Punca Dan Rawatan Gigi Geraham Bongsu Terimpak

Sakit Gigi Geraham Bongsu

Gigi geraham bongsu akan mula tumbuh apabila seseorang itu berumur di dalam lingkungan 18 hingga 24 tahun. Kadangkala ada juga yang tumbuh seawal usia 16 tahun. Gigi geraham bongsu adalah gigi yang terletak paling belakang pada setiap rahang atas dan bawah. Ia mempunyai bentuk akar yang pelbagai. Oleh yang demikian, ia berkemungkinan akan terimpak (impaction) apabila rahang tidak mempunyai ruang yang cukup untuk membolehkan gigi geraham bongsu tumbuh ke ruang mulut.

Apakah jenis-jenis ‘impaction’ gigi geraham bongsu?

Gigi geraham bongsu terimpak dikenalpasti seperti berikut ;

  1. Vertical impaction
  2. Mesial impaction
  3. Distal impaction
  4. Horizontal impaction
vertical-impaction Punca Dan Rawatan Gigi Geraham Bongsu Terimpak

Vertical impaction

mesial-impaction-wisdom-tooth Punca Dan Rawatan Gigi Geraham Bongsu Terimpak

Mesial impaction gigi geraham

gambar-mesial-impaction-gigi-geraham-bongsu Punca Dan Rawatan Gigi Geraham Bongsu Terimpak

Gambar mesial impaction gigi geraham bongsu

Distal-impaction Punca Dan Rawatan Gigi Geraham Bongsu Terimpak

Distal impaction

Horizontal-Impaction Punca Dan Rawatan Gigi Geraham Bongsu Terimpak

Horizontal impaction

Apakah simptom gigi geraham terimpak?

  • Sakit gigi dan rahang/ telinga.
  • Jangkitan kuman.
  • Bengkak pada kawasan gigi / kelenjar di bahagian rahang.
  • Kesukaran untuk membuka mulut.
Bengkak-pada-bahagian-rahang-kerana-sakit-gigi-geraham-bongsu Punca Dan Rawatan Gigi Geraham Bongsu Terimpak

Bengkak pada bahagian rahang kerana sakit gigi geraham bongsu

Apakah rawatan bagi kes gigi geraham bongsu terimpak?

Rawatan yang sesuai dilakukan untuk gigi geraham bongsu terimpak adalah dengan Minor oral surgery (MOS) atau pembedahan kecil.

pembedahan-kecil-gigi-geraham-atau-Minor-oral-surgery-MOS Punca Dan Rawatan Gigi Geraham Bongsu Terimpak

Pembedahan kecil gigi geraham atau Minor Oral Surgery (MOS)

Ketahui komplikasi selepas pembedahan kecil (MOS)

  • Soket kering (dry socket).
  • Jangkitan kuman.
  • Pendarahan (post operative bleeding).
  • Kecederaan saraf (sementara/kekal).
Dry-socket-of-wisdom-tooth Punca Dan Rawatan Gigi Geraham Bongsu Terimpak

Soket kering (dry socket) gigi geraham bongsu

Nasihat selepas pembedahan kecil (Minor oral surgery)

  • Tukar kapas (gauze) setiap 30 hingga 45 minit.
  • Elakkan berkumur pada hari pertama selepas rawatan.
  • Jika terasa sakit, ambil ubat tahan sakit yang dibekalkan. Sebagai contoh Ponstan dan ibuprofen.
  • Jika anda diberikan antibiotik, sila pastikan antibiotik tersebut dimakan mengikut masa sehingga habis.
  • Ice pack boleh digunakan untuk mengurangkan bengkak pada pipi selama 20 minit (8-12 jam selepas pembedahan)
  • Selalunya bengkak akan terjadi  hari ke-2 dan ke-3 selama lebih kurang 1 minggu.
  • Berkumur dengan menggunakan air garam selepas bangun tidur keesokkannya. Air garam disediakan dengan campurkan setengah sudu kecil garam dengan 1 gelas air. Amalkan berkumur 3 hingga 4 kali sehari dalam tempoh 1 minggu setiap kali selepas makan.
  • Berhati-hati sewaktu memberus gigi supaya tidak mencederakan kawasan pembedahan kecil yang sedang pulih.
  • Makan makanan yang lembut dan senang dikunyah serta banyakkan minum air kosong.
  • Jika ada rasa kebas, selalunya adalah sementara untuk beberapa hari, jika masih berlarutan hendaklah berjumpa dengan doktor.
  • Tidak boleh merokok kerana ini akan melambatkan proses penyembuhan dan menyebabkan pendarahan.
  • Terdapat jahitan pada kawasan pembedahan, ia akan tertanggal sendiri lebih kurang 1-2 minggu.
  • Selalunya doktor akan bagi temujanji selepas seminggu untuk ‘review’.
ice-pack-melegakan-bengkak Punca Dan Rawatan Gigi Geraham Bongsu Terimpak

Ice Pack digunakan untuk melegakan bengkak

 

Sumber : Dental Officer, KKM Malaysia
Loading...

Tags: #apakah gigi bungsu harus dicabut #Distal impaction #gigi geraham bongsu terimpak #gigi geraham bungsu atas #gigi geraham bungsu tumbuh miring #gigi geraham bungsu tumbuh sakit #Horizontal impaction #jenis impak pada gigi geraham bongsu #komplikasi selepas pembedahan kecil gigi geraham #letak gigi geraham #Mesial impaction #nasihat selepas pembedahan kecil gigi #pasca operasi gigi geraham bungsu #Punca Gigi Geraham Bongsu Terimpak #rawatan bagi kes gigi geraham bongsu terimpak #Rawatan Gigi Geraham Bongsu Terimpak #rawatan selepas pembedahan gigi geraham bongsu #sakit gigi geraham bongsu #simptom gigi geraham terimpak #simptom sakit gigi geraham bongsu #Vertical impaction

Cara Rawatan Awal Gatal-gatal Pada Kulit
Gatal kulit boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk tindak balas alahan, kulit kering,
Penyakit TB : Cara Tersebar Penyakit Tuberkulosis (TB) Gejala dan Pencegahan
Tuberkulosis (TB) adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis. Penyakit ini
Vaksinasi Hepatitis B : Adakah Ia Perlu?
Vaksin hepatitis B adalah cara yang paling berkesan untuk mencegah jangkitan virus hepatitis
Hepatitis B @ Bengkak Hati : Punca dan Cara Menghindari serta Kaedah Rawatan Pesakit Hepatitis B
Hepatitis B adalah penyakit hati yang disebabkan oleh virus hepatitis B (HBV). Virus

Leave a reply "Punca Dan Rawatan Gigi Geraham Bongsu Terimpak"