Resipi Nasi Minyak Terengganu Gulai Ayam

Resipi Nasi Minyak Terengganu Bersama Gulai Ayam

Bahan nasi :

  • 1 kg beras Siam/beras biasa
  • 125ml susu cair
  • 1 biji bawang besar – mayang
  • 4 ulas bawang putih – mayang
  • 2cm halia – hiris
  • 1 helai daun pandan – hiris
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 2 sudu besar majerin
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 25liter air
  • Garam secukup rasa

Bahan tumis nasi :

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum bunga cengkih

Bahan gulai :

  • 1 ekor ayam – potong
  • 125ml santan pekat
  • 3 sudu besar rempah kari nasi minyak
  • 3 sudu besar cili giling
  • 2 sudu besar kerisik
  • 3 biji kentang – dibelah
  • 20ml air asam jawa
  • Gula melaka, gula, garam dan air secukup rasa

Bahan kisar gulai :

  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1cm halia
  • 1cm lengkuas
  • 1cm kunyit hidup

Bahan tumis gulai :

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga lawang

Cara penyediaan nasi minyak :

  1. Beras dibersihkan dan tos airnya.
  2. Minyak dipanaskan bersama majerin dan minyak sapi.
  3. Tumiskan bahan tumis bersama bawang besar, bawang putih, halia dan daun pandan hingga berbau wangi.
  4. Masukkan air dan kacau rata, biar mendidih.
  5. Setelah mendidih, masukkan beras, susu cair serta garam secukup rasa.
  6. Kacau rata dan biarkan nasi masak.

Cara penyediaan gulai :

  1. Panaskan minyak dan masukkan bahan tumis bersama cili giling. Biarkan sehingga naik bau dan garing.
  2. Masukkan bahan kisar dan kacau.
  3. Apabila garing, masukkan rempah kari yang dibancuh bersama air, kacau rata hingga naik minyak.
  4. Setelah itu, masukkan ayam bersama kentang serta air asam jawa dan bairkan masak seketika.
  5. Masukkan santan pekat dan kacau sehingga mendidih.
  6. Masukkan garam, gula, gula melaka secukupnya dan biarkan mendidih dan pekat kuahnya. Biar dengan api perlahan untuk lembutkan ayam.
  7. Apabila sudah berpuas hati, angkat dan hidang bersama nasi minyak, acar dan sambal.
Loading...

Tags: #lauk nasi minyak #masak nasi minyak gulai ayam terengganu #masak Nasi Minyak Terengganu Bersama Gulai Ayam #nasi minyak kuala terengganu malaysia #nasi minyak simple dan sedap #resepi gulai ayam #resepi masakan nasi #resepi nasi minyak #resepi nasi minyak ayam masak merah #resepi nasi minyak terengganu #Resipi Nasi Minyak Terengganu

Resipi Teh Beng Vanilla Yang Pernah Tular Di Media Sosial
Teh beng vanilla atau teh ais vanilla merupakan menu minuman yang kian tular
Resipi Nasi Khoumok (Khao Mok Gai)
Bahan-bahan rempah khoumok : 2 sudu besar rempah kari 1 sudu besar serbuk
Resipi Nasi Beriani Gam Johor
Bahan-bahan untuk nasi : 5 cawan beras basmathi/beras panjang 1 cawan minyak sapi
Resipi Nasi Ayam Hainan
Cara penyediaan stok ayam : Rebus tulang ayam untuk dapatkan stok. Lebihan stok

Comments are closed.