Elvina Mohamad Pelakon Darah Campuran Melayu-Siam Dalam Drama Berjudul Mariam Alisa

Elvina

Nama Elvina Mohamad agak baru ketika ini memandangkan ia lebih dikenali dengan nama Elvina Teylv di media sosial. Nama Elvina Mohamad telah digunakan atas pertimbangan supaya nampak lebih kemelayuan dan muslim.

Pelakon baru, Elvina Mohamad, 21 tahun ini mula mencipta nama melalui drama melayu dengan memegang watak Dayana dalam siri drama Cinta Si Wedding Planner lakonan Adi Putra dan Mira Filzah.

Kini, Elvina Mohamad telah diberikan peluang sekali lagi dalam drama terbaru berjudul Mariam Alisa.

 Watak dalam drama Mariam Alisa

  • Judul : Mariam Alisa
  • Siri : 13 episod
  • Tarikh siaran : 26 Ogos 2016
  • Siaran : Slot Lestary TV3
  • Pengarah : Shahrulezad Mohameddin
  • Penerbitan : Radius One Sdn Bhd

Lagu tema / OST Mariam Alisa

  • Lagu : Dalam Keraguan – Nadia Aqilah
  • Lagu : Hadir – Nadia Aqilah

gambar-Drama-Mariam-Alisa-150x150 Elvina Mohamad Pelakon Darah Campuran Melayu-Siam Dalam Drama Berjudul Mariam AlisaSinopsis drama : Ia mengisahkan seorang gadis kampung yang cantik bernama Mariam Alisa (Elvina Mohamad) yang tinggal berdua bersama ayahnya yang uzur dan lumpuh. Memandangkan kesian melihat  keadaan anaknya itu, ayam Mariam mencadangkan agar Mariam bernikah dengan Ustaz Haiqal memandangkan Ustaz Haiqal (Amirul Faqeem) kerap melawat mereka sekeluarga dan sering membantu Mariam. Biarpun Ustaz Haikal adalah seorang lelaki yang baik, namun hati Mariam tidak terbuka untuknya atau mana-mana lelaki lain. Ini kerana dia telah serik dipermainkan oleh lelaki yang berada.

Bagi meneruskan hidup menyara kehidupan sekeluarga, Mariam telah menjual nasi lemak di sebuah gerai di kampung mereka itu. Begitulah rutin kehidupan Mariam pada setiap hari. Hendak dijadikan cerita, satu hari seorang lelaki bernama Farhan (Ben Amir) singgah di gerai itu untuk membeli nasi lemak. Kecantikan Mariam membuatkan lelaki itu terpikat dengan Mariam. Sepanjang mereka bertemu, Mariam menyangkakan lelaki itu pekak. Malah dari cara pemakaian lelaki itu melihatkan seorang yang tidak berada.

Semenjak pertemuan pertama itu, Farhan kerap singgah ke kedai Mariam. Tujuan sebenarnya bukan untuk membeli nasi lemak tetapi kerana ingin melihat Mariam. Mariam pula mula tertarik kepada Farhan, tetapi dia masih tidak tahu bahawa sebenarnya Farhan bukan seorang lelaki yang pekak. Apa akan terjadi kepada kesudahan kisah ini?

Drama ini dibintangi oleh pelakon utama seperti Elvina Teylv, Ben Amir, Amirul Faqeem, Haris Zainuddin, Aida Aris, Roy Azman, Nadia Aqilah, Najua Pramlee, Zalikha Awaluddin, Ramli Saleh, Mak Wan, Zulkifli Saleh, Norazian Ibrahim.

Watak pelakon

  • Elvina Mohamad sebagai Mariam Alisa
  • Ben Amir sebagai Farhan
  • Amirul Faqeem sebagai Ustaz Haiqal
  • Haris Zainuddin sebagai Fareeq
  • Roy Azman sebagai Dato Mokhtar
  • Aida Aris sebagai Datin Hayati
  • Nadia Aqilah sebagai Shermin
  • Najua Pramlee sebagai Adila
  • Ramli Saleh sebagai Ayah
  • Mak Wan sebagai Mak Jah
  • Zulkifli Saleh sebagai Pak Mat
  • Norazian Ibrahim sebagai Emak

Biodata Elvina Teylv @Elvina Mohamad

Nama Penuh : Norazlina binti Mohamad
Nama Popular : Elvina Mohamad atau Elvina Teylv
Tarikh Lahir: 25 Jan 1995
Umur: 21 Tahun (2016)
Asal: Teluk Intan, Perak
Keturunan : Darah campuran Melayu-Siam
Agama : Islam
Warganegara : Malaysia
Kerjaya: Model dan pelakon
Drama : Cinta Si Wedding Planner (2016), Mariam Alisa(2016)

Laman Sosial Elvina Mohamad

Gambar Menarik Elvina Mohamad

Elvina-Mohamad-cantik-berhijab-150x150 Elvina Mohamad Pelakon Darah Campuran Melayu-Siam Dalam Drama Berjudul Mariam AlisaElvina-Mohamad-dengan-pelakon-ben-amir-150x150 Elvina Mohamad Pelakon Darah Campuran Melayu-Siam Dalam Drama Berjudul Mariam AlisaElvina-Mohamad-pakai-tudung-cantik-150x150 Elvina Mohamad Pelakon Darah Campuran Melayu-Siam Dalam Drama Berjudul Mariam AlisaElvina-Mohamad-pelakon-drama-melayu-siam-150x150 Elvina Mohamad Pelakon Darah Campuran Melayu-Siam Dalam Drama Berjudul Mariam AlisaElvina-Mohamad-dengan-penyanyi-estranged-di-tepi-pantai-150x150 Elvina Mohamad Pelakon Darah Campuran Melayu-Siam Dalam Drama Berjudul Mariam AlisaElvina-Mohamad-pelakon-darah-campuran-melayu-siam-150x150 Elvina Mohamad Pelakon Darah Campuran Melayu-Siam Dalam Drama Berjudul Mariam Alisagambar-pelakon-baru-Elvina-Mohamad-150x150 Elvina Mohamad Pelakon Darah Campuran Melayu-Siam Dalam Drama Berjudul Mariam Alisawajah-cantik-elvina-cinta-si-wedding-planner-e1476711464928-150x150 Elvina Mohamad Pelakon Darah Campuran Melayu-Siam Dalam Drama Berjudul Mariam Alisa

Loading...

Tags: #biodata Elvina Mohamad #biodata Elvina Teylv #biodata pelakon elvina #drama 2016 mariam alisa #drama mariam alisa #elvina mohamad biodata #Elvina Mohamad cinta si wedding planner #elvina mohamad ig #elvina mohamad instagram #Elvina Mohamad pakai tudung #Elvina Mohamad pelakon darah campuran #elvina mohamad profil #elvina mohamad tinggi #Elvina Teylv #koleksi gambar Elvina Mohamad #lagu ost mariam alisa #latarbelakang Elvina Mohamad #pelakon baru Elvina Mohamad #profil Elvina Mohamad #sinopsis drama mariam alisa

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Leave a reply "Elvina Mohamad Pelakon Darah Campuran Melayu-Siam Dalam Drama Berjudul Mariam Alisa"