Cara Menggunakan Perkhidmatan Pos Laju Malaysia. Hantar Barang Dalam Negara Dan Luar Negara

Cara Menggunakan Perkhidmatan Pos Laju Malaysia. Hantar Barang Dalam Negara Dan Luar Negara

Perkhidmatan Pos Laju memang sinonim sebagai perkhidmatan kurier penghantaran dan penerimaan item nombor satu negara. Jika pada waktu dahulu, untuk membuat hantaran kurier, kita perlu membungkus dahulu item dengan kertas minyak ataupun dalam kotak yang kemudiannya dibalut. Selesai membungkus, dibawa ke pejabat pos untuk ditimbang berat dan membuat bayaran. Tetapi dengan adanya pakej prabayar daripada Pos Laju pada masa kini telah memudahkan pelanggan terutamanya para peniaga untuk menghantar item.

Pakej Prabayar Pos Laju (Penghantaran Domestik)

Terdapat 2 pakej prabayar yang disediakan iaitu sampul prabayar dan kotak prabayar. Caranya mudah. Pelanggan hanya perlu membeli sampul atau kotak prabayar yang sesuai dengan berat barang yang mahu dihantar. Masukkan barang, isi nota consignment dan kemudian serahkan kepada mana-mana kaunter Pos Laju atau pejabat pos terdekat.

Sampul dan kotak prabayar boleh didapati di :

  • Mana-mana outlet Pos Malaysia
  • Cawangan-cawangan Pos Laju
  • Pusat servis Pos Laju
  • Kiosk-kiosk Pos Laju
  • Agen yang dilantik Pos Laju

Sampul dan kotak prabayar adalah untuk barangan yang beratnya antara 500g hingga 10kg bagi penghantaran dalam Malaysia. Ada 2 jenis sampul dan kotak prabayar disediakan. Warna merah dan biru adalah merangkumi kawasan perkhidmatan seperti yang dinyatakan seperti gambar di bawah.

Cara-Menggunakan-Perkhidmatan-Pos-Laju-Malaysia-1 Cara Menggunakan Perkhidmatan Pos Laju Malaysia. Hantar Barang Dalam Negara Dan Luar Negara

Untuk sampul dan kotak prabayar berwarna merah, kawasan perkhidmatan adalah merangkumi :

  • Semenanjung Malaysia ke Semenanjung Malaysia
  • Sabah ke Sabah
  • Sarawak ke Sarawak

Untuk sampul dan kotak prabayar berwarn biru pula, kawasan perkhidmatan merangkumi:

  • Semenanjung Malaysia ke Sabah/Sarawak
  • Sabah/Sarawak ke Semenanjung Malaysia
  • Sabah ke Sarawak
  • Sarawak ke Sabah

Cara Penggunaan Sampul atau Kotak Prabayar

  1. Beli Sampul atau Kotak Prabayar di mana-mana tempat seperti yang dinyatakan di atas.
  2. Isikan maklumat dalam nota kiriman (consignment note) yang disertakan bersama Sampul atau Kotak Prabayar.
  3. Masukkan nota kiriman yang telah diisi ke dalam poket plastik yang tersedia pada Sampul atau Kotak Prabayar.
  4. Serahkan Sampul atau Kotak Prabayar pada mana-mana pusat Pos Laju atau Pejabat Pos berdekatan untuk penghantaran.

Pastikan anda mendapat salinan nota kiriman sebagai bukti rujukan tracking number untuk mengetahui status barang anda berada di mana. Pastikan anda menggunakan sampul atau kotak prabayar yang bersesuaian dengan berat barang anda (secara anggaran atau timbang sendiri).

Harga Sampul dan Kotak Prabayar (Merah)

Cara-Menggunakan-Perkhidmatan-Pos-Laju-Malaysia-2 Cara Menggunakan Perkhidmatan Pos Laju Malaysia. Hantar Barang Dalam Negara Dan Luar Negara

Harga Sampul dan Kotak Prabayar (Biru)

Cara-Menggunakan-Perkhidmatan-Pos-Laju-Malaysia-3 Cara Menggunakan Perkhidmatan Pos Laju Malaysia. Hantar Barang Dalam Negara Dan Luar Negara

Penghantaran Barang Ke Luar Negara Melalui Pos Laju

Pos Laju juga menawarkan penghantaran ekspres ke lebih 232 negara di seluruh dunia melalui EMS (Express Mail Service). Perkhidmatan ini adalah untuk penghantaran dokumen dan barangan yang berat sehingga 30kg. Untuk menghantar item lebih daripada 30kg, sila hubungi cawangan Pos Laju yang terdekat. Had berat adalah berdasarkan negara destinasi. Klik pautan di bawah untuk menyemak had berat bagi negara destinasi :

https://poslaju.com.my/media/

Loading...

Tags: #bisness drop ship #Cara Menggunakan Perkhidmatan Pos Laju Malaysia #cara pos barang pos laju #Hantar Barang Dalam Negara #Hantar Barang Dalam Negara Dan Luar Negara dengan poslaju #Hantar Barang luar Negara #harga kotak prabayar pos laju #Harga Sampul dan Kotak Prabayar pos laju #harga sampul prabayar poslaju #kadar hantar barang luar negara pos laju #kadar pos laju #Penghantaran Antarabangsa pos laju #pos express #pos laju antarabangsa #poslaju #poslaju malaysia #senarai kotak dan sampul pos laju

Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kelebihan Pelaburan Dalam Hartanah dan Aset
Pelaburan dalam aset dan hartanah boleh memberikan beberapa kelebihan kepada pelabur. Berikut adalah
Overlap Loan : Pinjam Wang Untuk Bayar Pinjaman
Mengambil pinjaman baru untuk membayar pinjaman sedia ada selalunya tidak disyorkan, kecuali dalam
Strategi Kurangkan Beban Hutang Pinjaman Bank
Untuk mengurangkan beban hutang pinjaman bank anda, anda boleh melaksanakan beberapa strategi yang

Leave a reply "Cara Menggunakan Perkhidmatan Pos Laju Malaysia. Hantar Barang Dalam Negara Dan Luar Negara"