Wasiat! Ketahui 7 Cara Dalam Menyediakannya

Wasiat! Ketahui 7 Cara Dalam Menyediakannya

Wasiat merupakan dokumen penyelesaian pusaka berbentuk arahan kepada Wasi untuk menyempurnakan segala hasrat Pewasiat termasuklah melaksanakan segala strategi perancangan dan pengagihan harta selepas kematian.

Wasiat disyariatkan melalui nas al-Quran, hadis, amalan sahabat dan ijmak. Pada peringkat permulaan Islam, seseorang itu diperintahkan berwasiat kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat yang terdekat sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 180 yang bermaksud:

“Diwajibkan atas kamu, apabila seseorang di antara kamu kedatangan (tanda-tanda) maut, jika ia meninggalkan harta yang banyak, (hendaklah ia) berwasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabatnya dengan cara yang baik (menurut peraturan agama), sebagai suatu kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa.” (surah al-Baqarah, ayat 180)

Namun kebanyakan para sahabat antaranya Saidina Abu Bakar, Ali, Ibn Umar dan Mazhab Sunni yang empat termasuk Imam Syafie berpendapat bahawa hukum wajib ini telah dimansuhkan dengan turunnya ayat-ayat al-Mawarith (ayat 11, 12, dan 176 surah al-Nisa’) iaitu ayat yang secara khusus menyentuh peruntukan bahagian-bahagian yang telah ditetapkan ke atas waris-waris dalam pembahagian harta pusaka. Oleh itu, perintah wajib tersebut telah dimansuhkan namun perbuatan wasiat itu menjadi suatu perbuatan yang digalakkan (disunatkan) masih kekal dan sebaik baiknya hendaklah wasiat itu ke atas keluarga yang miskin atau anak-anak yatim yang tidak berhak mendapat harta pusaka.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

“Hai orang-orang yang beriman, apabila salah seorang kamu menghadapi kamatian, sedang dia akan berwasiat, maka hendaklah (wasiat itu) disaksikan oleh dua orang yang adil di antara kamu atau dua norang yang berlainan agama dengan kamu, jika kamu dalam perjalanan di muka bumi lalu kamu nditimpa bahaya kematian.” (surah al-Ma’idah, ayat 106)

Terdapat juga hadis-hadis yang menggalakkan seseorang itu membuat wasiat. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Tiada hak (patut) bagi seorang muslim yang mempunyai sesuatu yang boleh diwasiatkan dibiarkan hingga dua malam melainkan wasiatnya itu tertulis di sisinya.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hadis ini jelas bahawa langkah berhati-hati perlu dilakukan iaitu dengan menulis wasiat kerana seseorang itu tidak tahu bila ajalnya akan tiba. Kemungkinan kelalaiannya boleh mengakibatkan segala hajatnya tidaka akan tercapai.Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Orang yang malang ialah orang yang tidak sempat berwasiat.” (Hadis riwayat Ibn Majah)

Dalam hadis yang lain pula, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Sesiapa yang mati dalam keadaan meninggalkan wasiat maka dia mati di atas jalan yang satu dan mengikut sunnah dan dia mati sebagai seorang yang bertaqwa dan bersyahadahserta mati dalam keadaan dosa-dosanya diampunkan.” (Hadis riwayat Ibn Majah).

Instrumen Penyediaan Wasiat

  1. Wasi / Penama

Melantik wasi / penama yang akan bertindak sebagai pentadbir dan bertanggungjawab untuk menguruskan pembahagian harta pusaka selepas kematian nanti sepertimana yang telah diwasiatkan.

  1. Harta Sepencarian

Mengisytiharkan harta-harta sebagai hasil usaha sama dengan pasangan yang sah. Dengan mengisytiharkan harta sepencarian, si suami boleh mewariskan sebahagian harta secara terus kepada isteri (dan juga sebaliknya) tanpa perlu diagihkan melalui faraid.

  1. Hibah

Memindah milik / menghadiahkan harta kepada mana-mana individu atau organisasi sama ada waris atau bukan waris. Dengan hibah, si pemilik harta boleh mewariskan harta kepada bukan waris, seperti anak angkat atau mana-mana waris yang dirasakan lebih memerlukan berbanding yang lain. Kebiasaannya, hibah diberikan atas dasar kasih-sayang.

  1. Amanah

Menyerahkan harta kepada pihak ketiga, iaitu pemegang amanah yang akan bertanggungjawab mengurus dan melindungi harta pusaka daripada tuntutan pihak lain. Sebagai contoh, mengamanahkan bendang sawah kepada persatuan, dan sebahagian hasilnya hendaklah diberi kepada waris-waris yang ditinggalkan.

  1. Faraid

Kaedah pembahagian harta pusaka yang ditetapkan oleh hukum Islam. Faraid memastikan pembahagian yang adil dan saksama kepada semua waris yang ditinggalkan. Pecahan pembahagian bergantung kepada hubungan (anak lelaki, anak perempuan, isteri, ibu, bapa) dan bilangan waris yang masih ada.

  1. Wasiat

Wasiat membolehkan si pemilik harta mewariskan harta kepada bukan waris atau waris tanpa melalui pembahagian faraid. Namun, jumlahnya terhad kepada nilai 1/3 harta sahaja dan perlu kepada persetujuan semua waris.

  1. Wakaf

Menginfaqkan harta pusaka yang ditinggalkan sebagai sumbangan ke arah jalan kebaikan dan kegunaan umum, contohnya mewakafkan tanah untuk dibina masjid. Wakaf berfungsi sebagai kesinambungan amalan selepas kematian. Sebaik-baiknya, jumlah harta yang diwakafkan tidak melebihi 1/3 nilai kesemua harta yang ditinggalkan.

Rujukan :

jomurusduit.com

Loading...

Tags: #bagaimana untuk menyediakan wasiat #cara buat wasiat #cara penyediaan wasiat #contoh wasiat #harta selepas kematian #instrumen penyediaan wasiat #kenapa perlu wasiat #pengurusan wasiat di malaysia #penulisan wasiat #sediakan wasiat melalui 7 cara ini #wasiat #wasiat dalam islam #wasiat dalam keluarga #wasiat kematian #wasiat malaysia #wasiat urus

Amalan Mudah Mendapat Jodoh. Yang Belum Berpunya Boleh Cuba Petua Ini!
Pasangan hidup adalah salah satu dari stesen perjalanan dalam kehidupan bagi semua manusia.
Amalan Isteri Derhaka Kepada Suami Walaupun Tanpa Disedari
Wanita solehah adalah sebaik-baik perhiasan dunia sebagaimana sabda Nabi SAW yang bermaksud :
Punca Rezeki Suami Menjadi Sempit. Ini Sebab Ramai Isteri Tidak Perasan!
Perkahwinan merupakan sunnah Nabi SAW. Selain daripada mendapat pahala dengan menyempurnakan sunnah, perkahwinan turut
Badal haji. Ini Syarat Yang Membolehkannya Dilakukan
Pengertian Badal Haji Badal ertinya ‘ganti’,’pengganti’, atau yang ‘digantikan’. Oleh itu Badal Haji

Leave a reply "Wasiat! Ketahui 7 Cara Dalam Menyediakannya"