Kenali Perbezaan 7 Jenis Bedak Di Pasaran Komestik Masa Kini!

Kenali Perbezaan 7 Jenis Bedak Di Pasaran Komestik Masa Kini!

Seiring dengan peredaran zaman dan teknologi, pelbagai produk kecantikan dan kosmetik dikeluarkan mengikut keperluan masyarakat masa kini.

Salah satu daripada produk kosmetik yang paling digunakan dan laku keras adalah bedak. Jika dahulu kita hanya mendengar bedak padat atau bedak tabur tetapi hari ini muncul beraneka jenis bedak dalam dunia kecantikan dan kosmetik.

Daripada keliru dan tersalah pilih, jom kenali perbezaan 7 jenis bedak ini yang terdapat di pasaran berdekatan anda. Here they are!

1. Compact Powder

Compact Powder

Bedak Compact atau turut dikenali sebagai Pressed Powder sangat praktikal dan boleh dibawa ke mana-mana sahaja. Bedak ini mempunyai kandungan moisturizer dan minyak sehingga menghasilkan tekstur yang lebih berat. Bedak ink sangat sesuai buat yang mempunyai kulit kering kerana mampu melembapkan kulit wajah anda.

2. Loose Powder

Loose Powder

Loose Powder atau bedak tabur ini memiliki tekstur yang sangat ringan dan halus berbanding bedak padat kerana tidak melalui proses tekanan (pressure). Malah, loose powder juga dapat menyerap minyak pada wajah lebih baik dari compact powder. Paling penting, bedak ini bagus buat anda yang mempunyai kulit berminyak dimana turut disertakan puff yang lembut di dalam produk kosmetik ini.

3. Two Way Cake

Two Way Cake

Bagi yang mahukan tatarias yang praktikal sekaligus cantik menawan, bedak jenis Two Way Cake ini mampu memberikan coverage yang bagus pada wajah anda kerana mempunyai foundation di dalamnya. Sayangnya, bedak ini tidak sesuai buat kulit yang berminyak.

4. Mineral Powder

Translucent Powder

Lazimnya, bedak jenis Mineral Powder diperbuat dari bahan-bahan seperti titanium oksida dan zink oksida yang boleh diserap oleh kulit supaya wajah kelihatan lebih cerah. Jika zink oksida dapat memelihara anda daripada masalah berjerawat, titanium oksida pula melindungi anda dari cahaya mahatari yang boleh memudaratkan kulit wajah. Menariknya, mineral powder bebas bahan pengawet, pewarna, minyak dan paraben dimana bedak ini selamat digunakan untuk kulit sensitif.

5. Translucent Powder

Translucent Powder

Translucent Powder merupakan bedak yang mempunyai warna transparent dan sesuai kepada semua jenis kulit termasuklah kulit berminyak dan berjerawat. Bedak ini tidak memiliki coverage dan digunakan untuk menghilangkan kilap pada wajah semata-mata.

6. Setting Powder

Setting Powder

Kebiasaannya, bedak Setting Powder digunakan selepas memakai foundation yang berfungsi sebagai untuk menghilangkan kilap dan menjadikan foundation tahan lama. Bedak ini umumnya digunakan dibahagian mata dan pipi sebagai contouring. Kebanyakan setting powder berwarna transparent atau telus.

7. Finishing Powder

Finishing Powder

Bedak ini dipakai pada akhir sekali setelah siap ditatarias. Selain menjadi pelengkap, bedak ini menjalankan fungsinya sebagai menyamarkan garis-garis halus dan liang pori di wajah. Untuk info, finishing powder adalah berwarna putih dan anda tidak perlu memakainya terlalu tebal.

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #bedak muka #cara pilih bedak muka yang sesuai #Kenali Perbezaan Bedak Di Pasaran Kosmetik Masa Kini #perbezaan bedak muka yang baik #Perbezaan Jenis Bedak Kosmetik

Ini Punca Kenapa Rezeki Susah Masuk Walaupun Telah Berusaha Gigih!
Adakah anda sedang hadapi masalah yang banyak hingga menyebabkan rezeki itu lambat datang?
Punca Suami Berubah Hati. Para Isteri Wajib Baca!
Apabila bergelar seorang isteri, sudah pasti setiap wanita mahu untuk menjadi seorang isteri
Tanda Anda Mengalami Stres, Tekanan Emosi Dan Cara Mengatasinya
Hidup ini ada kalanya memang menyesakkan. Bagi sesetangah orang, banyak masa dalam kehidupan
Contoh Format Membuat Surat Aduan Kepada Agensi Kerajaan
Surat-menyurat adalah salah satu daripada kaedah komunikasi yang diguna pakai secara meluas sehingga

Comments are closed.