Biodata Danial Zaini, Penyampai Radio Era.FM

Biodata Danial Zaini Lawak Solo

Buat pendengar setia radio Era.FM, nama Danial Zaini tidak asing lagi bagi mereka.

Menyertai keluarga Era.FM sejak awal Februari 2017, Danial diberi peluang untuk menerajui slot Era Solo yang berkeudara setiap Isnin hingga Jumaat bermula 10.00 pagi hingga 1.00 petang.

Sebelum bergelar penyampai radio, anak jati Pulau Pinang ini pernah menyertai program mencari bakat pelawak iaitu Lawak Solo pada tahun lalu. Menerusi program terbitan Astro Warna berkenaan, jejaka hitam manis ini dinobatkan sebagai juara dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM80,000.

Bercita-cita ingin menjadi seorang entertainer (penghibur), jejaka berusia 24 tahun ini mahu mengembangkan bakatnya dipersada seni tanah air sebagai pelakon, penyanyi dan pengacara.

Untuk kali ini, penulis kongsikan ringkasan biodata dan trivia menarik tentang Daniel Zaini. Jom kita semak!

Biodata Ringkas Danial Zaini

Nama Penuh: Mohamad Danial Mohd Zaini
Nama Komersil: Danial Zaini/Danial Lawak Solo
Tarikh Lahir: 24 Tahun (2017)
Asal: Bayan Lepas, Pulau Pinang
Kerjaya: Penyampai Radio, Pelawak & Pengacara
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia

Laman Sosial Danial Zaini

Trivia Menarik Danial Zaini

  1. Sebelum menyertai Lawak Solo, Danial pernah berkerja sebagai juruvideo di Utusan Malaysia (Utusan Online).
  2. Pandai mengajuk suara dan karakter selebriti popular tempatan sejak dibangku sekolah lagi. Antaranya, Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias, Datuk Chef Wan, Datuk Yusof Haslam, Syamsul Yusof, Syamel, Aiman Tino dan ramai lagi.
  3. Jejaka ini pernah menghadiri ke sesi uji bakat Akademi Fantasia (AF) 2014 tetapi terkandas di peringkat pertama.
  4. Merupakan graduan Penyiaran & Filem dari Kuala Lumpur Metropolitan University College (KLMUC).
  5. Pernah menyertai Maharaja Lawak Mega (MLM) 2017 secara solo namun tersingkir pada minggu kelima.
  6. Pernah aktif dipentas teater bersama Persatuan Teater Resdong’s Pulau Pinang beberapa tahun dahulu.
  7. Selepas Lawak Solo, Danial mengikat kontrak bersama Astro Management selama tiga tahun.
  8. Menjadikan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, Allahyarham Din Beramboi, Jimmy Fallon dan Dick Satori sebagai idola dan sumber inspirasinya.

Foto Menarik Danial Zaini

pemenang-lawak-solo-danial-zaini-300x300 Biodata Danial Zaini, Penyampai Radio Era.FM gambar-danial-zaini-300x300 Biodata Danial Zaini, Penyampai Radio Era.FM danial-zaini-lawak-solo-300x300 Biodata Danial Zaini, Penyampai Radio Era.FM danial-zaini-era-300x300 Biodata Danial Zaini, Penyampai Radio Era.FM danial-lawak-solo-300x300 Biodata Danial Zaini, Penyampai Radio Era.FM biodata-danial-zaini-300x300 Biodata Danial Zaini, Penyampai Radio Era.FM

azlan-150x150 Biodata Danial Zaini, Penyampai Radio Era.FM

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Danial Lawak Solo #Biodata Danial Zaini #Danial Deejay Era.FM #Danial Juara Lawak Solo #Danial Lawak Solo #Danial Penyampai Radio Era.FM #Danial Zaini #Danial Zaini Era Solo #Danial Zaini Profile #Kenali Danial Zaini #lawak solo

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.