Panduan Lengkap Cara Penanaman Tebu Kuning

Panduan Lengkap Cara Penanaman Tebu Kuning

Tebu kuning atau nama saintifiknya Saccharum officinarum Linn merupakan sejenis tanaman kontan dari keluarga Graminae yang diproses untuk mendapatkan airnya atau ada yang memproses untuk dijadikan gula. Tebu Kuning ditanam di Malaysia di kawasan khas atau sebagai tanaman selingan dalam pokok getah atau kelapa sawit yang baru dibuka.

Keluasan tanam tebu di Malaysia direkodkan sebanyak 1,020 hektar dengan penghasilan sebanyak 17,800 metrik tan pada tahun 2010 dimana kawasan utama penanaman tebu kuning di Negeri Johor terutama di Daerah Muar, Johor serta Batu Pahat dan juga di Daerah Kuching Sarawak. Tebu kuning merupakan satu tanaman yang ditanam untuk kegunaan domestik dan juga dieksport ke Singapura dalam bentuk tebu segar.

Pokok tebu kuning merupakan sejenis tumbuhan yang mempunyai batang beruas tegak tanpa cabang dan tumbuh pada rumpun diatas tanah yang subur. Batang Tebu berbentuk selinder dengan panjang sekitar 1.8 – 3.0 meter dan ruas berukuran sekitar 5’0 – 10.0 cm garispusat. Tebu ditanam menggunakan keratan batang yang mempunyai mata tunas dan disusun dalam longkang barisan tanah.

Daun tebu berbentuk memanjang 2-4 meter yang keluar dari bahagian pucuk dengan lebar daun 4-8 cm. Tebu kuning mempunyai akar serabut dipangkal pokok dan berakar cetek. Satu rumpun pokok tebu mempunyai 6 – 12 batang pokok dan jika di uruskan dengan baik dan untuk dapatkan kualiti baik perlu tinggalkan kurang 6 batang setiap rumpun.

Tanaman tebu kuning sangat sensitif dengan keadaan tanah dan juga memerlukan cahaya matahari yang mencukupi. Kawasan terlindung dan kurang air kurang sesuai untuk penanaman tebu kuning kerana kawasan kemarau akan menyebabkan saiz tebu kecil dan kurang subur apa lagi kalau kurang baja organik.

Teknik Penanaman

Ada beberapa cara menanam yang boleh dipraktikan iaitu :

a) Tanaman secara kekal
b) Tanam secara bermusim
c) Tanaman bergilir

  1. Tanaman Secara Kekal

Biasanya tebu ditanam dalam baris menggunakan pucuk atau batang. Jika menggunakan batang pastikan mata tebu tidak rosak. Jarak yang dicadangkan 100-110cm antara pokok dan antara baris 4-6 kaki.
Kedalaman lubang lebih kurang 1 kaki.

Letakkan benih dalam lubang, jangan ditimbus. Biarkan benih dalam lubang, pastikan benih disiram jika hujan tidak turun. Dalam tempoh seminggu anak benih akan bertunas. Apabila benih tebu mencapai ketinggian yang sesuai barulah tanah ditimbus dan digemburkan.

      2. Tanaman Secara Bermusim

Cara tanaman jenis ini dijalankan di China. Tebu ditanam rapat-rapat dalam barisan. Jarak antara baris adalah 4 kaki. Kayu penyokong dibuat pada bahagian depan dan belakang baris pokok tebu kemudian tali diikat antara 2 tiang tadi. Pokok tebu akan tumbuh lurus. Tebu yang mencapai tempoh matang akan ditebang keseluruhannya.

     3. Tanaman Bergilir

Cara tanaman sama seperti tanaman bermusim. Anak pokok tebu yang baru tumbuh dipotong dan dipindahkan ke tapak yang baru. Cara ini akan diulang bagi mengekalkan bekalan tebu sentiasa mencukupi.

Penyediaan Tanah

Kawasan dibajak dahulu menggunakan bajak piring sebanyak dua kali untuk menggemburkan tanah dan perlu dibuat alur penanaman. Bagi kawasan tanah gambut, tanah perlu diracun dahulu dan dibersihkan sebelum dibuat alur penanaman.

Benih Tebu

Benih tebu adalah keratan batang dari pokok tebu kuning yang telah mencapau umur 7-9 bulan (cukup matang) dan dipotong sepanjang 18 – 22 cm dimana perlu dipastikan mempunyai sekurang-kurangnya 3 mata tunas. Keratan tebu untuk benih perlu ditanam segera dan kelewatan penanaman melebihi 3 hari akan menjejaskan pertumbuhan. Lazimnya saya dapati 2,800 – 3,000 batang tebu kuning mampu menghasilkan sebanyak 2,800 – 3,000 kerataan benih tebu. Keratan benih tebu dirawat dengan racun kulat seperti Benomyl atau Dieldrin dengan mencelupkan kedapam larutan racun tersebut.

Jarak Susunan

Jarak penanaman dan susunan penanaman bergantung kepada keadaan tanah, tanaman monokrop atau selingan dan dalam alur atau atas batas. Jarak biasa digunakan adalah 2 meter antara x 0.3 meter dalam baris dengan kepadatan tanam tebu kuning sebanyak 17,000 – 18,000 pokok sehektar. Pastikan menanam tebu dalam alur dalam keadaan berbaring dan kemudian timbus dengan tanah.

Penjagaan Tanaman

Kawalan rumpai boleh dijalankan secara manual atau menyembur racun pracambah (seperti Altrazine dengan kadar 4 liter/ha) selepas menanam sehingga berumur 6 bulan berikutnya. Kegagalan mengawal rumput dari peringkat awal akan menjejaskan pertumbuhan tebu kerana persaingan dari segi ruang, cahaya matahari dan juga makanan.

Pembajaan

Pembajaan tanaman tebu kuning perlu dirancang dengan sempurna. Baja NPK 15:15:15 sebanyak 250 kg sehektar diberikan semasa menanam kemudian kadar yang sama diberikan selepas pokok berumur 3 bulan. Baja urea sebanyak 125 kg/ha juga ditabur ketika pokok berumur 3 bulan. Urea akan membantu pembentukkan daun agar lebih cepat dan banyak. Selepas 5 bulan baja NPK 15:15:15 sebanyak 300 kg/ha diberikan lagi diikuti dengan baja organik jika keadaan tanah kurang subur. Bagi memastikan pokok subur buat kerja menimbus pangkal perdu pokok tebu kuning dengan cangkul pada umur pokok 3-5 bulan. Jika ada pokok yang mula rebah perlu dipasangkan tiang kayu dan rumpun tebu perlu diikat supaya tumbuh menegak untuk menjamin kualitinya. Tebu yang rebah dan bengkok akan jatuh kualiti dan grednya.

Masalah Perosak

Masalah penanaman tebu adalah serangan Ulat Pengorek Batang Tebu (Ostrinia salentiales) merosakkan batang tebu dengan larvanya merosakan dan membuat lubang dalam batang tebu. Kesannya menyebakan tebu tidak boleh dijual dan kawalan dengan membuang pokok diserang dan membakarnya. Semburan racun serangga jenis Endosulfan (Thiodan) membantu mengurangkan serangan ulat ini. Amalan menggunakan Furadan 3G pada peringkat awal penanaman boleh mengelakan serangan ulat ini (PHI Furadan melebihi 3 bulan) dan penggunaan Furadan pada tanaman hampir menuai adalah dilarang.

Serangan penyakit ‘Bulir Hitam’ dikawal dengan merendam benih tebu kuning dalam air panas 50 darjah selsius yang dicampur Benomyl (Benlate) selama 2 jam. Musnahkan pokok tebu yang diserang penyekit bulir hitam.

Penuaian

Tebu Kuning lazimnya sesuai dituai selepas 8 – 9 bulan selepas ditanam apabila pokok setinggi hampir 2.5 -3.0 meter dari paras tanah. Cara menuai tebu ada yang di buat sebanyak 3 peringkat dalam masa 2 tahun dan ada juga petani yang menuai sekali gus bergantung kepada sistem pemasaran dan harga tawaran yang ada. Batang tebu yang matang di potong menggunakan parang tajam di pangkal pokok dan direbahkan sebelum di potong bahagian pucuknya untuk membuang daun dan dibersihkan. Batang tebu sepanjang 8 – 9 kaki di susun dan diikan dalam bilangan 10-15 batang satu ikatan. Bagi tujuan jualan terus akan dihantar kepada pemborong atau dinaikkan ke lori untuk dihantar kepada pembeli.

Kebaikan Mengusahakan Tananam Tebu

  • Tebu  merupakan tanaman yang mudah dijaga dan mampu memberi hasil terbaik.
  • Penanaman tebu perlukan usaha dan perancangan  yang  bersungguh-sungguh.
  • Permintaan yang tinggi ketika musim perayaan dan musim cuaca panas terik.
  • Penanaman tebu boleh menjanjikan keuntungan yang lumayan jika  mengusahakan ladang komersial sekurang-kurangnya bersaiz lima ekar dan ke atas. Ini kerana bekalan tebu sentiasa dapat dibekalkan kepada peniaga dan pendapatan yang tetap kepada petani.
  • Satu kitaran tanaman tebu, ia biasanya mengambil masa antara tujuh hingga lapan bulan untuk matang dan mempunyai jangka hayat empat tahun.

Masalah Utama Tanaman Tebu

  • Angin akan menyebabkan pokok tebu tumbang dan akhirnya rosak.
  • Penyakit yang sering menyerang tanaman tebu adalah ulat pengorek batang yang merupakan sejenis kulat.

*Tips Dan Panduan

  • Pada peringkat awal tanaman, pokok-pokok tebu akan diberikan baja dan racun setiap tiga bulan sekali.
  • Bekalan air sangat penting bagi mengelakkan pertumbuhan pokok terencat.
Loading...

Tags: #cara menanam pokok tebu #cara menanam tebu kuning #cara tanam tebu komersil #kebun tebu #Panduan lengkap cara penanaman tebu kuning #panduan penanaman tebu kuning #panduan tanaman tebu #penanaman tebu #pengusahaan tebu kuning #pokok tebu #projek tanam tebu #Saccharum officinarum Linn #tanam tebu #Tanam tebu secara bermusim #tanaman tebu #Tanaman tebu bergilir #Tanaman tebu secara kekal #tebu #tebu kuning #teknik penanaman tebu #tips tanam tebu

Tragedi Nakba 1948 : Pembetukan Negara Haram Israel
Nakba (malapetaka atau tragedi dalam bahasa Arab) merujuk kepada peristiwa yang berlaku pada
Kaitan Bangsa Yahudi dengan Nabi Yusuf A.S
Makam Nabi Yusuf A.S Makam Nabi Yusuf adalah tempat suci dalam Islam dan
Negara Mana Miliki Kapal Pengangkut Pesawat @ Aircraft Carrier?
Sesetengah negara mempunyai kapal pengangkut pesawat (aircraft carrier) sebagai sebahagian daripada kekuatan tentera
Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang

Leave a reply "Panduan Lengkap Cara Penanaman Tebu Kuning"