10 Sikap Wanita Ini Jika Tidak Dibendung Boleh Meretakkan Perhubungan

Sikap Wanita

Tahukah anda bahawa sikap terlalu atau melebih-lebih wanita boleh membahayakan perhubungan?

Sikap ‘terlalu’ ini sangat berbahaya dalam perhubungan sekiranya tidak dikawal. Ia mungkin dapat menjejaskan hubungan yang harmonis atau menjadi penyebab pertengkaran yang berulang pada sesebuah hubungan. Oleh itu lebih baik kita menyelidik diri sekiranya kita menghadapi gejala ‘terlalu’ dalam diri kita.

10 ‘terlalu’ yang membahayakan ini ialah:

1. Terlalu Manja

Sifat manja wanita sering dikaitkan sebagai suatu daya tarikan tersendiri. Banyak lelaki yang menyukai kemanjaan kekasihnya, kerana ia dapat membangkitkan sifat melindunginya. Namun jangan kemanjaan tersebut berlebihan. Wanita yang terlalu manja seumpama anak kecil yang mengada-ngada. Paling teruk karenah wanita yang terlalu manja kelihatan buruk di depan umum. Pasti akan memalukan teman lelakinya.

2. Terlalu Tertutup

Demikian pula dengan sikap terlalu tertutup, hal ini akan menghambat komunikasi. Padahal komunikasi sangat penting bagi menjaga keharmonisan setiap hubungan. Baik lelaki mahupun wanita ingin mengetahui pengalaman, perasaan dan keinginan pasangannya.

3. Terlalu Terbuka

Orang yang bersikap terbuka umumnya menyenangkan dan mesra. Namun sikap yang terlalu terbuka juga kadangkala menjadi tidak menyenangkan. Orang yang terlalu terbuka biasanya mengungkap isi hatinya tanpa melihat situasi dan keadaan, sulit menyimpan rahsia, dan yang lebih buruk adalah kebiasaan bercakap dahulu, berfikir kemudian serta melampaui had sempadan.

4. Terlalu Cerewet

Ada sebahagian wanita yang kurang menyedari, betapa buruknya wanita yang terlalu cerewet. Jika seorang ibu cerewet kepada anaknya yang masih kecil mungkin masih dapat dimaafkan. Namun cerewet kepada kekasih amat menyesakkan, meskipun dengan alasan “Kerana aku sayang padamu”.

5. Terlalu Sensitif

Wanita yang terlalu sensitif akan membuat kekasihnya merasa tidak bebas untuk mengungkapkan perasaannya, kerana takut melukai hatinya. Padahal dalam hubungan cinta yang sihat kedua belah pihak seharusnya saling mengungkapkan perasaannya dengan bebas.  Kadangkala gurauan juga dapat mengguris perasaan wanita yang terlalu sensitif sehingga pasangannya tiada mood untuk berlawak jenaka bagi menceriakan suasana.

6. Terlalu Mengongkong

Lelaki memerlukan kebebasan atau ruang untuk melakukan aktiviti yang disukainya, untuk menekuni apa yang dipelajarinya, untuk bergaul dengan teman-temannya dan untuk menjadi dirinya sendiri. Jika wanita terlalu mengongkong, mungkin untuk sementara pasangannya dapat bertahan atau memahaminya, namun tidak untuk jangka panjang. Dia akhirnya akan bosan dan berontak sehingga boleh menjejaskan hubungan.

7. Terlalu Memperlekeh

Lelaki tidak menyukai wanita yang tidak menghargainya, apalagi memperlekehkannya. Wanita perlu bersikap lebih bijak untuk tidak membuat lelaki merasa direndahkan baik oleh sikap mahupun ucapan yang dihamburkan. Bila anda hendak memperbaiki kekasih anda yang terlalu banyak kelemahannya, anda perlulah mendorongnya untuk berubah sedikit demi sedikit dengan cara yang sewajarnya iaitu tidak memperlekehkannya.

8. Terlalu Memiliki

Tidak ada seorang pun yang betul-betul ingin dimiliki oleh orang lain. Tentu saja dia kekasih anda, namun bukan milik peribadi anda. Jadi biarkan dia juga dimiliki oleh dirinya sendiri, oleh teman-temannya, oleh keluarganya dan oleh orang lain.

9. Terlalu Menyanjung

Kebiasaan memuji dan saling menghargai memang perlu. Selain untuk merapatkan hubungan, ia juga penting untuk meningkatkan rasa percaya diri kekasih anda. Tetapi kalau anda terlalu sering menyogoknya dengan pujian dan sanjungan, anda tidak saja merosak erti sebenar pujian, tetapi juga membuat si dia merasa bosan. Dia juga menganggap anda tidak ikhlas.

10. Terlalu Menuntut

Meskipun lelaki perlu dipacu semangatnya, namun terlalu menuntut bukanlah cara yang baik. Lelaki juga ada had kesabarannya dalam melayan karenah pasangannya yang terlalu menuntut itu dan ini. Lama-kelamaan dia akan jadi bosan dan tidak lagi mahu menurut kehendak pasangannya.

“Akal senipis rambut kuatkanlah dengan ilmu, hati serapuh kaca hiasilah ia dengan iman, iman selembut sutera hiasilah dengan akhlak.”

Loading...

Tags: #10 sikap menjejaskan percintaan #10 sikap yang membahayakan perhubungan #10 sikap yang perlu dibuang dalam percintaan #hubungan percintaan #punca hubungan retak #sikap wanita yang tidak disukai lelaki #sikap yang perlu dielakkan dalam perhubungan #tips pasangan bercinta

Cara Memikat Dan Memujuk Isteri Supaya “Bersama” Lebih Kerap, Suami Perlu Tahu Waktu Sesuai!
Kehendak seks wanita berbeza dengan seorang lelaki. Lelaki boleh melakukan seks dengan sesiapa
6 Tanda Ini Buat Anda Tak Kaya-Kaya! No 3 Selalu Anda Buat!
Salah satu impian setiap manusia di muka bumi ini adalah untuk menjadi kaya-raya
Tips Menggunakan Penghawa Dingin Supaya Bil Elektrik Tidak Melambung!
Penggunaan penghawa dingin yang kerap dan dipasang sepanjang masa akan menyebabkan bil elektrik
Tips Sejukkan Rumah Kediaman, Sejuk & Selesa Tanpa Penghawa Dingin!
Keadaan cuaca yang panas pada musim kemarau menyebabkan rumah menjadi panas dan bahangnya