Resipi Nasi Lemak Sambal Ikan Bilis Pantai Timur

Resepi Sambal Ikan Bilis Nasi Lemak

Nasi lemak umumnya merupakan menu yang sangat popular di Malaysia. Sebut sahaja nasi lemak, tiada yang tidak tahu apakah itu nasi lemak. Terdapat banyak cara dan resepi untuk memasak nasi lemak serta pelbagai variasi sambal ikan bilis.

Di sebelah selatan tanah air, di Kuala Lumpur umumnya, kebanyakan nasi lemak disediakan dengan ikan bilis goreng dan kacang goreng dengan sambal asing. Manakala di pantai timur pula di Kelantan, Terengganu dan sesetengah kawasan di Pahang, sambal nasi lemak biasanya dimasak bersama ikan bilis.

Ada yang goreng dahulu ikan bilis dan masukkan ke dalam sambal, dan ada juga yang terus memasak ikan bilis dengan sambal. Namun, bagaimana pun cara penyediaan, bila menghasilkan nasi lemak yang sedap, pasti menyelerakan. Mari kita lihat resepi dan cara-cara untuk menyediakan nasi lemak sambal ikan bilis pantai timur.

Resipi Nasi Lemak Sambal Ikan Bilis

Bahan-bahan untuk nasi lemak :

  • 400 gram beras
  • 250-300 gram santan pekat
  • 100 ml air
  • 2 helai daun pandan
  • 1 inci halia
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 biji telur ayam (direbus bersama nasi)

Cara-cara memasak nasi lemak :

  1. Basuh dan bilas beras sebanyak tiga kali. Kemudian masukkan beras ke dalam periuk nasi.
  2. Masukkan telur ayam ke dalam beras.
  3. Tuangkan santan pekat dan air ke dalam periuk. Ikut citarasa anda, jika mahukan nasi lemak yang lebih lemak, lebihkan santan, jika kurang lemak, kurangkan santan.
  4. Simpulkan daun pandan dan masukkan ke dalam periuk bersama halia dan garam.
  5. Tutup periuk dan tunggu sehingga nasi lemak masak.
  6. Apabila masak, ambil telur ayam dan sejukkan. Buang kulit dan dipotong kepada dua atau empat.

Bahan-bahan untuk sambal ikan bilis :

  • 200 gram ikan bilis (dibersihkan dan digoreng)
  • 7-8 tangkai cili kering (dipotong dan direndam dalam air)
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • Setengah biji bawang besar
  • 1 sudu asam jawa
  • 70 ml minyak masak
  • Garam dan gula

Cara-cara memasak sambal ikan bilis :

  1. Masukkan bawang putih, bawang merah, bawang besar dan cili kering ke dalam pengisar. Tambahkan air dan kisar sehingga lumat.
  2. Panasan minyak dalam kuali. Apabila minyak sudah panas, masukkan semua bahan kisar ke dalam kuali. Kacau dan tumis sehingga mendidih.
  3. Tambahkan air jika menjadi kering. Masukkan air asam jawa, sesuaikan rasa dengan garam dan gula. Apabila sudah puas hati dengan rasa, masaklah sehingga naik minyak.
  4. Kemudian, masukkan ikan bilis yang telah digoreng ke dalam kuali, gaul dan masak sebentar.
  5. Jika anda penggemar petai, boleh masukkan petai. Jika suka sambal yang manis, boleh gunakan gula melaka.
  6. Hidangkan di atas pinggan. Sambal ikan bilis siap untuk dimakan bersama nasi lemak.
Loading...

Tags: #cara masak nasi lemak #nasi lemak #resepi nasi #resepi nasi lemak #resepi nasi lemak pantai timur #resepi sambal ikan bilis

Antara Daging Lembu atau Kambing, Mana Yang lebih baik?
Pilihan antara daging lembu dan kambing sebahagian besarnya bergantung pada keutamaan peribadi dan
Cara Membuat Tempoyak Asli Dan Tahan Lama
Di Malaysia, buah durian sudah tidak asing lagi buat masyarakat tempatan, ia sangat
Air Soda Herbs Yang Sedap! Ini Bahan-Bahan Dan Cara Menyediakannya!
Air soda herbs tidak asing lagi dengan rasanya yang enak. Malah, air soda
10 Resepi Masakan Ikan Tongkol Popular Boleh Anda Cuba!
Bermacam-macam jenis ikan yang mempunyai cita rasa yang tersendiri sehingga diminati oleh berbagai

Leave a reply "Resipi Nasi Lemak Sambal Ikan Bilis Pantai Timur"