Teks Bacaan Doa Sempena Mesyuarat & Maksudnya

Doa Majlis

Teks bacaan doa sempena mesyuarat, dibacakan dan diaminkan secara beramai-ramai dalam majlis mesyuarat.

  • DOA SEMPENA MESYUARAT

بِسْمِ الِ الرّحْمَنِ الرّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ لِ رَبّ العَالَمِيْنَ, وَالعَاقِبَة لِلْمُتّقِيْنَ َالصّلَة ُوَالسّل ُ َم

عَلَى سَيّدِنَا مُحَمّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِي َ ْن

اللّهُمّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلِخْوَانَِنا الّذِي َ ْن سَبَقُوْنَا بِالِيْم ِ َان

وَلَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلّ لِلّذِي َ ْن ءَامَنُوْا رَبّنَاإنّكَ رَءُوْفٌ رَحِيٌ ْم

اللهم انت العزيز الجليل

Sesungguhnya kami pada pagi ini, ingin merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, atas kurniaan Mu yang tidak ternilai.

اللهم يا حكيم ياعظيم

Sesungguhnya kami berhimpun di sini bagi menyatakan kesungguhan, komitmen dan iltizam kami dengan roh dan semangat untuk membangun membina serta mendidik dan memartabatkan anak bangsa supaya berbudi dan berjasa kepada agama, bangsa dan negara.

Justeru  itu berkatilah pertemuan kami, berkatilah jua usaha-usaha kami, ilhamkanlah dalam fikiran dan minda kami, idea-idea yang bernas, pandangan-pandangan yang jelas dan keputusankeputusan yang waras. Kurniakanlah kepada kami limpahan ilmu yang berguna dan kefahaman yang benar. Satukanlah hati-hatikami, eratkanlah silaturrahim di kalangan kami. Padukanlah tenaga dan usaha kami untuk memartabatkan pendidikan bangsa secara bersama demi mencapai kecemerlangan dan kegemilangan.

اللهم يا عليم ياخبير

Jadikanlah kami Ya Allah, dari kalangan hamba-hamba Mu yang taat dan bersyukur. Jauhilah kami Ya Allah, dari melanggari perintahMu. Kurniakanlah apa kiranya ya Allah kepada kami kesihatan yang berpanjangan , kesejahteraan yang sempurna , fikiran yang waras, minda yang cergas, rezeki yang halal, zuriat dan generasi yang beriman  serta segala kebaikan di dunia dan di akhirat.

اَللّهُمّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرّقاً مَعْصُوْمًا ،

وَلَ تَجْعَلِ اللّه ّ ُم فِيْنَا وَلَ مَعََنا وَلَ مَنْ يَتْبَعَُنا شَقِيّا وَلَ مَطْرُوْدًا وَلَ مَحْرُو ً ْما .

رَبّنَا آتِنَا ِفي الدّنْيَا حَسَنَةً ِ  وَفي الخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَاب ّ َ الن ِ ار

وَصَّلى الُ عَلَى مُحَمّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلّمَ ،

وَالْحَمْد ِّ ُلِ رَبّ العَالَمِي َ ْن

 

  • DOA SEMPENA MESYUARAT PIBG 

بِسْمِ الِ الرّحْمَنِ الرّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ لِ رَبّ العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة لِلْمُتّقِيْنَ َالصّلَة

ُوَالسّلَمُ عَلَى سَيّدِنَا مُحَمّدٍ وَعَل ِ َى آله ِوَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِي َ ْن

اللّه ّ ُم اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلِخْوَانِنَا الّذِيْنَ سَبَقُوَ ْنا بِالِيْمَانِ وَلَ تَجْعَلْ

فِيْ قـُلُوْبِنَاغِلّ لِلّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبّنَاإنّكَ رَءُوْفٌ رَحِيٌ ْم

يا ال ياكريم

Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul keranaMu Ya Allah. Kami berkumpul untuk mengisi keredhaanMu dalam seluruh hidup kami. Kami berkumpul untuk bermusyawarah, bertukar-tukar pendapat dan menyumbangkan buah fikiran, tenaga dan sokongan ke arah memajukan lagi sekolah ini , demi kebaikan anak-anak kami.

يا ال يا منزل البركة

Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usahausaha kami) sekolah ini akan menjadi sekolah yang cemerlang, terbilang , sekolah yang disegani dan dihormati, sekolah yang akan melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya di dunia mahupun di akhirat.

يا رحمن يا رحيم يا رب العلمين

Perbaikilah segala kesilapan kami , jernihkanlah hubungan antara kami , jinakkan dan lembutkanlah hati-hati kami dan tunjukkanlah kami jalan yang membawa keselamatan dan keharmonian dalam menyelesaikan masalah yang timbul di antara pihak pentadbir, guru-guru dan juga ibu bapa atau penjaga pelajar di sekolah ini.

يا حي يا قيوم ياذا الجلل والكرام

Ya Allah kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan yang sempurna.

 

اَللّهُمّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرّقاً مَعْصُوْمًا ،

وَلَ تَجْعَلِ اللّه ّ ُم فِيْنَا وَلَ مَعََنا وَلَ مَنْ يَتْبَعَُنا شَقِيّا وَلَ مَطْرُوْدًا وَلَ مَحْرُو ً ْما .

رَبّنَا آتِنَا ِفي الدّنْيَا حَسَنَةً ِ  وَفي الخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَاب ّ َ النار

وَصَّلى الُ عَلَى مُحَمّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلّمَ ،

وَالْحَمْد ِّ ُلِ رَبّ العَالَمِي َ ْن

 

Rujukan : www.islam.gov.my
Loading...

Tags: #bacaan doa #bacaan doa mesyuarat #berdoa #contoh doa-doa #doa mesyuarat #membaca doa #teks bacaan doa #Teks Bacaan Doa Sempena Mesyuarat

Kaitan Bangsa Yahudi dengan Nabi Yusuf A.S
Makam Nabi Yusuf A.S Makam Nabi Yusuf adalah tempat suci dalam Islam dan
15 Perkara Yang Menurunkan Bala Kepada Umat Akhir Zaman
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a Rasulullah saw bersabda ; “Apabila umatku telah
Peperangan Khandak Dalam Sejarah Perkembangan Islam
Perang Khandak, juga dikenali sebagai Perang Parit, adalah pertempuran yang berlaku pada 5
Peperangan Uhud Dalam Sejarah Perkembangan Islam
Perang Uhud adalah pertempuran penting yang terjadi pada tahun 3 Hijriah (sekitar Oktober

Comments are closed.