Detik Terakhir Pemergian Seniman Agung Tanah Air, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee

Pusara P.Ramlee

Detik Terakhir Pemergian Seniman Agung Tanah Air, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee

Allahyarham-Tan-Sri-P.-Ramlee-seniman-agung-e1477855758831-150x150 Detik Terakhir Pemergian Seniman Agung Tanah Air, Allahyarham Tan Sri P. RamleePada penghujung kariernya, P. Ramlee telah dijemput ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk Konsert 3 Ramlee yang menggabungkan beliau, A. Ramlee dan L. Ramlie. Apabila tiba gilirannya untuk menyanyi, penonton beramai-ramai telah mengejek beliau yang ketika itu baru hendak membuat persembahan di pentas utama. Ia satu pengalaman yang menyedihkan bagi beliau.

Pada tahun 1968, syarikat rakaman EMI yang telah banyak mengaut keuntungan daripada lagu nyanyiannya bertindak menamatkan kontraknya. Pada masa itu, muka P. Ramlee merah padam apabila Mr. Devan (EMI) memberitahu beliau bahawa lagunya tidak lagi diterima orang ramai dan suaranya pula tidak lagi digemari. P. Ramlee selepas itu bersumpah untuk tidak lagi bekerjasama dengan syarikat tersebut yang selama ini telah membuat kekayaan daripada lagu-lagu miliknya.

Kemudian, pengeluar filem Shaw Brothers juga telah menamatkan kontrak P. Ramlee dan tidak akan menyambung semula kontraknya. Walhal, sebelum ini syarikat tersebut telah banyak mengaut keuntungan daripada hasil karya beliau. Ia satu tindakan yang sangat tidak wajar di atas segala sumbangan oleh P. Ramlee selama ini.

Pada tahun 1972 hingga 1973 merupakan tahun yang paling sedih kepada P. Ramlee kerana pada ketika itu, dia tidak mempunyai sumber pendapatan langsung. Tiada lagi persembahan, tiada lagi tawaran mengarah filem sehinggakan P. Ramlee dan isterinya Saloma terpaksa mengambil upah menyanyi pada majlis-majlis kenduri kahwin dan menjadi juri pertandingan nyanyian. Tambah menyedihkan lagi, apabila usaha P. Ramlee untuk menerbitkan filem warna tidak mendapat pinjaman daripada pihak bank.

Malah pada ketika itu juga, RTM tidak menawarkan sebarang persembahan. Apabila P. Ramlee menemani isterinya Saloma membuat persembahan, P. Ramlee hanya dilihat duduk di kantin sahaja.

Pada suatu ketika, P. Ramlee telah berkunjung ke Pesta Filem Asia Pasifik yang diadakan di Singapura. Pada masa itu, P. Ramlee telah tercalon untuk filem Laksamana Do Re Mi. Apabila beliau masuk ke dewan, tiada siapa pun deligasi Malaysia yang mempelawa beliau untuk duduk bersama. Akhirnya, beliau terpaksa mendapatkan sendiri kerusi dan duduk bersama deligasi Singapura, iaitu di belakang Aziz Satar.

“Yam, orang dah  tak peduli saya, karier saya pun orang dah tak suka. Saya dah tua. Cita-ciata saya nak jadikan filem Melayu lebih maju telah gagal, saya kecewa.” Katanya kepada iparnya, Maryam.

Pada saat-saat terakhir kehidupan beliau, P. Ramlee telah mengalami masalah kewangan yang sangat teruk sehingga makan nasi dengan telur.

Akhirnya, sebelum menjelang waktu subuh tanggal 29 Mei 1973, P. Ramlee telah diserang sakit jantung di rumahnya. Beliau akhirnya menghembuskan nafas terakhir pada usia 44 tahun.

Walaupun seniman agung ini telah lama meninggalkan kita, namun, sehingga kini karya beliau, lagu-lagu beliau masih didendangkan dari generasi ke generasi. Jika kita bertanya, siapa yang tidak kenal Allahyarham P. Ramlee? Begitu hebat dan agungnya bakat beliau. Tiada siapa boleh gantikan Allahyarham P. Ramlee. Oleh itu, marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Semoga roh Allahyarham tenang di sana.

Gambar berkaitan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee

Gambar-perkahwinan-Allahyarham-P.-Ramlee-dan-isteri-isteri.-150x150 Detik Terakhir Pemergian Seniman Agung Tanah Air, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee

Gambar Perkahwinan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee Dan Isteri-Isteri

Keratan-akhbar-kematian-Tan-Sri-P.-Ramlee-150x150 Detik Terakhir Pemergian Seniman Agung Tanah Air, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee

Keratan Akhbar Kematian Allahyarham Tan Sri P. Ramlee

Gambar-jenazah-Allahyarham-P.-Ramlee-150x150 Detik Terakhir Pemergian Seniman Agung Tanah Air, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee

Gambar anak beliau mengucup dahi jenazah Allahyarham Tan Sri P. Ramlee

Pusara-Allahyarham-P.-Ramlee-150x150 Detik Terakhir Pemergian Seniman Agung Tanah Air, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee

Pusara Allahyarham Tan Sri P. Ramlee

Loading...

Tags: #anak p ramlee #bakat p. ramlee #cerita pasal p. ramlee #detik kematian p. ramlee #gambar p. ramlee #Images for Allahyarham Tan Sri P. Ramlee #kehidupan terakhir P. Ramlee #kisah hidup p. ramlee #kisah tan sri p. ramlee #nama asal p.ramlee #nasir p ramlee #p ramlee meninggal dunia #P. Ramlee #p. ramlee spouse #p.ramlee biography #punca kematian p.ramlee #pusara p. ramlee #sebab kejatuhan p. ramlee #sejarah p.ramlee #seniman agung tan sri P. Ramlee

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Leave a reply "Detik Terakhir Pemergian Seniman Agung Tanah Air, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee"