Biodata Profil Nabila Huda

Nabila Huda

Nabila Huda binti Suhaimi (lahir 2 Disember 1984) ialah seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau yang mula menempa nama menerusi watak-watak antagonis, merupakan anak sulung kepada legenda rock terkenal Amydaripada kumpulan Search. Nabila memulakan kerjaya lakonan pada 2001 menerusi peranan yang tidak dikreditkan dalam Lagi-Lagi Senario arahan Aziz M. Osman. Antara filem yang dibintangi beliau ialah Rock (2005), Akhirat (2008), Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam (2009), Pisau Cukur (2009), Duhai Si Pari-pari (2009), Bohsia 2: Jalan Kembali (2012) dan Gamatisme (2014).

Selain peranan lakonan dalam filem, Nabila juga terkenal dengan peranan lakonan di televisyen termasuk Shikin dalam Impak Maksima the Series, Ain dalam Cinta Untuk Ain, Azarina dalam Dari Mata Arisa, Ayu dalam Teduhan Kasih dan Aurora dalam Dendam Aurora. Sepanjang kerjayanya, Nabila telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan di dalam kerjayanya sebagai pelakon. Menerusi persembahannya dalam Munafik, Nabila memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-28.

Nabila Huda telah muncul bergandingan dengan Nabil Ahmad dalam pengacaraan Muzikal Lawak Superstar 2019.

Biodata Lengkap:

Nama penuh Nabila Huda: Nabila Huda binti Suhaimi Abdul Rahman
Tarikh lahir: 2 Disember 1984
Umur Nabila Huda: 31 tahun (2015)
Nama anak: Keisha Laila
Asal: Kuala Lumpur, Malaysia

Senarai drama, telemovie dan filem lakonan Nabila Huda:
Akulah Balqis, Ariana Rose, Antidot, Teduhan Kasih, Masihkah Ada Cinta, Impak Maksima, Di Luar Itu Bukan Syurga, Golliwog, Diari Dewi, Serkam Cinta, Kerana Budi, Cinta Untuk Ain, Sutra Maya, Sari Maya, Cinta Dia, Rock, Akhirat, Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam, Pisau Cukur, Duhai Si Pari-pari dan Bohsia 2; Jalan Kembali

Mari ikuti perkembangan Nabila Huda di laman sosial:
Instagram Nabila Huda: https://www.instagram.com/kupu_kupu/
Twitter Nabila Huda: https://twitter.com/abilsuhaimi
Facebook Nabila Huda: https://www.facebook.com/officialnabilahuda/

Loading...

Tags: #abil nabila #anak amy search #bila huda #nabila #nabila huda

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.