3 Tips Cara Mengurat Awek Yang Biasa Diamalkan Oleh Lelaki

Cara Mengurat Awek, Dating Dengan Awek

Orang cakap carilah seorang perempuan buat isteri. Bukan ramai pun. Nak seorang je! Masalahnya manualnya takde. Macam mana nak cari? Jadi kenalah tengok kaedah dan teknik yang biasa orang lain guna. Kalau nak pandai, kena belajar dengan “kaki perempuan”. Tapi ambil part yang baik-baik sajalah. Ending jangan tiru!

  • Teknik Oldskool Budak Nakal, Muka Tembok

Teknik ni paling lama orang guna. Skill macam biasa. Mengayat, main mata dan sebagainya. Kalau pergi jalan-jalan, jangan lupa usha-usha awek. Biasa kawasan tumpuan awam macam taman ke, shopping mall ke, stesen bas ke, malah pasar pun boleh!

Macam biasa, dalam drama pun ada tunjuk. Kalau ada respon sikit, pergi la tegur. “Assalamualaikum, tak jawab berdosa.” Contoh ayat lama pick-up line. Pastu mintak nombor handphone. Yang pasti, kita mestilah kreatif dan banyak idea. Cara olahan mestilah pandai!

Bercakaplah dengan yakin dan jangan malu-malu. Untuk stage pertama ini, perlu ada sumber macam mana nak hubungi balik selepas perjumpaan singkat itu, sebagai contoh dapatkan nombor telefon. Zaman sekarang, jaranglah orang tak ada handphone. Kalau ada jodoh, silap-silap sangkut satu manalah kita tau!

  • Teknik Segan, Malu-malu Kucing & Jimat Belanja

Teknik kedua ialah teknik orang malas dan senang. Register laman sosial seperti Friendster , Myspace, TAGGED, Facebook dan sewaktu dengannya. Tapi sekarang paling top Facebook lah. Setup profil diri paling “hebat” sekali mengikut kesesuaian dan identiti anda!

Kalau lelaki kena letak gambar paling hensem dalam koleksi! Cara ni pun perempuan selalu guna juga. Biasa kalau perempuan guna gambar seksi mesti ramai yang akan add friend. Kalau tak percaya boleh cuba! 100% berkesan!

Tapi itulah, kalau yang seksi ni biasa lelaki hidung belang je yang suka mengayat dan menegur. Mereka ini kadang-kadang bukan mahu cari pasangan sebenar. Lebih kepada skandal saja. Kebarangkalian yang sebenar boleh diletakkan sebanyak 20% sahaja!

Teknik ini agak memenatkan juga! Sebab takde hasil yang memberangsangkan. Kebiasaannya, apabila jumpa depan-depan, lain pula dari yang dalam gambar. Maklumlah sekarang banyak aplikasi editing gambar-gambar ni! Bila lihat gambar profil, semua sempurna bagai, bujur sireh muka, kulit licin, putih gebu. Tapi bila jumpa, Masya-Allah. No komen!

  • Teknik Jaringan Kasih Sayang, Dari Kawan Kepada Kawan

Ini teknik nak mencari isteri yang orang dulu-dulu guna. Kenal atas kenal. Teknik ni jangan main-main. Kalau betul mahu, cakap terus terang, kalau tak suka pun kena bagitau awal-awal. Bukan apa, “cagaran” untuk kes ini adalah kawan anda yang memperkenalkannya! Biasa cara ini paling senang. Nombor contact semua disediakan oleh introducer, gambar pun introducer yang bagi, date pun mungkin introducer yang uruskan. Selebihnya terpulanglah pada penilaian sendiri.

Tapi teknik ini paling berkesan untuk menemukan dua pihak. Samada kekal atau tidak, terpulang pada olahan masing-masing. Yang penting anda diberi peluang mengenali pasangan yang bakal anda jadikan teman seumur hidup anda!

Apapun cara yang sesuai, yang penting niat mestilah baik dan ikhlas, baru dapat isteri yang baik! Selamat mencuba!

Loading...

Tags: #ayat memikat wanita melalui sms #cara cari pasangan hidup #cara memikat perempuan di sekolah menengah #cara memikat wanita melalui sms #cara memikat wanita sombong #cara memukau perempuan #cara mengayat awek melalui sms #Cara Mengorat Perempuan Paling Berkesan #cara mengurat perempuan biasa diamalkan lelaki #cara nak ayat awek dalam sms #cara nak mengurat #cara pikat perempuan jual mahal #cara pikat seseorang yang jual mahal #teknik pikat awek #teknik pikat perempuan #tips mengurat perempuan

Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kelebihan Pelaburan Dalam Hartanah dan Aset
Pelaburan dalam aset dan hartanah boleh memberikan beberapa kelebihan kepada pelabur. Berikut adalah
Overlap Loan : Pinjam Wang Untuk Bayar Pinjaman
Mengambil pinjaman baru untuk membayar pinjaman sedia ada selalunya tidak disyorkan, kecuali dalam
Strategi Kurangkan Beban Hutang Pinjaman Bank
Untuk mengurangkan beban hutang pinjaman bank anda, anda boleh melaksanakan beberapa strategi yang

Leave a reply "3 Tips Cara Mengurat Awek Yang Biasa Diamalkan Oleh Lelaki"