Bercinta Selepas Kahwin Merupakan Satu Pilihan

Cinta Selepas Kahwin

Ramai berpendapat bahawa bercinta selepas kahwin adalah salah satu pilihan untuk mendirikan rumah tangga.

Kalau bercinta lepas kahwin, ada yang berpendapat bahawa kemanisan kemesraan memuncak selepas alam perkahwinan dan ada kalangan mereka yang bercinta lepas kahwin menikmati kebahagian umpama pasangan kekasih dan sangat intim. Kerana kenikmatan bercinta baru sahaja dirasai setelah mendirikan rumah tangga dan pada masa tersebut mereka baru sahaja ingin mengenali perasaan masing-masing dan menjalani kehidupan berkeluarga.

Manakala, bercinta dahulu kemudian kahwin pun bagus juga kerana mereka sudah mengenali antara satu sama lain. Kemudian, bila dah kahwin ia adalah sama seperti sebelumnya. Jadi kemanisannya agak kuranglah kerana semua tu telah dilalui sebelum alam perkahwinan.

Ini adalah pandangan daripada pasangan-pasangan yang telah mendirikan rumah tangga. Mereka hanya mengenali pasangan mereka kurang dari 1 tahun, kemudian terus mengambil keputusan melangsungkan perkahwinan. Alhamdullilah, mereka sedang menunggu kehadiran cahaya mata pertama mereka pada tahun ini.

Jika dilihat, ramai juga pasangan yang telah menjadi pasangan kekasih dan telah menjalin hubungan selama bertahun-tahun namun diakhiri dengan perpisahan dan masing-masing berkahwin dengan pasangan masing-masing yang baru.

Persoalan adakah percintaan adalah sesuatu yang membazirkan masa? Setelah menghabiskan masa, wang ringgit dan segalanya, akhirnya anda berkahwin dengan seseorang yang hanya anda kenali dalam masa tak sampai setahun.

Jika dikaitkan dengan faktor takdir seperti “Dah takde jodoh, nak buat macam mana”. Pada hakikatnya, anda membazirkan masa anda secara tidak sedar kerana hanyut oleh arus percintaan anda sendiri. Ada yang bercinta kerana kesunyian kerana sering ditinggalkan kawan-kawan yang mempunyai pasangan masing-masing. Maka, ia mendorong anda mencari pasangan walaupun pada masa tersebut anda harus menumpukan pada hal lain yang lebih penting.

Akhirnya, timbul pula istilah “Cinta itu buta dan cinta itu membuta mata dan hati”.

Apa pun terjadi, adakah anda berasa sangat bahagia dengan pasangan anda? Dan adakah pasangan anda berasa selesa bersama anda? Jawapannya hanya berada pada anda.

Carian Berkaitan

adakah wany hasrita dah kahwin?, erni zakri kahwin, ernie zakri kahwin
Loading...

Tags: #cinta dan alam rumahtangga #cinta dan perkahwinan #kebaikan bercinta lepas kahwin #keburukan bercinta lepas kahwin #kenapa bercinta selepas kahwin

5 Golongan Manusia Akan Anda Temui Di Instagram!
Selain Facebook dan Twitter, Instagram merupakan salah satu aplikasi media sosial popular di
10 Sikap Wanita Ini Jika Tidak Dibendung Boleh Meretakkan Perhubungan
Tahukah anda bahawa sikap terlalu atau melebih-lebih wanita boleh membahayakan perhubungan? Sikap ‘terlalu’
Semak Jadual Perjalanan Tren Dan Tambang Terkini KTM Komuter
KTM Komuter adalah komuter jenama perkhidmatan kereta api di Malaysia dikendalikan oleh Keretapi
Alami Kecantikan Kulit Wajah Secara Semula Jadi Dengan 5 Jenis Air Ini
Air putih merupakan minuman yang perlu diamalkan sebagai gaya hidup kita sehari-hari. Untuk
  1. author
    Author

    Encik Shino8 years ago

    hakiMET,
    sy sokong 100%
    sbb bercinta sekarang
    mmg lebih pd dorongan nafsu
    semata2..kalau kepala dah naik
    hai, mula2 nk pgang benda yg xbole..
    kalau x kasi kan ckp xsyg hahahaah

    baik kwen dlu..cinta kemudian 🙂

  2. author

    hakiMET8 years ago

    boleh bercinta..xda mslh..tp bercinta dlm iman la..haha

    kerana itu lbh afdal..

    remaja bercinta kerana nafsu..caye ke x?

    msti ramai gile bantah nih..caye lah..haha

    tp btl ape..yg mane bercinta ade la nk pegang itu la pegang ini la..
    pastu kalo yg lbh lg buat itu dan buat ini..hebat ank mlayu nih..haha

    situ dah jatuh hukum haram..pastu mane nk berkat bang..ish3..haha

    p/s: terima kasih cinta..haha
    cintailah yg Maha mencintai..assalamualaikum

  3. author
    Author

    Encik Shino9 years ago

    sAfFiYaHnAjLah,
    Ramai berpandangan begitu..
    sbb tu sy buat ntri ni..

    🙂

  4. author

    sAfFiYaHnAjLah9 years ago

    wah..
    tetiba cam kena lak entri neh ngan den punya subject sem neh..

    mengkaji 2 benda yang jauh berbeza..
    hal neh sampai bila2 pon akan still di debatkan kan kan?
    macam dengan adanya wang akan membawa kepada kebahagian dalam sesuatu perhubungan?betulkah?
    kena wuat causal research camneh..

    tapi cinta after kawen lebih di redhai Allah bukan?

  5. author
    Author

    Encik Shino9 years ago

    atiqah,
    hehe insyallah..
    semoga berkat:)

    crazy beautiful88,
    sy pn berpendapat begitu..
    🙂

    sbb tu sy utarakan isu tu.

    en_me,
    huhu cinta itu suci kan?
    🙂

    tuLanG.iKaN.kEwL,
    🙂 yeke..?
    tp nak capai tahap tu
    kena laluan banyak peringkat.
    “sedangkan lidah lagi tergigit,
    inikan pula…(smbg sdri)”

    striker,
    halal tu halal..
    tp jgn menghalalkan
    yg haram dahla.. 😛

    erk? hehe pic lama.

  6. author

    _tuLanG.iKaN.kEwL_9 years ago

    sbnrnya baru terbaca dkt 1blog ni.. dia kata,,”hbgn yg bjaya tu biasanya smooth..”
    bila fikir2 betul juga.. hbgn yg smooth mmg biasanya menjadi.. klu byk gaduh2 yg thp kronik tu mcm ssh je nak berjaya.. 😀

  7. author

    en_me9 years ago

    cinta tak semestinya bersatu.. hi bro anbu ittewww..

  8. author

    striker9 years ago

    salam.

    bercinta selepas kahwin semuanya halal =)

    btw, dah tuka cat umah kaler putih merah pulak ye? congrats..

    PS. gambar kt atas tu gamba muda2 ke? sy tgk awk mcm gemok skit je skang.. rupa dah mmg ada mirip (tp xtau la kot tu gamba org laen) :p

  9. author

    CRAZY BEAUTIFUL889 years ago

    bercinta lepas kawin lagi bagus lah akak rasa sebab perkahwinan itu akan jadi indah seindahnyer kerana perasaan cinta tu hadir lepas kawin, kalu bercinta lu cam tak teruja agi pas kawin

  10. author

    A t i Q a h9 years ago

    Bila dah jumpa someone yang ada potential untuk jadi teman hidup dan anda dah bersedia, apa kata tanya Tuhan dulu. Bila pilihan kita dah dipandu olehNya, itukan lebih terjamin?

    Just the two cent from me. 😉

  11. author
    Author

    Encik Shino9 years ago

    damme damiah,
    🙂 gud comments
    thanks..

    ladybug yna,
    Setiap orang mesti ada
    jodoh,cume taktau bila
    dan ketika.

    Marilah sama2 kita
    mencarinya ok?
    🙂

    fatin nabila,
    masa itu emas kah?
    🙂

    azie,
    🙂 perkahwinan satu
    perjudian? bg sy satu
    pelaburan yg sangat
    menguntungkan hehehe
    tol tak..?

    nway,gud comment..
    thanks!

    ayares151,
    kita serupaaaa~
    hehehe 😛
    mmg sehati sejiwo..

    princess liyana,
    ermm senang ckp tp
    nak buat bukan main
    susah kan.. 🙁

    same juga dengan istilah
    “terima saya seadanya”
    wahaha.. ssh tau!!

  12. author

    Princess Liyana9 years ago

    hmmmm..ada pro and cons la..papepun..kna ada give n takela..huhuhu;)

  13. author

    AyAres1519 years ago

    acu tgk blog ni..hehehe…macam samo lah kito..hehehhhee

    bahagia doh tuuu…

  14. author

    azie9 years ago

    bercinta lepas kawen, macam best ( ni gara2 banyak baca novel melayu lah ni)

    tapi soalnya, boleh ke lepas dah kawen, terima diri pasangan tu seadanya?

    kalau dah couple dulu, at least dah knal what type of person he/she is ( walaupun ade gak yg tak knal semua). so boleh agak sikit lah, kita boleh hidup ke tak dgn org camtu.

    papepun, perkahwinan tu satu perjudian dlm hidup. yg penting, usaha dan kerjasama!ehehehe

  15. author

    .fatin nabila.9 years ago

    susah nk ckp psl benda cmni..
    sume unpredictable..
    xde makna pcik tu nk uat menantu.
    anak pon kecik lg, hehe`..

    hey, take care oke!
    nk cr couple, no need to rush.. 😉

  16. author

    Ladybug Yna9 years ago

    nak gak berchenta lepas kawen. mcm syok je. hehe. tp lau xcop awl2 cm miss damme ckp, de ke nnt org nk kawen ngn miss ladybug. menakutkn je. huhu

  17. author

    damme damiah9 years ago

    to speak honestly mmg rs bcenta lepas kahwin itu jauh lebih indah dari bcinta dulu kemudian kawen.

    n act bcenta tp xkawen adalah sia-sia tp apa nak buat kan, igtkn akan kawen, rupenye x lak 😛

    xcop awl2, org len amik lak
    hehe