Cara Mengatasi Bayi Kerap Menangis

Cara Mengatasi Bayi Kerap Menangis

Bayi menangis merupakan perkara biasa, bukan semestinya kerana ada masalah atau kerana kecuaian ibu. Malah, menangis merupakan suatu pernyataan bayi atau kanak-kanak sebagai ganti kepada pertuturan yang tidak dapat diluahkan terhadap sesuatu yang berlaku.

Tangisan biasa selalunya ada kaitan dengan punca daripada perkara menyebabkan bayi terasa tidak selesa seperti lampin basah, rasa terlalu panas, sakit perut, dahaga, lapar, rasa kesepian dan sebagainya. Sesetengah bayi atau anak kecil akan menangis apabila berubah tempat tidur, dari tempat gelap yang biasa dia tidur, berpindah ke tempat terang atau sebaliknya.

Ada yang mengaitkan keadaan sedemikian sebagai sawan tangis, akibat gangguan makhluk-makhluk halus, tidak kira sama ada gangguan tersebut akibat perbuatan makhluk halus yang dilibatkan dengan perbuatan manusia, ataupun akibat gangguan jin yang menggemari manusia. Ia dikenali sebagai “qarin”

Perkataan “qarin” berasal daripada bahasa Arab, bermaksud teman atau pasangan. Istilah qarin bererti roh-roh jahat, yang terdiri daripada makhluk-makhluk halus yang sentiasa mendampingi manusia, sejak seseorang itu dilahirkan sehinggalah dia meninggal dunia.

Kewujudan qarin di samping manusia ialah untuk membinasakan, iaitu untuk menggoda atau menyesatkan manusia. Selain itu, qarin juga berusaha untuk mencederakan fizikal dan roh manusia secara bersendirian ataupun dengan perantaraan manusia, menyebabkan manusia menggunakan jin-jin untuk melakukan perbuatan tertentu seperti untuk menyakiti orang lain dan sebagainya.

Punca Sawan Tangis

Ia bersifat fizikal seperti kerana lapar, haus dan sejuk, rasa hilang keselamatan diri seperti kehilangan orang yang selalu berada di sampingnya, biarpun buat sementara. Sakit seperti kembung perut atau selesema. Termasuk dalam kategori ini ialah sakit akibat jangkitan kuman dan juga kecacatan anggota seperti terhantuk, terjatuh dan sebagainya.

Ia diakibatkan oleh gangguan makhluk-makhluk halus. Allah s.w.t. menjadikan manusia itu daripada dua unsur utama, iaitu jasad dan roh. Islam mengajar agar anak yang baru dilahirkan diazankan di telinga kanan dan diiqamatkan di telinga kirinya.

Itulah ajaran terawal yang mesti diperhatikan dan dilakukan dengan tujuan agar bayi itu mendengar kalimah Allah sebaik-baik sahaja dilahirkan. Pencipta yang melahirkan bayi yang baru dilahirkan, yang memberi rezeki dan membesarkannya, dan akhirnya akan mematikannya untuk menemui-Nya.

Sekiranya diamalkan sedemikian, Insya-Allah, bayi berkenaan tidak akan diganggu oleh ummu`s-sibyan, iaitu sejenis makhluk jin yang sering mengganggu bayi, yang boleh menyebabkan timbul pelbagai masalah termasuk gangguan tidur pada waktu malam, yang akhirnya boleh menyebabkan demam panas ataupun sawan.

Ini juga membuktikan bahawa roh bayi atau anak kecil boleh terganggu akibat gangguan yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar, ataupun melalui eksperimen teknologi moden. Dalam masa tertentu, anak itu kadang-kadang memperlihatkan reaksi luar biasa dengan wajah yang ketakutan seolah-olah sedang melihat satu objek yang menggerunkan di hadapannya.

Mungkin sukar untuk menjelaskan bagaimana gangguan yang tidak dapat dilihat itu boleh mengganggu bayi menyebabkan dia tidak berhenti-henti menangis, terkujat-kujat dan terketar mulut sehingga tidak terdengar suara tangisannya menyebabkan ibu dan juga bapanya menggelabah.

Tanda-tanda pada bayi

Ada beberapa tanda lumrah yang boleh diperhatikan oleh mata kasar sekiranya bayi atau kanak-kanak itu menangis akibat gangguan seperti yang dijelaskan, bukan disebabkan akibat luaran.

Tangisan biasa selalunya disertai dengan air mata. Keadaan ini jarang berlaku pada mereka yang menangis akibat gangguan, manakala suara tangisannya juga berlainan daripada tangisan biasa. Dalam keadaan tertentu tangisan ini mungkin disertai dengan air mata yang amat sangat.

Kanak-kanak ini kadang-kadang berhenti menangis sebentar, kemudian menangis semula. Mata yang pejam ketika berhenti menangis itu akan melahirkan ombak pada kelopak mata, seolah-olah kedua-dua biji matanya itu sedang memerhatikan sesuatu di bahagian kanan dan kiri.

Tangisan akibat gangguan selalunya mengeluarkan suara yang mendayu-dayu dan berpanjangan. Mata bayi kelihatan pejam. Tangisan terjadi seumpama dalam keadaan tidak sedarkan diri (tidur).

Dahi atau bahagian tengah, antara dua alis kadang-kadang berkerut, seolah-olah ada sebiji mata di bahagian tersebut yang sedang memerhatikan sesuatu. Sering terjadi pada anak-anak kecil yang terganggu, mereka menangis dan menjerit dalam keadaan ketakutan dan menggigil seolah-olah disergah oleh sesuatu yang menakutkan.

Anak ini setelah puas menangis, akan tidur sebentar, lalu menangis lagi dalam keadaan teresak-esak yang disertai dengan tarikan nafas yang tersekat-sekat.

Petua mengatasi bayi menangis mengikut Islam

Rasulullah s.a.w. menerangkan kaedahnya dalam usaha mengatasi masalah seperti ini. Di antaranya ialah:

  • Dengan membacakan surah al-Fatihah, ayat al-Kursi, surah an-Nas dan surah al-Falaq.
  • Hembuskan pada ubun-ubun anak. Lakukan sebanyak 3 kali.
  • Sekiranya anak-anak ini masih juga menangis, bacakan azan di telinga kanannya dan iqamah di telinga kiri. Lakukan sekali ataupun 3 kali.

Kaedah lain mengatasi masalah bayi menangis

  • Bedung dan peluk bayi dengan erat

Ada bayi yang sangat suka dibedung dan rasa selamat bila berada erat dalam dakapan. Jika kesemua sebab menangis tadi sudah diperiksa dan bayi masih lagi menangis, cuba cara bedung dan peluk ini.

  • Biarkan bayi leka mengisap sesuatu

Jangan jadikan ini amalan. Namun tidak salah jika mencuba kalau anak tidak berhenti menangis. Letak jari anda ke mulut bayi. Mungkin dia rasa selamat.

  • Ambil udara segar di luar rumah

Cuba bawa bayi anda keluar dan ambil udara segar. Mungkin dia akan rasa lega dan tenang.

  • Mandikan bayi dengan air suam

Cuba mandikan anak dengan air yang hangat atau suam yang bersesuaian dengan anak. Sesetengah bayi yang menangis akan rasa lega selepas dimandikan.

  • Membelai bayi dengan pergerakan perlahan

Dodoi atau bawa bayi berjalan dalam pergerakan yang perlahan. Mungkin akan memberhentikan tangisannya.

  • Urutan lembut pada bayi

Urut perlahan bayi anda. Gosok kaki dan badannya. Sapukan dengan minyak kasturi atau minyak angin yang sesuai dengan bayi supaya ia rasa selesa.

  • Bawa bayi keluar bersiar dengan kenderaan

Ada bayi yang akan senyap dan mungkin tertidur setiap kali menaiki kenderaan. Jika tangisannya sudah tidak terkawal, anda mungkin bawanya keluar berjalan sebentar dengan menaiki kenderaan.

  • Tepukan di badan bayi

Ada anak yang suka ditepuk-tepuk badannya. Ada yang tertidur jika ditepuk-tepuk.

logo-150x150 Cara Mengatasi Bayi Kerap Menangis

Encik Shino

More Posts - Website

Follow Me:
facebook Cara Mengatasi Bayi Kerap Menangis

Loading...

Tags: #bayi kerap menangis #bayi kuat meneran #bayi sering menangis tiba-tiba saat tidur #cara atasi bayi menangis tak berenti #cara menenangkan bayi menangis dalam islam #cara merawat bayi 0 6 bulan #cara nak atasi bayi menangis malam #doa anak menangis malam #doa bayi menangis malam #Kaedah mengatasi masalah bayi menangis #petua bayi kerap menangis #Petua mengatasi bayi menangis mengikut Islam #Punca Sawan Tangis #sawan tangis #selesikan masalah bayi suka menangis #surah untuk bayi menangis #tanda tanda bayi kena sawan tangis #Tanda-tanda pada bayi kenapa bayi menangis #Urutan lembut pada bayi

Kaitan Bangsa Yahudi dengan Nabi Yusuf A.S
Makam Nabi Yusuf A.S Makam Nabi Yusuf adalah tempat suci dalam Islam dan
Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
15 Perkara Yang Menurunkan Bala Kepada Umat Akhir Zaman
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a Rasulullah saw bersabda ; “Apabila umatku telah
Kelebihan Pelaburan Dalam Hartanah dan Aset
Pelaburan dalam aset dan hartanah boleh memberikan beberapa kelebihan kepada pelabur. Berikut adalah

Leave a reply "Cara Mengatasi Bayi Kerap Menangis"