Biodata Jaslin Puasa, 4 Trivia Menarik Tentang Dirinya

Biodata Jaslin Puasa

Nama Jaslin Puasa mula dikenali para peminat selepas membintangi drama bersiri Keluarga Pontimau dan Abang Bomba I Love U. 

Sejak itu, wajah anak kelahiran Felda Sungai Mas, Kota Tinggi, Johor ini banyak menghiasi drama dan telefilem popular tempatan.

Selain berbakat besar dalam bidang lakonan, aktor kacak dan tinggi lampai ini juga mencipta nama sebagai model sambilan di pentas peragaan dan majalah fesyen.

Berikut, penulis kongsikan dengan anda mengenai 4 trivia menarik tentang Jaslin Puasa. Take a look!

1. Finalis Hero Remaja 2007/2008

Sebelum melangkah ke arena seni hiburan negara, Jaslin pernah menyertai satu program mencari bakat iaitu Hero Remaja 2007/2008. Walaupun tewas, program tersebut menjadi batu loncatannya untuk aktif di dalam bidang seni tanah air. Turut menyertai program berkenaan pada ketika itu adalah Kamal Adli, Fizo Omar dan Ammar Affian.

2. Mementingkan Pelajaran

Jika rakan-rakan Hero Remaja yang lahir sedang mencipta nama, Jaslin membuat keputusan untuk menyambung pengajiannya di Universiti LimKokWing dalam jurusan Arkitektur dan Senibina (Rekaan Dalaman). Di menara gading, figura ini merupakan pelajar cemerlang dan pernah dinobat sebagai cemerlang generasi Felda yang mendapat Anugerah Emas (Kreativiti & Inovasi) di majlis graduasinya. Paling menarik, anugerah itu disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Pada 2013, jejaka ini meneruskan pengajiannya di peringkat Ijazah dalam bidang fotografi di salah sebuah universiti di London.

3. Seorang Usahawan

Selepas tamat pengajian, Jaslin membuka bisnes rekaan dalamannya sendiri iaitu Intee Design Studio. Menerusi bisnes berkenaan, Jaslin pernah merekabentuk hiasan dalaman untuk Menara Rebung TM, Sheraton Hotel, Burger King dan banyak lagi. Bersama rakan-rakannya, Jaslin turut menjalankan bisnes fotografi, videografi dan rekaan grafik bernama Akugraphy.

4. Pernah Dikecam Netizen

Aktor tinggi lampai ini pernah viral di media-media sosial pada tahun 2016 disebabkan oleh kecaman netizen dek kerana pernah menggayakan koleksi kurta yang rekaannya seakan-akan baju kurung.

Biodata Ringkas Jaslin Puasa

Nama Penuh: Mohd Jaslin Puasa
Nama Komersil: Jaslin Puasa
Tarikh Lahir: 25 Jun 1987
Umur: 30 Tahun (2017)
Asal: Kota Tinggi, Johor
Adik Beradik: Anak kesembilan daripada 11 beradik
Status: Bujang
Kerjaya: Pelakon, Pengacara, Model Sambilan, Pereka Dalaman dan Jurugambar
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia
Kelab Peminat: Jaslin Puasa Official FC

Drama/Telefilem: Seharum Mawar, Abang Bomba I Love U, Abang Bomba I Love U Raya, Jom Kahwin, Bayang, Dhea Sofia, Ramadan Terakhir, Keluarga Pontimau, Buat Tatapan Tercinta, Awan Dania, Terowong, Tasbih Putih dan banyak lagi.

Media Sosial Jaslin Puasa

Gambar menarik Jaslin Puasa

jaslin-puasa-hensem-300x300 Biodata Jaslin Puasa, 4 Trivia Menarik Tentang Dirinya jaslin-puasa-pakai-baju-melayu-300x300 Biodata Jaslin Puasa, 4 Trivia Menarik Tentang Dirinya Pelakon-Pengacara-Model-Sambilan-jaslin-puasa-300x300 Biodata Jaslin Puasa, 4 Trivia Menarik Tentang Dirinya wajah-jaslin-puasa-300x300 Biodata Jaslin Puasa, 4 Trivia Menarik Tentang Dirinya

azlan-150x150 Biodata Jaslin Puasa, 4 Trivia Menarik Tentang Dirinya

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Jaslin Puasa #Images for Jaslin Puasa #Jaslin Puasa #jaslin puasa 2017 #Jaslin Puasa Anak Felda #jaslin puasa profile #jaslin puasa seharum mawar #jaslin puasa umur #jaslin puasa wiki #Kenali Jaslin Puasa #Trivia Menarik Jaslin Puasa

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.