Lagenda Kereta Mitsubishi Evolution 1, 2 dan 3

Evo 3 Standard

Kereta Malaysia iaitu Proton Wira mempunyai kerangka yang agak sama dengan versi EVO I, EVO II dan EVO III. Oleh kerana moulting engine juga sama dengan kereta ini, maka pengubahsuai kereta buatan Malaysia menjadi amat digilai oleh peminat sukan bermotor negara baik yang muda mahupun tua.

Masing-masing sanggup menghabiskan beribu ringgit untuk merasai kekuatan engine Evolution pada kerangka Proton Wira. Ini adalah kerana, harga sebuah kereta Evolution versi EVO III sahaja yang telah berumur hampir 12 tahun masih mempunyai harga market yang sangat tinggi iaitu mencecah hampir RM65K. Tambahan pula, kereta tersebut tidak boleh di finance dan hanya mereka yang bermodal tebal sahaja mampu memilikinya. Itu pun tidak cukup lagi, kerana model tersebut sudah tidak dikeluarkan oleh syarikat Mitsubitshi Motor Corp (MMC).

Jikalau engine daripada jentera asal EVO dimasukkan ke dalam kereta Proton, namun ia tetap tidak dapat menyerupai sentuhan kereta asal kerana pada kerangka Proton Wira tidak mempunyai tapak bagi memasang “long shaft” bagi janaan empat roda (4WD) sama seperti kereta asal. Pemotongan lantai asal kereta Wira sememang salah dibawah Akta Pengangkutan Jalan (JPJ) dan memberikan risiko kereta anda disita oleh pihak berkuasa. Jadi pemasangan engine Evo pada kerangka body Proton Wira hanya menggunakan pacuan roda depan sahaja dengan cara lock 4WD. Ia amat biasa dilakukan pada kereta Proton Wira.

Dari segi kestabilan pula, kerangka Proton Wira adalah sangat ringan berbanding kereta asal jadi amat sesuailah pernyataan ini “Kereta untuk Rakyat”. Lebih ekonomi dan murah. Maka, tak hairanlah ramai rakyat Malaysia yang memakai kereta Proton.

Evo 3Biasanya pengubahsuaian secara keseluruhan Proton Wira mencecah RM40K dan jika dikira berdasarkan harga Proton Wira pada tahun 2005 iaitu RM48K versi full spec. Jumlah tersebut mencecah RM88K. Namun, jika dikira jumlah intrest bank yang ditanggung oleh pemilik, ia hampir-hampir mencecah nilai RM100K bagi sebuah kereta Proton Wira !!!? Tetapi semua itu bukanlah isu nya, kerana ada yang menganggap ia adalah kepuasan diri dan mereka tidak pula merasa perkara tersebut amat membazir.

Antara versi Evolution I, II dan III. Versi yang paling terkenal ialah versi EVO III. Jadi tidak hairanlah harga bagi engine 4G63T EVO III amat mahal berbanding EVO I dan EVO II di pasaran kedai potong body. Bermula daripada bodypart hingga kepada panel pintu. Berikut merupakan versi EVO I, II dan III (rujuk gambar bawah).

Jika dilihat EVO X, ia memang tak tumpah seperti model Lancer GT. Tetapi dari segi performance dan engine, versi Evolution terkenal untuk perlumbaan Rally kerana dilengkapi sistem fulltime 4WD (fulltime four wheel drive) disamping mempunyai horsepower (HP) engine yang jauh lebih tinggi. Manakala Lancer GT hanya mempunyai kapasiti engine N/A 2.0 (Natural Aspirate).

EVO I, II dan III facelift dan bodykit :
E1Evo 1 FaceliftEvo 2 Facelift Evo 2 Spoiler Evo 3 Bodykit, Spoiler Evo 3 Facelift

   

Carian Berkaitan

spesifikasi gambar dan harga kereta mitsubishi lancer GT, gambar kereta wira sama dengan evo 3, kereta proton evo, kereta yang amat digilai di Malaysia, lagenda proton wira, sejarah kereta mitsubishi evo, sejarah kereta mtisibushi

Encik Shino

Seorang yang sangat berpengetahuan dalam bidang berkaitan perikanan dan pengurusan organisasi. Mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang penulisan blog dan artikel.

More Posts - Website


Artikel Berkaitan

Tags: #arena rally Mitsubishi #enjin kereta Mitsubishi #enjin Mitsubishi dan kereta malaysia #enjin sesuai untuk kereta proton satria #enjin sesuai untuk kereta proton wira #kereta turbo Mitsubishi #sejarah kereta Mitsubishi

Kereta Murah Paling Jimat Minyak Di Malaysia Yang Perlu Anda Tahu!
Walaupun harga petrol turun naik dan ketika ini diparas yang rendah, namun kereta
Honda Jazz 1.5L, Kereta Terbaik Bagi Pemanduan Di Bandar
Honda Jazz diperkenalkan buat pertama kalinya pada tahun 2003, kenderaan buatan Honda ini
Spesifikasi Nissan Pulsar GTi-R, Kereta Compact Yang Power!
Model : Nissan Pulsar GTi-R Car type : Compact / Hatchback Curb weight
Spesifikasi Nissan Skyline R32 GT-R, Kegilaan Peminat Kereta JDM
Nissan Skyline R32 GT-R dikeluarkan antara Ogos 1989 sehingga tahun 1994. Kereta ini
  1. author

    Farah Aminuddin8 years ago

    wow! evo x tu mmg cntik

  2. author

    FaDZzDaF MoHdDhOm8 years ago

    awk saja kasi saya panas lor..
    haih…
    “duhai hati..sabar ye syg..skrang neh ko kena menapak dulu..”

  3. author

    Princess Liyana8 years ago

    bro ni memang suka kt keretala..huhuhu

  4. author
    Author

    Encik Shino8 years ago

    farah aminuddin,
    mmglah.. dream car tuu.

    FaDZzDaF MoHdDhOm,
    ilek2.. 🙂
    nnt ade duit leh pakai ye..

    princess liyana,
    suke.. amat!

  5. author

    filanastasia8 years ago

    s h i n o : whoah.. evo X.. such a master piece..

  6. author

    damme damiah8 years ago

    whew~
    scanning…
    scanning…
    tengok gmba jek
    hehe

  7. author
    Author

    Encik Shino8 years ago

    filanastasia,
    🙂

    damme damiah,
    hehe baca ok..?
    nnt pakwe u minat keta
    senang nak borak 😛

  8. author

    SeRiaB8 years ago

    huhuhu..

    kalu bab keta ko memang otai..
    tak leh dinafikan…

    Harap2 “monster” leh jadi macam evo X sebelum ko kawin, kalu tak… tak sempat la nak merasa naik

  9. author
    Author

    Encik Shino8 years ago

    seriab,
    Insyallah bro..
    hehe doa2 kan aku yer

  10. author

    isa7 months ago

    tak minat evo, top speed boleh pergi pun 171km! tak berbaloi.