Perbezaan Yamaha Y15ZR GP Edition Movistar Dengan Model Y15ZR Biasa

2016 Yamaha Y15ZR MotoGP Edition Version

Yamaha telahpun memperkenalkan model 150CC dengan nama Yamaha Y15ZR.  Ada yang lebih suka dengan nama LC150 kerana bentuk seakan-akan LC135. Memandangkan model ini dikeluarkan sempena sukan Moto GP Malaysia, maka Yamaha Y15ZR telah mengeluarkan versi GP Edition Movistar.

Versi GP ini hanya dikeluarkan sebanyak 2000 unit sahaja. Memandangkan versinya adalah terhad, maka harga untuk versi GP Edition Movistar boleh mencecah harga sehingga RM15,000 untuk satu unit!!!

Walaupun begitu, memiliki sebuah motosikal versi limited ini adalah satu kebanggaan buat peminat. Ramai pemilik motosikal lebih menyukai model-model motosikal Yamaha berbanding model lain terutama bagi sesaran 120CC ke atas. Sebagai rujukan, model 125Z, LC135  sangat laris di pasaran dan juga sangat laris di mata-mata pencuri. Pasti motosikal anda dikunci dengan baik.

Kali ini, teknologi kapcai  telahpun menggunakan sistem bahan api injection. Tidak seperti model-model yang lepas. Apa yang pasti model motosikal Yamaha tidak akan menghampakan peminatnya.

Memandangkan edisi GP Movistar ini hanya dikeluarkan secara terhad. Maka ada syarikat motosikal menjual dengan harga yang sangat tidak masuk akal. Namun, untuk pengetahuan anda, tiada perbezaan pun dari segi performance dan kuasa enjin antara model GP Edition dan model biasa. Ia hanya berbeza dari segi berikut;

  • Coverset limited GP Edition Movistar
  • Warna rim biru edisi Movistar
  • Monoshock kuning brand KYB
Paparan-meter-Yamaha-Y15ZR-Moto-GP-Movistar Perbezaan Yamaha Y15ZR GP Edition Movistar Dengan Model Y15ZR Biasa

Paparan meter Yamaha Y15ZR GP Edition Movistar

Lampu-belakang-Yamaha-Y15ZR-Moto-GP-Movistar Perbezaan Yamaha Y15ZR GP Edition Movistar Dengan Model Y15ZR Biasa

Lampu belakang Yamaha Y15ZR GP Edition Movistar dengan emblem Yamaha warna emas

Monoshock-KYB-Yamaha-Y15ZR-Moto-GP-Movistar Perbezaan Yamaha Y15ZR GP Edition Movistar Dengan Model Y15ZR Biasa

Monoshock KYB berwarna kuning untuk model Yamaha Y15ZR GP Edition Movistar, manakala bagi model biasa ia berwarna hitam

Saiz-tayar-dan-sportrim-OEM-Yamaha-Y15ZR-Moto-GP-Movistar Perbezaan Yamaha Y15ZR GP Edition Movistar Dengan Model Y15ZR Biasa

Saiz tayar belakang adalah 120/70 dan sportrim OEM Yamaha Y15ZR GP Edition Movistar

Saiz-tayar-depan-model-Yamaha-Y15ZR-Moto-GP-Movistar Perbezaan Yamaha Y15ZR GP Edition Movistar Dengan Model Y15ZR Biasa

Saiz tayar depan model Yamaha Y15ZR GP Edition Movistar adalah 70/90

Yamaha-Y15ZR-Moto-GP-Movistar Perbezaan Yamaha Y15ZR GP Edition Movistar Dengan Model Y15ZR Biasa

Yamaha Y15ZR versi MotoGP Movistar

Yamaha-Y15ZR-warna-Grey Perbezaan Yamaha Y15ZR GP Edition Movistar Dengan Model Y15ZR Biasa

Yamaha Y15ZR warna Grey

Yamaha-Y15ZR-Moto-GP-Movistar-enjin Perbezaan Yamaha Y15ZR GP Edition Movistar Dengan Model Y15ZR Biasa

Enjin SOCH Yamaha Y15ZR

Spesifikasi :

  • Enjin 4 lejang SOHC (Single Over-Head Cam) silinder tunggal 149 cc, 57.0 x 58.7 mm (bore x stroke)
  • Nisbah mampatan 10.4 : 1
  • Kuasa maksimum 11.5 kW / 8500 rpm
  • Tork maksimum 13.8 Nm / 7000 rpm
  • Sistem penghidup elektrik
  • Pelinciran jenis takungan basah
  • Transmisi 5 kelajuan klac ditangan
  • Isian tangki minyak enjin 1.15 liter
  • Jumlah isian penuh petrol 4.2 liter
  • Berat penuh 115 kg
  • Model minyak pelincir disyorkan – Yamalube jenis SAE 20W-40 atau 20W-50

JOM! Lihat beza 2015 / 2016 model terbaru Yamaha Y15ZR motoGP Edition 2016

Loading...

Tags: #gambar 150 exciter #gambar y15zr movistar #gambar Y15ZR movistar 2015 #kuasa dan enjin yamaha y15zr #lc150 #model motosikal y15zr baru #motosikal yamaha 150 #spesifikasi yamaha y15zr #yamaha y15zr #yamaha Y15zr gp edition #Yamaha Y15ZR GP Edition Movistar

Membeli Kereta Baru atau Kereta Terpakai, Mana Lebih Untung?
Keputusan antara membeli kereta baharu atau kereta terpakai bergantung pada pelbagai faktor, termasuk
Kelebihan Kenderaan Jenama Toyota
Jenama Toyota mempunyai beberapa kelebihan yang menjadikannya popular di pasaran automotif. Berikut adalah
Kelebihan Kenderaan Jenama Honda
Kenderaan jenama Honda seperti kereta dan motosikal mempunyai beberapa kelebihan yang telah memenangi
Cara Menyemak Kos Penyelenggaraan Kenderaan Anda
Untuk menyemak kos penyelenggaraan kenderaan, anda boleh mengikuti langkah berikut: Baca Buku Panduan

Leave a reply "Perbezaan Yamaha Y15ZR GP Edition Movistar Dengan Model Y15ZR Biasa"