Kenali Adik Beradik Tasia & Gracia Dalam Rancangan My Kitchen Rules


Juara rancangan realiti My Kitchen Rules musim ke-7

Mimpi untuk membuat restoran sendiri itu terbuka luas setelah mereka memenangi pertandingan dalam rancangan realiti masakan My Kitchen Rules Selasa (26/04). Dalam pertandingan itu mereka telah mengalahkan pasangan dari Adelaide, Carmine dan Lauren. Tasia dan Gracia yang tinggal di Melbourne, Australia memperolehi wang tunai sebanyak A$250,000 atau MYR 767,993.91

Hobi memasak Tasia dan Gracia

Hobi memasak Tasia dan Gracia muncul sejak kecil ketika mereka merasa rindu dengan masakan Indonesia. Pada usia belasan tahun, mereka harus pindah dari Jakarta ke Darwin, lalu ke India, sebelum akhirnya menetap di Melbourne, Australia.

Latarbelakang pendidikan Tasia dan Gracia

Tasia: Saya habiskan pengajian pada 2014 dan pada 2015 saya membuat 2 kerja sambilan dan berharap dapat masuk MKR. Saya ada ijazah psikologi dan juga kaunseling. Saya kerja sambilan di hotel.

Gracia: Saya habiskan pengajian master dalam bidang bio medikal dan sains kesihatan. Saya belajar kajian dan bekerja sambilan di restoran.

Gambar-Tasia-dan-Gracia Kenali Adik Beradik Tasia & Gracia Dalam Rancangan My Kitchen Rules

Keceriaan wajah adik-beradik Tasia dan Gracia

Keserasian semasa memasak Tasia dan Gracia

Tasia: Kami banyak bertelingkah tetapi kerana kami banyak habiskan masa bersama, kami serasi. Kami selalu bertengkar tetapi itulah cara kami berkomunikasi. Saya rasa orang ingat kami suka bertengkar jadi kami tidak boleh bekerjasama di dapur tapi itulah cara kami berkomunikasi.

Adakah anda mempunyai banyak resepi keluarga Tasia dan Gracia?

Tasia: Saya selalu bertanya kepada nenek untuk resepi tetapi nenek tidak memasak mengikut resepi kerana semua ada dalam kepala nenek. Dia akan beritahu apa bahan, tapi bukan kuantiti jadi kita kena buat sendiri. Selagi kita tahu bahan utama  kita boleh masak.

Gracia: Itu untuk masakan, tapi untuk pencuci mulut, saya perlu resepi atau saya akan menghafal. Kami banyak buat pencuci mulut asia dan aiskrim.

Apa yang anda minat berkenaan bidang masakan?

Tasia: Memasak adalah terapi kepada saya, kadangkala ada tekanan tapi saya suka kepada hasil yang saya cipta. Memasak adalah sesuatu yang bagus kami boleh buat dan kami yakin. Bila kami jemput kawan-kawan ke rumah kami tahu kami boleh cipta masakan yang enak kepada mereka.

Apakah menu makan malam utama anda?

Gracia: Kami selalu makan nasi setiap malam. Selalunya ada dua jenis masakan, minumum dua tak pernah ada satu masakan. Dalam keluarga kami selalunya kami masak dengan banyak.

Tasia: Bila ada kawan-kawan kami akan masak lebih.ayah kami akan perasan yang saya, gracia dan mak akan terlebih order bila kami keluar makan.

Faktor kelemahan kami dalam pertandingan masakan My Kitchen Rules

Gracia: Saya tak tahan dengan tekanan mungkin sebab saya jenis yang teratur dan saya akan rancang semuanya ikut masa.saya guna banyak timer di dapur dan semuanya ada masa berbeza. Saya juga terlebih fikir sesuatu sebelum terjadi.

Tasia: Saya mudah panik dan mudah stress di luar.

Apakah bahan utama dalam masakan anda?

Gracia: Kami guna cili setiap masa, bawang putih, bawang ,bawang merah

Tasia: Periuk nasi 24 jam di dapur.

Gracia: Kami tahu macam mana nak masak tanpa periuk nasi.

Adakah anda mempunyai minat lain selain memasak?

Tasia: Kami suka mengembara. Setiap tahun saya dan gracia akan ke sesuatu tempat sama ada dengan keluarga atau kawan-kawan. Kami juga suka membeli belah bersama-sama. Gracia suka alat mekap dan dia ada banyak, dan saya suka kasut.

Impian dalam bidang masakan Tasia dan Gracia

Gracia: Kami mahu ambil makanan jalanan, tapi pada masa yang sama kami ada psikologi untuk Tasia dan sains untuk saya sebagai back up. Saya mahu ada dessert bar.

Gambar detik kemenangan pasangan Tasia dan Gracia, My Kitchen Rules musim ke-7

Tasia-and-Gracia Kenali Adik Beradik Tasia & Gracia Dalam Rancangan My Kitchen Rules

Tasia (Kiri) dan Gracia (Kanan)

My-Kitchen-Rules-7-winners-Tasia-and-Gracia Kenali Adik Beradik Tasia & Gracia Dalam Rancangan My Kitchen Rules

Pemenang rancangan masakan My Kitchen Rules 7 – Tasia dan Gracia

My-Kitchen-Rules-winners-Tasia-and-Gracia-Seger Kenali Adik Beradik Tasia & Gracia Dalam Rancangan My Kitchen Rules

Juara My Kitchen Rules Musim ke-7

MKR-judges-Pete-Evans-right-and-Manu-Fieldel-left Kenali Adik Beradik Tasia & Gracia Dalam Rancangan My Kitchen Rules

Juri My Kitchen Rules – Pete Evans (kanan) dan Manu Fieldel (kiri)

Loading...

Tags: #biodata tasia dan gracia #gambar tasia dan gracia MKR #my kitchen rules #my kitchen rules final #pemenang MKR 7 #pemenang rancangan my kitchen rules musim ke 7 #peserta indonesia MKR #peserta my kitchen rule indonesia #tasia and gracia background

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Leave a reply "Kenali Adik Beradik Tasia & Gracia Dalam Rancangan My Kitchen Rules"