Cara Memohon Skim ADAM50, Amanah Dana Anak Malaysia 2050

Cara Memohon Skim ADAM50, Amanah Dana Anak Malaysia 2050

Apakah ADAM50?

ADAM50 atau Amanah Dana Anak Malaysia 2050 adalah skim yang diperkenalkan kerajaan ketika pembentangan Bajet 2018. Setiap anak Malaysia yang dilahirkan bermula 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2022 akan dihadiahkan Dana Tabungan Permulaan sebanyak RM200 melalui unit Amanah Saham di bawah skim tersebut.

Selepas pendaftaran dilakukan, 200 unit percuma tersebut akan dikreditkan secara automatik ke akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi bayi Bumiputera atau Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia) bagi bayi bukan Bumiputera. Objektifnya adalah untuk menggalakkan budaya simpanan dan pelaburan rakyat Malaysia daripada seawal usia dengan pemberian unit insentif percuma sebagai modal pelaburan permulaan.

Berbeza dengan BR1M 2018, kos keseluruhan ADAM50 yang akan dilaksanakan selama lima tahun bermula 2018 sehingga 2022 ini dianggar mencecah RM560 juta dan akan memanfaatkan 2.8 juta bayi Malaysia.

Syarat Kelayakan Skim ADAM50

Berikut adalah kriteria dan syarat kelayakan permohonan ADAM50 :

  • Lahir pada atau selepas 1 Januari 2018
  • Warganegara Malaysia
  • Ibu/bapa atau penjaga berdaftar berwarganegara Malaysia dan berumur 18 tahun dan ke atas
  • Peserta serta penjaga berdaftar tidak diisytiharkan muflis sepanjang tempoh pelaburan

Untuk makluman, 200 unit insentif tersebut tidak boleh dijual semula dan hanya boleh dikeluarkan setelah anak mencapai usia 18 tahun. Peserta juga tidak boleh menarik diri setelah pendaftaran dilakukan, melainkan peserta tidak lagi memenuhi kriteria kelayakan am pelaburan ASNB, sebagai contoh status pertukaran Wargenegara.

Cara Memohon Skim ADAM50

Pendaftaran ADAM50 hendaklah dilakukan dalam tempoh setahun selepas bayi dilahirkan. Sebagaimana contoh, sekiranya bayi dilahirkan pada 2 Januari 2018, ibu bapa atau penjaga berdaftar hendaklah melakukan pendaftaran selewat-lewatnya pada 2 Januari 2019.

Sekiranya gagal mendaftar dalam tempoh tersebut, kelayakan untuk menadapatkan unit insentif percuma akan terbatal. Ibu bapa atau penjaga berdaftar boleh datang ke Cawangan ASNB atau mana-mana ejen ASNB di seluruh negara:

  • Maybank
  • Maybank Islamic
  • CIMB
  • CIMB Islamic
  • RHB
  • RHB Islamic
  • Pos Malaysia
  • Bank Simpanan Nasional
  • Affin Bank
  • Alliance Bank
  • AmBank
  • AmBank Islamic

Berikut antara dokumen yang perlu dibawa ketika proses pendaftaran, antaranya:

  • Kad pengenalan (MyKad) ibu/bapa/penjaga berdaftar
  • MyKid bayi atau Sijil Kelahiran
  • Sebarang dokumen sokongan seperti Surat Pertalian Darah, perintah mahkamah dan lain-lain jika penjaga berdaftar bukan dalam kalangan ibu atau bapa bayi

Cara Menambah Pelaburan ADAM50

Pelaburan ADAM50  boleh ditambah dari semasa ke semasa. Ia boleh dilakukan secara online mahupun secara manual dengan berurusan di kaunter ASNB atau ejen rasminya. Selain itu, ibu bapa atau penjaga juga boleh membuat potongan gaji bagi memastikan tabungan anak lebih terjamin. Had maksimum akaun ADAM50 adalah 50,000 unit.

Jawapan : RM200 unit insentif dan sebarang pengagihan tambahan yang diperolehi dari unit ini hanya boleh dikeluarkan selepas usia anak mencapai 18 tahun. Tetapi, sebarang pelaburan yang ditambah sendiri oleh ibu bapa atau penjaga ke dalam ADAM50 boleh dikeluarkan pada bila-bila masa oleh penjaga berdaftar akaun tersebut. Selepas usia 18 tahun, status akaun akan berubah menjadi Akaun Dewasa dan segala unit insentif beserta pengagihan pendapatan boleh dikeluarkan seperti biasa.

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, sila layari  http://www.asnb.com.my/v3_/asnbv2_5faq.php#adam50

Loading...

Tags: #ADAM50 #ADAM50 Amanah Saham Nasional Berhad #cara daftar adam50 #Cara Memohon ADAM50 #Cara Memohon Amanah Dana Anak Malaysia 2050 #cara mohon rm200 anak #Cara permohonan skim ADAM50 #dana adam50 #dokumen pendaftraan ADAM50 #insentif rm200 bayi 2018 #pendaftaran ADAM50 #Pendaftaran ADAM50 Amanah Dana Anak Malaysia #Semua Bayi Baru Lahir 2018 #Skim amanah dana anak malaysia 2050 #syarat kelayakan ADAM50

Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kelebihan Pelaburan Dalam Hartanah dan Aset
Pelaburan dalam aset dan hartanah boleh memberikan beberapa kelebihan kepada pelabur. Berikut adalah
Overlap Loan : Pinjam Wang Untuk Bayar Pinjaman
Mengambil pinjaman baru untuk membayar pinjaman sedia ada selalunya tidak disyorkan, kecuali dalam
Strategi Kurangkan Beban Hutang Pinjaman Bank
Untuk mengurangkan beban hutang pinjaman bank anda, anda boleh melaksanakan beberapa strategi yang

Leave a reply "Cara Memohon Skim ADAM50, Amanah Dana Anak Malaysia 2050"