Biodata Chacha Maembong, Pelakon Darah Kacukan Melayu British

Biodata Chacha Maembong

Siti Aisyah binti Ismail atau lebih dikenali sebagai Chacha Maembong merupakan seorang pelakon wanita Malaysia dan adik kepada pelakon terkenal Emma Maembong. Bapanya, Ismail Embong atau “Maembong” adalah seorang pelukis tersohor negara. Beliau pernah melakonkan watak sebagai Mira Sofea. Chacha juga pernah digosipkan di instagram kerana mempunyai hubungan istimewa dengan Ikwal.

Figura kelahiran Kuala Terengganu, Terengganu ini telah menceburi bidang seni sebagai pelakon dan mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2012. Ramai tidak tahu, Chacha terlebih dahulu bergelar pelakon sebelum Emma, namun popularitinya datang kemudian selepas kakaknya itu.

Seperti kakaknya, Emma Maembong mempunyai darah kacukan Melayu dan British. Mempunyai adik-beradik yang lain iaitu Shikin Maembang (kakak), Beby Maembong (kakak), Coddy Maembong (kakak), Effa Maembong (adik), Ahmad Maembong (abang) dan Bakti Maembong (abang).

Pernah membintangi filem Aku Bukan Terrorist. Bakal muncul dalam filem Musyrik, Garang, Headhunter dan Anak Perjanjian Syaitan. Juga drama Kau Yang Terindah, Mimpi Cinderella, Setia Hujung Nyawa, Playboy Itu Suami Aku, Manis, Oh My English! Class Of 2015, Anak Ke-5, Cinta Dari Marikh, Kelas Sebelah Musim 3, Kahwin Muda, Cinta FB, Menantu Bilal, Muzium Misteri, Zahir Tak Terucap, Geng Tadarus dan Selafaz Cinta.

Chacha pernah tampil dengan sebuah drama bersiri 26 episod bertajuk Cinta Dari Marikh arahan Syafiq Yusof yang menggandingkan beliau bersama Fattah Amin, turut dibintangi oleh A. Galak, Amyza Aznan, Harun Salim Bachik dan ramai lagi pada November 2015. Drama ini berkisarkan tentang Aiman, seorang jejaka yang jatuh cinta dengan makhluk asing dari Planet Marikh iaitu Nova (Chacha).

Antara telefilem yang dilakonkan oleh figura ini adalah seperti Rombongan Cik Kiah Ke Kelana Jaya, Jalan Taubat, Apabila Isteriku Melatah, Bella Mencari Cinta, Perempuan Di Hujung Kampung, Awak Kat Mana, Ramadan Terindah Nurani dan Projek Kuih Mak Leha. Lenteran itu, beliau pernah tercalon dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017.

Biodata Chacha Maembong :
Nama Penuh: Siti Aisyah binti Ismail
Nama Artis: Chacha Maembong
Asal: Kuala Terengganu, Terengganu
Tarikh Lahir: 31 Julai 1996
Umur: 22 tahun (2018)
Adik-beradik: Anak paling bongsu. Mempunyai 10 orang adik-beradik. Emma Maembong dan Yaya Maembong adalah kakaknya.
Keturunan: Melayu Mix
Ibubapa: Bapa, Ismail Embong (Berbangsa Melayu) dan Ibu, Yatimah Zainab (Scotland)
Agama: Islam
Warganegara: Malaysia
Pekerjaan: Pelakon dan Model
Drama: Kau Yang Terindah, Mimpi Cinderella, Setia Hujung Nyawa, Playboy Itu Suami Aku, Manis, Oh My English! Class Of 2015, Anak Ke-5, Cinta Dari Marikh, Kelas Sebelah (Musim 3): “Di Wajahmu Kulihat Bulan”, Kahwin Muda, Menantu Bilal, Zahir Tak Terucap
Telefilem: Rombongan Cik Kiah Ke Kelana Jaya, Perempuan Di Hujung Kampung, Awak Kat Mana, Ramadan Terindah Nurani, Projek Kuih Mak Leha
Filem: Aku Bukan Terrorist
Program TV: The House with Emma Maembong and Yaya Maembong
Muzik Video: Lagu “Lebih Indah” nyanyian Datuk Siti Nurhaliza
Instagram: @chacha_maembong
Twitter: @chacha_maembong
Facebook: https://www.facebook.com/chachamaembongfp
Wikipedia : https://ms.wikipedia.org/wiki/Chacha_Maembong

 

chacha-maembong Biodata Chacha Maembong, Pelakon Darah Kacukan Melayu British

 

Loading...

Tags: #Adik Emma Maembong #Chacha Maembong #chacha maembong biodata #Chacha Maembong fb #Chacha Maembong ig #Chacha Maembong nama penuh #Chacha Maembong profil #Chacha Maembong wikipedia #emma maembong siblings #pelakon wajah kacukan inggeris

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.