkan perasaan kita apabila ada simpanan RM10 dengan RM10,000. Mana lebih seronok?

Berbelanja dengan berhemah

Amalkan  prinsip “tengok poket sendiri”. Berbelanja hanya ketika perlu sahaja bukan kemahuan.

Loading...

Tags: #bisness orang makan gaji #cara duit lebih walaupun kerja makan gaji #cara jana duit poket #cara nak kaya dengan selamat #cara simpan duit lebih #cara tambah duit lebih #tips nak tambah duit masa depan

Anda Lelaki & Nak Jadi Sado? Ini 3 Pusat Gimnasium Milik Artis Popular Malaysia
Ibarat cendawan tumbuh selepas hujan, pusat kecergasan atau gimnasium banyak dibuka di pusat
Kantoi! Ini Cara Mengesan Seseorang Itu Bercakap Bohong Atau Menipu!
Tidak ada seorang pun di dunia ini yang ingin dibohongi. Seiring dengan berkembangnya
Lelaki! Ikuti 5 Tips Mudah Ini Untuk Tampil Segak Di Aidilfitri
Siapa yang tidak ingin tampil segak bergaya dan menawan saat menyambut Hari Raya
Perginya Ramadan, 4 Momen Ini Paling Dirindu Kita Semua!
Lebih kurang beberapa hari lagi bulan Ramadan bakal meninggalkan umat Islam seluruh dunia. 

Comments are closed.