Manfaat Tersembunyi Ubat Gigi Selain Daripada Bahan Pembersih

Manfaat Lain Ubat Gigi

Tahukah anda, ubat gigi bukan sahaja digunakan untuk membersihkan gigi dan mulut semata-mata malahan mempunyai manfaat lain bagi kesejahteraan kehidupan manusia.

Menariknya, manfaat disebalik ubat gigi ternyata boleh menyelesaikan perkara-perkara yang tidak terlintas di akal fikiran kita semua.

Nah, ini 5 manfaat tersembunyi ubat gigi yang perlu anda ketahui. Jom kita semak!

1. Atasi Masalah Jerawat

Mengalami kulit wajah yang berjerawat sedikit sebanyak membuatkan penampilan seseorang kurang menarik dan tidak yakin berdepan dengan khalayak. Pelbagai cara dilakukan untuk merawat masalah ini sehingga mengorbankan puluhan hingga ratusan ringgit untuk membeli produk kecantikan dan melakukan perawatan di salon.

Untuk pengetahuan pembaca, ubat gigi mampu mengatasi kulit berjerawat anda. Semudah ABC, oleskan ubat gigi secara tipis di bahagian berjerawat sebelum anda masuk tidur. Lakukan setiap hari bagi mendapatkan kulit yang cantik dan menawan.

2. Memerahkan Bibir

Memiliki bibir yang merah adalah impian setiap wanita diluar sana. Kandungan fluorida pada ubat gigi dapat membuat mimpi anda menjadi kenyataan.

Anda hanya perlu mengoleskan ubat gigi di bibir setiap malam. Biarkan selama 3 hingga 5 minit kemudian cuci dengan air bersih. It’s so easy, right!

3. Hilangkan Calar Halus Di Skrin Telefon Bimbit

Ingin hilangkan calar halus di skrin telefon bimbit anda? Jangan khuwatir, ubat gigi boleh menjadi solusi terbaik anda.

Pssst, ini caranya! Anda cuma oleskan sedikit ubat gigi di permukaan skrin telefon dan gosokkan secara perlahan-lahan dengan menggunakan kain yang halus. Wow, telefon bimbit anda pastinya kelihatan baharu seperti sebelum ini.

4. Bersihkan Dakwat Pada Baju

Dakwat pada baju seringkali berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira jantina lelaki atau wanita. Paling penting, kotoran sebegini sangat rumit dan sukar untuk dibersihkan. Dengan adanya ubat gigi, baju anda pasti bersih tanpa dakwat lagi.

Caranya, sapukan ubat gigi di bahagian terkena dakwat dan biarkan kering seketika sebelum dicuci keesokan harinya. Selesai masalah anda!

5. Hilangkan Kotoran Di Perabut Kayu

Perabot berasaskan kayu-kayuan menjadi pilihan masyarakat kita sejak dahulu lagi. Selain di kampung-kampung, perabut kayu turut digunakan di rumah mewah, pejabat dan restoran. Salah satu cara untuk menjaga ketahanan perabut kayu adalah membersihkan segala kotoran yang melekat padanya.

Untuk menghilangkan sisa-sisa kotoran pada perabot, oleskan ubat gigi pada kain dan gosokkan sehingga bersih.

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Kegunaan Lain Ubat Gigi #kegunaan ubat gigi #Manfaat Ubat Gigi #Manfaat Ubat Gigi Buat Kita Semua #ubat gigi

10 Ciri-ciri Lelaki Yang Tidak Boleh Dijadikan Suami. Ini Fakta Perlu Wanita Ketahui!
Dalam konteks memilih pasangan yang akan membimbing dan bakal menjadi ketua keluarga, wanita
Panduan Lengkap Menanam Pokok Pisang. Ini Rahsianya!
Pisang adalah tanaman yang termasuk dalam keluarga musaceae, berdaun lebar serta semua bahagian dari tanaman
Petua Hilangkan Parut Jerawat
Jerawat merupakan musuh utama kepada semua orang termasuk lelaki dan wanita. Jerawat akan
12 Petua Terbaik Mencerahkan Kulit Muka Tanpa Kesan Sampingan!
Kebanyakan orang mengaitkan kulit yang cerah dengan kecantikan. Malah, wajah yang cerah juga

Comments are closed.