Ovarian Cyst. Simpton Dan Rawatannya

Ovarian Cyst. Simpton Dan Rawatannya

Cyst ialah sejenis ketumbuhan atau kantung tidak normal yang terbentuk di mana-mana organ dalam badan manusia. Cyst boleh mengandungi udara, cecair atau selaput. Ia dipanggil cyst kerana ketumbuhanan ini  mengandungi cecair (fluids), sama ada air, cecair bercampur protien, darah beku, darah haid , minyak dan lemak atau lendir. Ia boleh disertai dengan  daging yang mungkin jenis kanser, rambut, cartilage, tulang dan lain-lain.

Kebanyakan cyst adalah jenis tidak berbahaya atau benign dan biasanya cyst yang terbentuk akibat proses fisiologi normal seorang wanita dalam sesuatu kitar haid. Maksudnya, sewaktu usia subur iaitu antara usia remaja dan sebelum putus haid. Akibat rangsangan hormon wanita, sel telur yang matang akan membentuk cyst bagi menghasilkan telur yang subur ketika ovulasi sebelum berlakunya persenyawaan. Cyst ini akan pecah dan mengeluarkan telur yang subur.

Ovarian cyst atau cyst ovari ialah pengumpulan cecair dalam kantung yang berada dalam ovari wanita. Jika persenyawaan tidak berlaku, cyst ini akan mengecut dan akhirnya lenyap dalam sistem pembiakan wanita. Namun jika tidak pecah, ia menjadi cyst yang tidak normal tetapi tidak berbahaya. Dianggarkan 60 hingga 70 peratus kes ovarian cyst tidak disedari kerana ia tidak menunjukkan gejala dan dikesan secara tidak sengaja.

ovarian-cyst1 Ovarian Cyst. Simpton Dan Rawatannya

Jenis-Jenis Ovarian Cyst

  • Follicular cyst

Mengandungi air, bermula sebagai karung telur tetapi tidak pecah pada waktu subur (ovulation), ia terus membesar kadang melebihi 5 cm. Biasanya ia akan pecah sendiri tanpa perlu pembedahan dan airnya diserap badan.

  • Corpus luteal cyst

Bermula dari bekas kantung telor yang telah pecah (selepas ovulation) dan kehamilan telah berlaku. Peranan corpus luteum adalah untuk menguatkan kehamilan pada peringkat awal sabelum uri mengambil alih peranan tersebut. Kadang-kadang ia membesar sehingga 8 cm. Jangan takut, kerana biasanya cyst ini akan pecah sendiri dan cecairnya diserap badan.

  • Hemorrhagic cyst

Cyst yang mengandungi darah, bermula dari follicular atau corpus luteal cyst, pendarahan berlaku ke dalam cyst atau pecah dan darah melempah merata dalam perut menyebabkan kesakitan yang kuat. Perlu pembedahan cemas.

  • Ruptured ovarian cyst

Menyebabkan kesakitan dan perlu dibedah secara cemas.

  • Endometriotic cyst of ovary

Terjadi akibat dari keadaan di mana sel-sel endometrium rahim tumbuh di luar rahim (endometriosis). Sesetengah tisu boleh melekat pada ovari anda dan membentuk pertumbuhan.Mengandungi darah kotor, merosakkan ovari, saluran fallopio dan rahim. Perlu dibedah.

  • Dermoid cyst ovary atau terratoma

Mengandungi cecair berminyak dan lemak, rambut, cartilage, gigi atau tulang. Perlu dibedah. Ia terjadi daripada sel yang menghasilkan telur pada ovari. Ia adalah cyst yang dibawa sejak kecil dan kadangkala kehadirannya tidak disedari.

  • Cystadenomas cyst

tumbuh di atas permukaan ovari dan mungkin dipenuhi dengan bahan berair atau lendir.

Dermoid cyst dan cystadenomas boleh menjadi besar, menyebabkan ovari bergerak keluar dari kedudukan. Ini meningkatkan peluang ovari berpusing, yang disebut kilasan ovari. Kilasan ovari juga boleh menyebabkan pengurangan atau penghentian aliran darah ke ovari.

Punca Ovarian Cyst

Kebanyakan ovarian cyst berkembang hasil dari kitaran menstruasi. Dalam keadaan normal, ovari mengembangkan struktur seperti cyst yang dipanggil folikel setiap bulan. Folikel menghasilkan hormon estrogen dan progesteron dan melepaskan telur apabila wanita mengalami ovulasi. Bila folikel ini terus-menerus membesar selepas telur dilepaskan, ia dikenali sebagai functional cyst. Cyst jenis ini paling biasa ditemui dan akan hilang dengan sendirinya selepas beberapa bulan.

Simptom Yang Biasa Berlaku

Simptom cyst ovari adalah berbeza bergantung kepada individu. Namun ada juga wanita yang mempunyai cyst ini tidak mempunyai simptom. Simptom yang biasanya ialah:

  • Berasa sakit pada bahagian bawah perut sekitar kawasan ari-ari.
  • Kitaran haid menjadi tidak menentu dan berlaku pendarahan tidak normal.
  • Kerap membuang air kecil atau masalah membuang air besar seperti sembelit juga boleh berlaku, terutama jika saiz cyst sangat besar.
  • Perut membesar tanpa hamil.
  • Mandul atau kurang subur.
  • Berulang kali keguguran.
  • Tiada selera makan, susut berat badan, selalu mengalami keletihan adalah simptom yang merisaukan.

Mengenalpasti Cyst

Ujian ultrasound atau CT scan (computed tomography) boleh membantu mengesahkan masalah ini. Ujian darah dan air kencing perlu dilakukan pada peringkat awal untuk membezakan cyst ovari dengan masalah lain seperti appendicitis, terutama jika terasa sakit pada bahagian kanan kilang telur wanita.

Pakar juga boleh mencadangkan untuk membuat ujian saringan kanser darah jika ujian awal scan menunjukkan ia bukan cyst biasa.

Rawatan

Rawatan untuk cyst ovari bergantung kepada beberapa faktor. Antaranya saiz cyst, usia pesakit, kekerapan sakit berlaku dan jenis cyst yang kelihatan ketika scan dilakukan. Jika perlu, pembedahan dilakukan untuk mengeluarkan kantung berkenaan dan tisu itu dihantar ke makmal untuk mengesahkan sama ada ia mengandungi sel kanser atau tidak.

Untuk cyst biasa dan tidak berbahaya, pembedahan tidak perlu dilakukan. Ubat penahan sakit diberi bila perlu, terutama ketika haid. Tuam dengan tungku atau botol mengandungi air suam pada bahagian ari-ari sekerap mungkin untuk mengurangkan rasa sakit pada bahagian itu.

Ada kalanya, pil perancang diberi untuk menjadikan kitaran haid pesakit terkawal dan mengurangkan kebarangkalian terjadinya pembentukan cyst.

Loading...

Tags: #apa itu cyst #Corpus luteal cyst #cyst #Endometriotic cyst of ovary #Follicular cyst #Hemorrhagic cyst #Jenis Ovarian Cyst #Jenis-jenis cyst #jenis-jenis cyst ovari #kes ovarian cyst #ovari wanita #Ovarian Cyst #Ovarian cyst atau cyst ovari #pembedahan cyst #Punca ovarian cyst #Rawatan cyst ovari #Ruptured ovarian cyst #simptom ovarian cyst #Simpton ovarian cyst

Cara Rawatan Awal Gatal-gatal Pada Kulit
Gatal kulit boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk tindak balas alahan, kulit kering,
Penyakit TB : Cara Tersebar Penyakit Tuberkulosis (TB) Gejala dan Pencegahan
Tuberkulosis (TB) adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis. Penyakit ini
Vaksinasi Hepatitis B : Adakah Ia Perlu?
Vaksin hepatitis B adalah cara yang paling berkesan untuk mencegah jangkitan virus hepatitis
Hepatitis B @ Bengkak Hati : Punca dan Cara Menghindari serta Kaedah Rawatan Pesakit Hepatitis B
Hepatitis B adalah penyakit hati yang disebabkan oleh virus hepatitis B (HBV). Virus

Leave a reply "Ovarian Cyst. Simpton Dan Rawatannya"