4 Perkara Terlarang Ini Perlu Anda Jauhi Jika Masih Rindu Bekas Kekasih!

Perkara Terlarang Ini Perlu Anda Jauhi Jika Masih Rindu Bekas Kekasih

Kadang-kala, perasaan tidak boleh dikawal lebih-lebih apabila bersendirian dan terbayang-bayang bekas kekasih di depan mata.

Menerusi perasaan juga, terdapat beberapa perkara gila yang boleh dilakukan seseorang terutamanya buat wanita yang terlalu merindui mantan kekasihnya.

Biarpun anda mahu kembali ke pangkuan si dia, sila pastikan dirimu tidak kelihatan ‘mudah’ di hadapannya

Perkara Terlarang Perlu Anda Jauhi Jika Masih Rindu Bekas Kekasih

Dipetik daripada portal Cosmopolitan Indonesia, 4 perkara terlarang ini perlu anda jauhi jika merindui bekas kekasih. Take a look!

1. Hubungi Bekas Kekasih Secara Tiba-Tiba

Ketika anda sedang merindui bekas kekasih, jangan sekali-kali cuba untuk menghubungi atau menghantar mesej ringkas kepada si dia secara tiba-tiba. Rata-rata, ramai wanita di luar sana melakukan hal ini semata-mata untuk mengubati kerinduan dan sesetengah daripadanya akan menghubungi bekas kekasih secara berterusan kerana mahu mengembalikan hubungan cinta terdahulu. Sebenarnya, kaedah ini membuatkan anda kelihatan ‘murah’ di mata bekas kekasih.

Sekiranya rindu anda masih lagi tertanggung, apakata ambil masa untuk luahkan segala perasaan dan isi hati kepada sahabat-sahabat terdekat anda. Jika mahu si dia tahu, anda boleh menulis secara samar-samar menerusi kata-kata puitis atau quote orang lain supaya mantan kekasih mulai sedar tanpa perlu kelihatan terlalu murah. Beliau akan menghubungi anda terlebih dahulu sekiranya si dia masih mencintai dirimu.

2. Sentiasa ‘Like’ Dan ‘Comment’ Status Bekas Kekasih Di Laman Media Sosial

Disebabkan terlalu merindui bekas kekasih, beberapa wanita akan mengintip (stalker) laman media sosial mantannya sehingga menekan butang ‘Like’ dan ‘Comment’ di semua status si dia tanpa disedari. Elakkan diri anda daripada melakukan perkara ini kerana kelihatan aneh serta membuatkan bekas kekasih tidak selesa dan menjauhikan diri daripada anda.

3. Pergi Ke Tempat Yang Sering Dikunjungi Si Dia

Selain menghubungi secara tiba-tiba atau mengintip di laman media sosial, sesetengah wanita suka pergi ke tempat-tempat yang sering dikunjungi bekas kekasih sebelum ini. Sebagai contoh, si dia suka menghabiskan masanya di gimnasium untuk bersenam. Oleh itu, anda ke sana dengan harapan dapat mengubati kerinduan selama ini serta bersua muka antara satu sama lain meskipun tidak semestinya si dia berada disitu. Sedikit sebanyak merugikan masa terluang anda.

4. Bertanya Kepada Sahabat Karib Si Dia

Adakah anda masih merindui bekas kekasih? Jika ya, anda boleh sahaja stalker laman media sosialnya atau melihat gambar dirinya. Namun, jangan sampai menghubungi sahabat karib atau teman rapat untuk bertanya mengenai kehidupan terkini bekas kekasih anda. Walaupun masih berharap untuk bersatu bersamanya seperti dahulu tetapi anda dilarang untuk melibatkan orang ketiga daripada pihak si dia.

azlan-150x150 4 Perkara Terlarang Ini Perlu Anda Jauhi Jika Masih Rindu Bekas Kekasih!

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #cara buat ex menyesal tinggalkan kita #cara membuat ex bf kembali #cara nak getback dengan ex #maksud mimpikan bekas kekasih #mimpi bekas kekasih berulang kali #Perkara Yang Perlu Anda Elakkan Sekiranya Rindu Mantan Kekasih #Perkara Yang Perlu Dijauhi Anda Jika Rindu Bekas Kekasih #rindu kekasih lama #suka pada ex bf #susah lupakan kekasih lama #tanda dia rindu kita dalam diam #tanda lelaki masih sayang bekas kekasih

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan

Comments are closed.