Petua Menahan Muntah Dan Rasa Mual

Petua Menahan Muntah Dan Rasa Mual

Muntah atau rasa mual sudah tentu tidak menyenangkan. Meskipun kadang-kadang memang harus dikeluarkan, mungkin anda perlu menahannya cukup lama agar boleh ke suatu tempat yang jauh.

Keinginan untuk muntah muncul kerana berbagai faktor termasuk sakit, mabuk perjalanan, pening dan kecemasan. Apa pun penyebabnya, ada beberapa cara dan petua untuk menahan muntah dan rasa mual ini.

  1. Hidu Bau Limau

Jika anda mula berasa mual, antara cara termudah untuk atasinya adalah dengan membawa ekstrak limau atau bunga rosmeri di dalam beg anda, dan menghidunya apabila berpeluang. Aroma segar ini dapat menahan keinginan untuk muntah dan rasa mual pun akan beransur-ansur hilang.

  1. Cubalah Makanan dan Minuman ini

Berikut adalah beberapa makanan yang dapat membantu.

  • Makanan yang garing atau kering seperti roti kering atau bakar, biskut atau kerepek kentang.
  • Makanan dingin. Contohnya aiskrim, puding buah, ice belended, ABC, cendol.
  • Makanan lunak dan cair. Contohnya bubur ayam, sup ayam, agar-agar.
  • Makanan berasa masam atau masin seperti jeruk, mangga muda, manisan jeruk, gula-gula masam.
  1. Kurangi Makanan Berikut

Makanan terlalu berlemak seperti goreng-gorengan, sos, makanan bersantan seperti gulai, laksa atau lontong sayur, makanan beraroma tajam atau terlalu berbumbu dan ikan masin.

  1. Minum Air Dalam Kuantiti Yang Banyak

Salah satu cara mengatasi mual adalah dengan mengambil air sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Kekurangan air dalam badan akan menyebabkan lebih teruk rasa mual dan ingin muntah, sekiranya berlaku. Ada juga yang mengatakan, minum segelas air sejuk berais atau pun minum secawan teh panas dapat membantu mengatasinya.

  1. Elakkan Perut Kosong

Anda juga boleh cuba untuk makan sedikit biskut bagi mengelakkan perut kosong dan masuk angin. Dengan cara mengalas perut, kesannya tidaklah seteruk berbanding perut yang kosong.

  1. Minum Teh Halia

Bagaimana dengan halia? Kalau kebiasaannya kita minum teh halia untuk membuang angin di dalam badan, sebenarnya kandungan di dalam halia juga dapat membantu mengurangkan rasa mual dan ingin muntah.

  1. Berbaring dan letakkan kepala Anda lebih tinggi dari kaki

Jika Anda mulai merasa mual, cubalah untuk segera berbaring. Berikan bantal di bawah kepala agar kepala anda lebih tinggi daripada kaki anda. Hal ini akan membantu tubuh anda lebih seimbang dan mengurangi rasa mual.

  1. Cari Udara Segar

Ruang sempit atau tertutup dapat menyebabkan mual. Oleh itu, keluarlah dari ruang tersebut selama beberapa minit, atau buka jendelanya, kemudian bernafaslah dengan menghirup udara segar. Biarkan tubuh rileks selama beberapa minit. Jika anda baru selesai makan, sebaiknya duduk dahulu, jangan berbaring.

Tips Yang Lain

  • Minum ubat anti mual  sejam sebelum makan, contoh Metoclopramid (primperan).
  • Berkumur-kumur atau minum teh halia sedikit-sedikit sebelum makan.
  • Makanlah dalam keadaan tenang, tidak terburu-buru.
  • Makan di luar rumah dengan udara segar.
  • Perut yang kosong akan membuat anda merasa mual. Ketika berasa mual, makanlah dalam kuantiti kecil tetapi kerap.
Loading...

Tags: #cara mencegah muntah #cara mengatasi mual dan muntah #cara tahan dari muntah #elak muntah naik bot #elak rasa mual #elak rasa mual dan nak muntah #mual #muntah #pening #petua menahan keinginan untuk muntah #petua menahan muntah dan rasa mual #rasa nak muntah #Tips elak muntah dan mual #tips menahan muntah dan rasa mual

Panduan Lengkap Menanam Pokok Pisang. Ini Rahsianya!
Pisang adalah tanaman yang termasuk dalam keluarga musaceae, berdaun lebar serta semua bahagian dari tanaman
Petua Hilangkan Parut Jerawat
Jerawat merupakan musuh utama kepada semua orang termasuk lelaki dan wanita. Jerawat akan
12 Petua Terbaik Mencerahkan Kulit Muka Tanpa Kesan Sampingan!
Kebanyakan orang mengaitkan kulit yang cerah dengan kecantikan. Malah, wajah yang cerah juga
Cara Memagar Rumah Dalam Islam Beserta Doa
Berpindah ke rumah baru sama ada rumah sendiri yang dibeli ataupun rumah sewa

Leave a reply "Petua Menahan Muntah Dan Rasa Mual"