Wanita! 5 Masker Wajah Ini Perlu Anda Amalkan Kalau Nak Cantik

Cantik

Jerawat, jeragat dan muka berminyak merupakan antara musuh utama bagi wanita yang mementingkan kecantikan diri.

Untuk mengatasinya, pelbagai produk kecantikan digunakan di pasaran dari yang berharga puluhan hinggalah ratusan ringgit.

Malangnya, hasil yang diperolehi tidak menjadi dan semakin teruk. Rugi sangat-sangat!

Apakata anda beralih ke produk kecantikan yang semula jadi dan murah yang terdapat di ruang dapur masing-masing seperti membuat masker wajah sendiri.

Berikut, penulis kongsikan lima masker wajah yang perlu anda amalkan kalau hendak cantik berseri-seri.

1. Madu Asli

Untuk pengetahuan pembaca, madu asli diakui sangat berkhasiat buat manusia sejagat sejak bertahun-tahun lamanya.

Bukan sahaja digunakan sebagai penawar untuk mencegah penyakit malahan dijadikan sebagai bahan penting dalam dunia kecantikan.

Untuk mendapat kulit yang halus dan cerah, anda boleh gunakan madu sebagai masker wajah harian.

Cara Rawatan:

Tuangkan satu sudu madu asli ke dalam mangkuk dan panaskan di dalam ketuhar gelombang selama 10 minit sebelum menggunanya. Selepas sejuk, sapukan madu asli di seluruh wajah anda dengan lapisan yang tebal selama 15 minit hingga 30 minit sebelum mencucinya. Lakukan sebanyak dua atau tiga kali seminggu untuk mendapat hasil yang memberangsangkan.

2. Susu

Siapa yang tidak menyukai susu. Sebagai manusia, kita perlu meminum susu setiap hari supaya dapat memperolehi sumber kalsium dan protein yang tinggi untuk kesihatan tubuh badan.

Susu sangat sesuai dijadikan sebagai masker wajah anda. Ini kerana susu dapat memutihkan kulit, melembapkan wajah dan anti penuaan.

Cara Rawatan:

Oleskan susu tersebut terus ke seluruh wajah anda. Biarkan selama 15 hingga 30 minit, setelah itu cuci sampai bersih.

3. Timun

Tahukah anda, timun bukan sahaja digunakan dalam sesuatu masakan bahkan dapat membantu mengurangkan kadar minyak di raut wajah dan menghilangkan kesan hitam di sekitar bahagian mata anda.

Oleh itu, amalkan penggunaan timun sebagai masker wajah anda untuk tampil cantik mempesonakan.

Cara Rawatan:

Bersihkan timun segar sebelum diiris bulat-bulat. Tempelkan irisan timun ke seluruh wajah dan biarkannya dalam 10 hingga 15 minit. Setelah selesai, cuci wajah anda dengan air bersih. Kalau boleh, lakukan dua atau tiga kali seminggu.

4. Telur

Tidak dinafikan, telur mempunyai manfaat yang baik untuk kita semua terutamanya dalam kecantikan.

Jika anda memiliki kulit yang kering, penulis sarankan agar menjadikan telur sebagai teman kecantikan anda. Selain dapat menghaluskan kulit wajah, telur juga dapat menghilangkan minyak dan jerawat. Hebat bukan!

Cara Rawatan:

Bagi menghaluskan kulit wajah, campurkan putih telur dan yogurt kemudian sapukan di wajah beberapa minit. Setelah selesai, cuci wajah anda dengan air bersih. Campuran masker itu juga boleh digunakan di tangan dan kaki.

Untuk hilangkan jerawat, oleskan masker putih telur ke wajah selama 20 hingga 30 minit. Biarkan mengering sebelum dibilaskan dengan air bersih.

5. Betik

Betik merupakan salah satu buah-buahan yang selalu digunakan dalam produk-produk kecantikan.

Kaya dengan pelbagai khasiat, betik dapat membantu memperbaiki kerosakan kulit wajah akibat sinar matahari dan mengurangi bintik-bintik hitam di wajah anda.

Cara Rawatan:

Oleskan isi buah betik yang dipotong ke seluruh wajah. Biarkan masker itu mengering selama 15 hingga 20 minit, lalu bilas dengan air bersih.

Ternyata, bukan susah untuk kelihatan cantik berseri-seri dengan mengamal masket wajah buatan sendiri.

Sedikit sebanyak dapat menjimatkan masa dan wang anda. Nak cantik ke idok? Apa tunggu lagi, selamat mencuba!

 

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #cara memutihkan wajah secara alami #jerawat di muka #kecantikan wanita #kulit cantik #masker kulit wajah #masker memutihkan wajah #parut hitam jerawat #petua wanita cantik #tips kecantikan #tips kulit putih #tips mencerahkan kulit wajah

Cara Meredakan Demam Jika Anda Tidak Ke Klinik
Bilakah kali terakhir anda demam? Bila seseorang demam, badan menjadi lemah dan kebanyakan
Ibu Hamil, Elakkan Dari Makan Makanan Ini!
Pengambilan makanan dalam tempoh kehamilan adalah sangat penting bagi ibu-ibu yang hamil bagi
10 Cara Mengawal Stress @ Tekanan Dalam Islam
Kita adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah, namun kita masih tidak terlepas daripada menghadapi
Ketahui Penyebab Dan Tanda Penyakit Darah Tinggi
Apakah dia Tekanan Darah? Tekanan darah adalah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri

Comments are closed.