Resipi Biskut Raya Sarang Semut

Biskut Sarang Semut

Biskut sarang semut merupakansalah satu biskut kegemaran penulis dan juga merupakan biskut raya yang popular apabila menjelangnya Hari Raya Aidilfitri. Bagi anda yang ingin mencuba untuk menyediakan sendiri biskut raya ini, berikut adalah bahan-bahan dan cara-cara untuk menyediakan biskut raya sarang semut.

Bahan-bahan :

  • 1 biji telur
  • 1 sudu esen vanilla
  • 1 cawan marjerin
  • 1 setengah cawan gula halus
  • 1 setengah cawan tepung kastad (diayak)
  • 1 setengah cawan tepung gandum (diayak)

Hiasan :

  • Paper cup
  • Chocolate rice

Cara-cara penyediaan :

  1. Pukul marjerin dan gula sehingga sebati dan kembang.
  2. Kemudian masukkan telur dan esen vanilla dan teruskan kacau sehingga sebati.
  3. Masukkan tepung kastad dan tepung gandum yang telah diayak tadi, gaul rata dan uli sehingga menjadi doh dan tidak melakat di tangan. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
  4. Dengan menggunakan pemarut/sagat, parutkan adunan ke dalam mangkuk kecil.
  5. Dengan menggunakan sudu, masukkan ke dalam paper cup.
  6. Kemudian taburkan chocolate rice ke atasnya.
  7. Bakar dalam ketuhar dengan suhu 150°C selama 15 minit atau sampai masak. Bergantung kepada ketuhar gelombang mikro masing-masing.
Loading...

Tags: #aneka resepi biskut #biskut sarang semut #kuih raya #resepi biskut raya #resepi biskut sarang semut

Air Soda Herbs Yang Sedap! Ini Bahan-Bahan Dan Cara Menyediakannya!
Air soda herbs tidak asing lagi dengan rasanya yang enak. Malah, air soda
10 Resepi Masakan Ikan Tongkol Popular Boleh Anda Cuba!
Bermacam-macam jenis ikan yang mempunyai cita rasa yang tersendiri sehingga diminati oleh berbagai
Resipi Teh Beng Vanilla Yang Pernah Tular Di Media Sosial
Teh beng vanilla atau teh ais vanilla merupakan menu minuman yang kian tular
Resipi Nasi Khoumok (Khao Mok Gai)
Bahan-bahan rempah khoumok : 2 sudu besar rempah kari 1 sudu besar serbuk

Leave a reply "Resipi Biskut Raya Sarang Semut"