Telefilem BERDUA Di TV1 RTM

Telefilem Berdua Tv1

JUDUL : BERDUA
WAKTU SIARAN : Sabtu, 22 Februari 2020, 9:00 malam
SIARAN TV : TV1 (Panggung RTM)
PENULIS SKRIP : Amin Masyhur
PENGARAH : Wan Afzam Wan Daud
PRODUKSI : Unit Drama TV RTM
PELAKON : Faizal Hussein (AL), Sangeetha Krishnasamy (Sutera), Gambit Saifullah (Papot), Che Kem (Farouk), Zaidi Omar, Aidaruyati, Zarul Umbrella, Roslan Saleh, Sherry Aljefri, Yusran Hashim

Saksikan telefilem ‘Berdua’ akan disiarkan pada Sabtu ini, 22 Februari ini, pukul 9.00 malam mengisi slot Panggung RTM di TV1.

Sutera merupakan peguam yang telah menyebabkan Al dijatuhkan hukuman penjara atas kesalahan yang tidak dilakukan olehnya. Akan tetapi, beliau cuba untuk memperbaiki kesilapan yang telah dilakukan dengan membuat rayuan daripada pihak mahkamah terhadap kes Al. Mahkamah bersetuju dengan rayuan Anum, dengan syarat Al perlu menjalani parol dan dibuang daerah selama beberapa tahun.

Al yang menjalani parol di kampung tersebut mengaplikasikan pembelajaran yang diperolehinya semasa dipenjara untuk meneruskan kelangsungan hidup. Beliau membuat kerja-kerja kampung seperti membaiki kerosakan perkakasan elektrik, jurupaip, membersihkan kebun dan sebagainya dengan menawarkan harga yang berpatutan. Hal itu tidak disenangi oleh beberapa penduduk lain yang sering memperlekehkan kredibiliti beliau sebagai bekas banduan.

Pertemuan Al dan Sutera secara tidak sengaja terjadi apabila berlaku litar pintas di pusat khidmat masyarakat yang memaksa Sutera untuk mendapatkan khidmat juruelektrik. Seorang anak murid beliau meminta Al untuk membantu membaiki masalah tersebut.

Detik itu menjadi permulaan kepada perhubungan mereka. Kehadiran Papot yang merupakan seorang lagi bekas banduan yang telah dipenjarakan oleh Sutera atas kesalahan juvana menimbulkan konflik antara mereka. Papot sangat mengidolakan keperibadian Al sepanjang berada dipenjara. Melihat kemesraan antara Sutera dan Al menimbulkan ketidaksenangan hati Papot yang ingin membalas dendam terhadap Sutera.

logo-150x150 Telefilem BERDUA Di TV1 RTM

Encik Shino

More Posts - Website

Follow Me:
facebook Telefilem BERDUA Di TV1 RTM

Loading...

Tags: #berdua tv1 telefilem #drama berdua tv1 #sinopsis berdua tv1 #sinopsis drama bedua #Telefilem Berdua #TV1 Pada 22 Februari 2020

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.