Cara Membida Secara Online Di Chilindo

Cara Membida Secara Online Di Chilindo

Chilindo adalah laman membeli belah pelbagai jenis barang dengan cara membida. Pihak Chilindo membuat lelongan barangan bermula hanya RM1 sahaja. Tidak kiralah barangan apa pun dari besar ke kecil tetap bermula dari RM1. Anda akan membida dengan harga yang anda sanggup bayar dan berlawan bidaan dengan pengguna yang lain. Pembida yang paling tinggi nilainya akan menang.

Caj penghantaran pula adalah hanya RM8 sahaja. Tidak kisah berapa banyak barang yang anda beli di Chilindo, berat atau ringan, besar atau kecil, caj penghantarannya tetap RM8.

Jadi, sebelum membida barangan di Chilindo, anda mesti fahamkan betul-betul terlebih dahulu bahawa barangan yang dilelong di Chilindo bukanlah barangan ‘rare’, antik, barangan lama, barangan limited edition, atau barangan yang sukar didapati di tempat lain.

Semua barangan di Chilindo adalah barangan biasa-biasa sahaja. Barangan yang dilelong di Chilindo adalah barangan yang boleh kita dapati dari kedai lain juga. Malah boleh juga didapati di laman membeli belah yang lain seperti, Lazada, Shopee, atau Lelong.my. Jadi, jika barang Chilindo hanya barangan biasa, kenapa kita perlu membida juga?

Jika barangan tersebut berbaloi untuk dimiliki melalui perkhidmatan Chilindo, apa salahnya jika kita menjadi pembida. Jadi, membida di Chilindo bukanlah untuk bertanding siapa yang menang maka dialah hebat membida.

Pembida yang hebat adalah menang membida dengan harga yang sesuai dengan bajet poket sendiri dan mendapat harga yang lebih murah dari di tempat yang lain. Lagi murah, lagi bagus! Itu prinsip terbaik untuk kita pegang sebelum kita teruja untuk menang semasa membida di Chilindo.

Cara membida di Chilindo

  • Sebaik sahaja anda telah log masuk ke dalam akaun anda, anda boleh membida pada mana-mana barangan dengan hanya memasukkan bidaan dengan harga yang anda sanggup bayar untuk barangan tersebut.
  • Sila ambil perhatian bahawa harga tawaran minimum secara automatik akan disenaraikan dalam bidaan tersebut.
  • Bidaan anda diharuskan dengan harga sekurang-kurangnya menyaingi bidaan minimum yang telah disenaraikan.
  • Anda sentiasa boleh membida dengan lebih jika anda bersedia untuk membayar lebih untuk barangan tersebut. Apabila anda membuat bidaan yang lebih tinggi dari bidaan minimum, sistem akan membuat bidaan secara automatik untuk anda.
  • Pihak Chillindo tidak akan meletakkan bidaan yang lebih tinggi daripada bidaan yang telah awal diletakkan. Sistem Chillindo telah direka untuk menjimatkan wang anda dan memberi anda peluang yang terbaik untuk memenangi lelongan dengan harga yang serendah mungkin.
  • Dengan cara ini anda boleh membuat keputusan harga maksimum yang anda sanggup bayar untuk barangan itu dan masih mempunyai peluang yang baik untuk memenangi barangan tersebut pada harga yang lebih rendah daripada bidaan maksimum anda.
  • Berikut adalah contoh: Salah satu lagi pengguna (katakanlah Pengguna 1) meletakkan bidaan RM2.0. Anda kemudian meletakkan bidaan RM2.9. Sekarang, bidaan anda bukan diletakkan di RM2.9, algoritma sistem akan melaraskan bidaan anda turun ke RM2.1. Pengguna 1 kini meletakkan bidaan RM2.5. Sistem secara automatik akan meletakkan bidaan yang sama jumlah untuk anda, RM2.5, kerana anda sudah memasukkan bidaan yang awal serta anda telah bersedia untuk membayar maksimum RM2.9 untuk barangan tersebut. Anda masih menang dalam lelongan di RM2.5. Pengguna 1 kini meletakkan bidaan RM2.9 yang sepadan dengan bidaan asal anda. Dalam hal ini, sistem akan secara automatik meletakkan saingan bidaan Pengguna 1. Anda masih memenangi lelongan dengan bidaan terbesar RM2.9.
  • Satu lagi strategi yang baik adalah meletakkan bidaan keseluruhan maksimum yang tinggi dari awal lagi, kerana memberikan anda peluang keseluruhan yang lebih tinggi untuk memenangi lelongan tersebut. Pengguna 1 kini meletakkan bidaan tertinggi RM 3.3. Dari sana anda telah dikalahkan dalam membida dan Pengguna 1 akan menang dalam lelongan. Jika anda ingin membuat satu lagi bidaan untuk menang, anda perlu untuk meletakkan tawaran yang lebih tinggi daripada RM3.3.

Bidding At Chilindo

Tips membeli atau membida barangan di Chilindo dengan harga yang murah dan berbaloi

  • Survey dahulu harga barang yang hendak dibeli di Lazada atau kedai biasa. Kalau anda pernah nampak barang tersebut ada dijual di kedai RM2, jangan bida lebih dari RM2.
  • Bida harga rendah dan lebih rendah dari harga dari Lazada dan kedai biasa.
  • Semasa membida barangan di Chilindo, anda akan dikenakan caj servis sebanyak 10% dari harga barang yang dimenangi. Jadi, pastikan murah apabila dicampurkan dengan 10% dan caj penghantaran tersebut.
  • Jika ada yang bida lebih dari harga yang anda target, biarkan sahaja dan jangan bida lagi.
  • Jika mahu mudah menang, bida apabila masa sudah tinggal hampir 10 saat.
  • Kumpul barang bidaan yang menang lebih dari satu kerana ada kos penghantaran yang tetap. Jadi, rugilah barang dibeli RM2 tapi kos penghantaran RM8. Jadi, kumpul dahulu untuk membuat penghantaran serentak.
  • Membida pada waktu-waktu yang sesuai seperti jam 5 petang, 3 pagi, 4 pagi dan jam 6 pagi.
  • Sebelum membida, perhatikan dahulu harga paling murah (paling rendah) dan paling mahal (paling tinggi) yang pernah dimenangi oleh pembida lain. Hal ini kerana anda akan tahu berapa bajet yang pembida lain sanggup untuk menang.
Loading...

Tags: #bidding chilindo #Cara membida barangan online di chilindo #cara membida di chillindo yang perlu anda tahu #cara mudah menang bid di chillindo #cara mudah nak menang bidaan di chillindo #chilindo #chilindo bidding tip #chilindo malaysia #Membida Secara Online Di Chilindo #menang bid di chilindo #shopping chilindo #tips chilindo #tips membeli di Chillindo #tips membida di Chillindo

Teknik Urutan Jari Yang Mudah Dan Melegakan. Anda Boleh Cuba!
Percaya atau tidak, tubuh manusia penuh dengan keajaiban. Rawatan-rawatan alternatif yang telah diamalkan
10 Teknik Penanaman Sayur Di Ruang Sempit. Teknik Berkebun Ini Boleh Anda Cuba!
Selain menjadikan rumah lebih hijau, kegiatan berkebun juga dapat menjadi pelepas stres akibat
Rahsia Menulis Dengan Cepat. Ini Teknik Wartawan Biasa Guna!
Jika kerja harian anda memerlukan anda untuk menulis, mencatat nota, mengambil pesanan makanan,
Tips Mengasah Tulisan Tangan Supaya Cantik Dan Kemas!
Jika anda masih berasakan tulisan tangan anda tidak menarik, bahkan sukar dibaca oleh

Leave a reply "Cara Membida Secara Online Di Chilindo"