Tips Mulakan Perniagaan Online. Bagaimana Menambah Pendapatan Anda!

Tips Mulakan Perniagaan Online. Bagaimana Menambah Pendapatan Anda!

Perniagaan online atau atas talian boleh dikatakan lebih mudah untuk dimulakan. Dengan kelebihan teknologi, anda kini boleh menambah pendapatan melalui perniagaan secara online. Berikut adalah tips-tips yang baik untuk anda.

Produk Yang Sesuai Untuk Perniagaan Dalam Talian

Dalam apa jua perniagaan, pemilihan produk penting untuk menentukan kejayaan perniagaan tersebut. Berikut adalah senarai produk yang sesuai untuk perniagaan online :

  • Makanan

Sekiranya anda mempunyai minat memasak dan peka dalam menyediakan makanan yang digemari ramai, anda boleh menceburi perniagaan makanan secara online. Anda boleh mengambil kesempatan pada musim perayaan untuk menyediakan kuih atau biskut raya serta manisan. Selain itu, bagi manisan seperti kek dan kuih-muih tidak tertumpu kepada musim perayaan sahaja. Malah, terdapat banyak perniagaan atas talian pada masa kini yang menyediakan set makan tengah hari atau makan malam berserta perkhidmatan penghantaran. Sekiranya anda mempunyai pelbagai jenis makanan dengan resepi yang unik, anda bakal menerima tempahan sepanjang tahun untuk majlis hari jadi, kenduri dan majlis keramaian lain.

  • Barangan Fesyen

Ramai yang gemar membeli produk fesyen secara atas talian kerana mudah dengan pelbagai pilihan dan harga menarik yang ditawarkan. Oleh itu, anda boleh menawar barangan fesyen untuk dijual secara atas talian bermula dengan barangan yang sering dipakai. Contohnya, pakaian harian, tudung dan aksesori tudung. Kebarangkalian barangan ini dapat dijual dengan jayanya adalah lebih tinggi.

  • Produk Dropship

Dropship bermaksud anda akan menjual produk tanpa perlu membeli atau menyimpan stok. Caranya ialah, anda perlu mendaftar menjadi orang tengah sebagai dropship untuk sesuatu produk. Selepas anda mempromosikan produk tersebut dan anda berjaya menerima tempahan, anda akan membuat tempahan dari pembekal dan menghantar produk tersebut kepada pelanggan. Anda perlu berunding dengan pembekal untuk mendapatkan harga borong yang lebih murah untuk menjana keuntungan sebagai ejen dropship, dengan menjual produk tersebut pada harga yang tinggi sedikit dari harga borong. Pelbagai produk boleh dijual melalui dropship, seperti tudung, gajet, barangan kosmetik dan banyak lagi. Paling penting, anda mesti berupaya untuk mencari produk yang berpotensi dan berkualiti supaya ia boleh mendapat sambutan di pasaran. Sekiranya anda tidak mahu membeli stok, maka perniagaan dalam talian secara dropship adalah sesuai untuk anda ceburi.

  • Perkhidmatan atau Kemahiran

Sekiranya anda bekerja sebagai pelukis, jurugambar, pembaik pulih telefon bimbit ataupun tukang paip, anda juga boleh menawarkan perkhidmatan atau kemahiran anda di laman sesawang ataupun laman sosial sebagai kerja sampingan. Anda hanya perlu memastikan anda mempunyai masa yang cukup untuk mengendalikan kerja sampingan tersebut, selain daripada kerja sepenuh masa. Melalui laman web atau laman sosial, anda boleh memasarkan kemahiran anda dengan harga yang berpatutan.

Platform Untuk Mulakan Perniagaan Dalam Talian

  • Media Sosial

Platform media sosial, seperti Facebook serta Instagram, adalah pilihan yang baik sekiranya anda baru sahaja bermula. Platform ini percuma, dan anda boleh mengambil kesempatan untuk menggunakan #hashtag yang bersesuaian untuk memasarkan produk anda. Ingat, jangan menggunakan media sosial peribadi anda untuk menjual produk. Buka akaun khas untuk perniagaan dalam talian anda, kemudian jemputlah rakan untuk “like” dan “follow”. Hal ini akan memudahkan anda untuk mengasingkan penggunaan peribadi dan perniagaan serta lebih mudah untuk anda bina rangkaian pelanggan.

  • Laman Web

Memasarkan produk anda melalui laman web akan melibatkan kos. Sekiranya anda mempunyai modal untuk mengupah web programmer, anda boleh mempertimbangkan untuk mendapatkan laman web anda sendiri. Tetapi lebih baik sekiranya anda mula memasarkan produk anda melalui platform percuma, seperti yang dinyatakan di atas. Sekiranya perniagaan anda mula berkembang, anda boleh mendapatkan laman web sendiri.

  • Blog

Anda juga boleh bermula melalui blog. Kemudian anda boleh mendapatkan domain anda sendiri setelah perniagaan semakin kukuh dan bajet perniagaan anda berupaya untuk menampung kos tersebut.

Tip Tambahan Perniagaan Online

  • Daftar Perniagaan Anda

Mendaftar perniagaan online anda merupakan satu kewajipan. Selain itu, anda juga boleh mempertingkatkan keyakinan pelanggan serta bakal pelanggan apabila perniagaan anda berdaftar kerana mereka tidak akan rasa was-was dan ragu ditipu dan akan rasa lebih terjamin. Anda boleh mendaftar perniagaan atas talian di kaunter Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ataupun secara online di laman web www.ssm.com.my.

  • Modal Ikut Kemampuan

Anda tidak perlu mengambil pinjaman peribadi atau berhutang hanya untuk memulakan perniagaan dalam talian. Mulakan perniagaan anda mengikut kemampuan kerana melalui cara ini, anda boleh mengurangkan hutang dan untung yang anda akan dapat itu adalah bersih. Setelah perniagaan sudah mula kukuh, anda boleh pertimbangkan untuk mengambil pinjaman untuk mengembangkan perniagaan tersebut. Untuk mendapatkan pinjaman peribadi yang terbaik, anda boleh membandingkan produk yang ditawarkan oleh institusi perbankan.

Rujukan :

www.CompareHero.my

Loading...

Tags: #Bagaimana Menambah Pendapatan #bisnes online 2017 #bisnes online dari rumah #bisnes online tanpa modal #bisness dropship #bisness online #cara memulakan bisnes online #cara memulakan perniagaan #jenis perniagaan online #Panduan Untuk Mulakan Perniagaan Online #perniagaan dari rumah #perniagaan online paling laris #Platform Untuk Mulakan Perniagaan Dalam Talian #Produk Yang Sesuai Untuk Perniagaan Dalam Talian #Tip Untuk Mulakan Perniagaan Atas Talian #tips bisnes online #Tips Untuk Mulakan Perniagaan Online

Peperangan Khandak Dalam Sejarah Perkembangan Islam
Perang Khandak, juga dikenali sebagai Perang Parit, adalah pertempuran yang berlaku pada 5
Peperangan Uhud Dalam Sejarah Perkembangan Islam
Perang Uhud adalah pertempuran penting yang terjadi pada tahun 3 Hijriah (sekitar Oktober
Peperangan Badar Dalam Sejarah Perkembangan Islam
Perang Badar merupakan salah satu peristiwa penting dalam sejarah Islam dan merupakan peperangan
Abu Ubaidah bin al-Jarrah : Fakta Menarik Mengenai Beliau
Abu Ubaidah bin al-Jarrah merupakan salah seorang sahabat Rasulullah SAW dan panglima utama

Leave a reply "Tips Mulakan Perniagaan Online. Bagaimana Menambah Pendapatan Anda!"