Biodata Hazman Al-Idrus, Pelakon Kacak Drama Kekasih Paksa Rela

Biodata Hazman Al Idrus, Pelakon Kacak Drama Kekasih Paksa Rela

Siapa yang menonton drama berantai Kekasih Paksa Rela di TV3, pastinya mengenali jejaka kecak ini. Menerusi drama berkenaan, Hazman Al-Idrus memegang watak sebagai seorang mahasiswa bernama Izamel yang jatuh hati pada Hanan Khaira (Intan Najuwa).

Selain Kekasih Paksa Rela, figura kelahiran Kuala Terengganu, Terengganu ini turut membintangi drama bersiri seperti Seharum Kasih, Orang London Balik KL dan Tak Ada Cinta Sepertimu.

Malah, pemilik nama sebenar Syed Muhammad Hazman Syed Yusof Al-Idrus ini muncul dalam dua telefilem Indonesia berjudul Aku Hanya Butuh Maaf Anakku dan Jodoh Di Tangan Ilahi.

Sebelum terjun ke dunia lakonan, anak sulung daripada lima beradik ini aktif di bidang nyanyian. Antara lagu yang pernah dirakamkannya adalah Cinta Jangan Pergi, Hidup Ini Indah & Tersiksa.

Sebelum ditawarkan menjadi artis rakaman, bakat Hazman dicungkil menerusi Pencarian Remaja Berbakat Media Hiburan 2012 sekaligus menobatkan namanya sebagai juara program.

Untuk info, jejaka berbintang Leo ini merupakan finalis program realiti dangdut iaitu D’Academy Asia 2 di Indonesia.

Apa tunggu lagi, jom kita berkenalan lebih dekat dengan pendatang baharu ini.

Biodata Ringkas Hazman Al Idrus

Nama Penuh: Syed Muhammad Hazman Syed Yusof Al-Idrus
Nama Komersil: Hazman Al-Idrus
Umur: 30 Tahun (2018)
Tarikh Lahir: 15 Ogos 1988
Zodiak: Leo
Asal: Kuala Terengganu, Terengganu
Adik Beradik: Anak sulung daripada lima beradik
Kerjaya: Penyanyi & Pelakon
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia

Lagu/Single: Cinta Jangan Pergi, Hidup Ini Indah & Tersiksa.

Drama/Telefilem: Kekasih Paksa Rela, Orang London Balik Kampung, Seharum Kaseh, Tak Ada Cinta Sepertimu, Jodoh Di Tangan Ilahi, Aku Hanya Butuh Maaf Anakku dan banyak lagi.

Laman Media Sosial Hazman Al-Idrus

Trivia Menarik Tentang Hazman Al-Idrus

  • Graduan Diploma Teknologi Elektronik Komputer di Politeknik Sultan Azlan Shah.
  • Sebelum bergerak secara bersendirian, Hazman pernah bernaung dibawah label Suria Records (SRC) sebagai artis rakaman.
  • Sedang menjalinkan hubungan cinta dengan bekas pengacara MBuzz, Tiaz Al-Khred.
  • Pernah bekerja sebagai Juruteknik Komputer.
  • Jiwanya lebih dekat dengan lagu-lagu bergenre rock balada.
  • Hazman juga pernah menyertai beberapa pertandingan nyanyian dan karaoke seperti Karaoke Karnival Sukan Extreme Terengganu (juara), Karaoke Klasik FM (tempat kelima) serta Pujaan Muzik Nescafe (finalis).
  • Dalam meningkatkan mutu lakonannya, Hazman mengikuti kelas lakonan bersama Cikgu Fatimah Abu Bakar.
  • Turut mempunyai kelab peminat tersendiri yang dikenali sebagai Hazman Lovers.
  • Mempunyai lebih 100, 000 pengikut di Instagram miliknya.
azlan-150x150 Biodata Hazman Al-Idrus, Pelakon Kacak Drama Kekasih Paksa Rela

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Hazman Al-Idrus #hazman al idrus biodata #Hazman Al-Idrus #Hazman Al-Idrus D'Academy Asia #Hazman Al-Idrus Pelakon Drama Kekasih Paksa Rela #Hazman D'Academy Asia #izamel kekasih paksa rela #kekasih paksa rela #Kenali Hazman Al-Idrus #Pelakon Drama Kekasih Paksa Rela #pelakon lelaki kekasih paksa rela #Profil Hazman Al-Idrus #Syed Muhammad Hazman Syed Yusof Al-Idrus

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.