Biodata Achey Bocey Dan Latarbelakang

Achey Bocey Biodata

Mohd. Nasir bin Hamzah atau lebih dikenali sebagai Achey Bocey merupakan seorang pelawak, pelakon, penyanyi dan pengacara Malaysia. Beliau merupakan juara Bintang Mencari Bintang musim pertama terbitan TV3.

Merupakan pelawak, penyanyi, pelakon dan pengacara yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2013. Adiknya, Nornatasha Hamzah atau Tasya juga merupakan pelawak yang pernah menyertai pertandingan bakat komedi, Gegar Lawak.

Bakatnya dicungkil daripada program Bintang Mencari Bintang musim pertama anjuran TV3, di mana beliau telah diangkat sebagai juara, sekaligus menewaskan Kumpulan Bocik, Titan dan Tapaw.

Beliau adalah juara Bintang Mencari Bintang musim yang pertama pada tahun 2013 anjuran TV3. Beliau berjaya mengatasi Kumpulan Bocik, Titan dan Tapaw untuk muncul selaku juara. Beliau juga pernah mengacara program Kintang Kintung di TV3 bersama sifunya Allahyarham Harun Salim Bachik.

Pada bulan November beliau telah bergabung bersama Kumpulan Bocik lalu diberi nama Bocey untuk menyertai Maharaja Lawak Mega 2013. Ternyata penyertaan mereka tidak sia-sia apabila mendapat tempat ke 3 selepas kumpulan Sepahtu muncul juara dan Kumpulan Shiro selaku naib juara.

Pada musim berikutnya Maharaja Lawak Mega 2014 mereka mendapat tempat ke 5. Dan dua edisi seterusnya, mereka meraih gelaran juara pada tahun 2016 & 2017. Selain kebolehannya dalam bidang lawak dan lakonan, Achey juga berkebolehan mencipta dan menulis lagu serta menyanyi.

Menamatkan zaman bujang dengan Nur Hassanah binti Yahya atau lebih dikenali sebagai Anne dan selepas lapan tahun perkahwinan tanpa zuriat, mereka memutuskan untuk mengambil anak angkat yang baru dilahirkan bernama Nur Tiara Zinnirah Mohd Nasir pada tahun 2018. Beliau telah mengeluarkan single pertamanya iaitu Yang Terindah pada penghujung Oktober 2017. Lagu ini didedikasikan khas untuk isterinya, Anne.

Achey bersama Abam dan penyanyi Black Hanifah membentuk sebuah lagi kumpulan komedi dinamakan ‘Botak’ bersempena penyertaan dalam pertandingan komedi, Muzikal Lawak Superstar 2019.

Biodata Achey Bocey :
Nama penuh : Mohd. Nasir bin Haji Hamzah
Nama komersil : Achey Bocey
Lahir : 17 Ogos 1986 (umur 33)
Asal : Segamat, Johor, Malaysia
Warganegara : Malaysia
Pekerjaan : Pelawak, penyanyi, pelakon dan pengacara
Tahun aktif : 2013–kini
Pasangan : Nur Hassanah binti Yahya (Anne)
Agama : Islam
Anak : Nur Tiara Zinnirah Mohd Nasir
Saudara : Nornatasha Hamzah (adik)
Wikipedia : https://ms.wikipedia.org/wiki/Achey_Bocey_(pelawak)
Instagram : https://www.instagram.com/acheykintangkintung/
Facebook : https://www.facebook.com/AcheyKintangkintung/

Loading...

Tags: #achey biodata #Achey Bocey #achey kintang kintung #achey pelawak #acheykintangkintung #Biodata Achey Bocey #latarbelakang pelawak achey #pelawak achey

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.