Vape, Rokok Elektronik atau e-cigarette alternatif kepada perokok tegar

Vape Dan Rokok Elektrik

 

Bila rokok dah jejak sampai RM17.00 sebungkus, terasa juga belanja bulanan terjejas. Maklumlah kalau sudah jadi perokok tegar, susah nak berhenti sekaligus. Tambah pula bila terbaca artikel (lupa kat mana) mereka yang berhenti merokok mengejut cepat kena penyakit. Sebab badan kita dan terbiasa dengan nicotine. Pengalaman saya merokok dah masuk 30 tahun. Kalau nak kira belanjalah. Matametik mudah, RM14.00 x 30 hari (sehari sebungkus)  bersamaan RM420 sebulan. Ini sudah menyamai dengan bayaran bulanan Perodua Axia. Banyak juga tu. Tapi itulah susah nak berhenti merokok ni. Sehinggalah pada suatu hari, terjumpa benda yang dipanggil rokok letrik ni.

Saya juga baru mula vapor tak sampai 2 bulan, tapi sehingga kini syukurlah sebab dapat tinggalkan rokok. Bila start vapor, pahit pulak rasa rokok. Asap rokok baunya sangat busuk. Patutlah ramai tak suka perokok ni.

Setahu saya rokok letrik ini taklah sebahaya rokok biasa. Badan perokok ni perlukan nikotin, untuk dapatkan nikotin kita sedut semua termasuk 4,000 bahan kimia, karbon monoksida dan tar dalam rokok biasa. Itu yang bahaya tu. Kalau rokok letrik ni kita sedut clean nicotine. Lagipun, nikotin yang dibekalkan dalam perisa dijual dengan pelbagai peringkat kandungan. Ada yang 24 mg, 12 mg, 9 mg, 6 mg, 3 mg dan 0 mg. Kandungan nikotin dalam rokok biasa biasa antara 18 mg – 25 mg bergantung pada jenis rokok. Kita boleh stop slow-slow pengambilan kandungan nikotin dalam badan seterusnya tinggalkan rokok.


   

Encik Shino

Seorang yang sangat berpengetahuan dalam bidang berkaitan perikanan dan pengurusan organisasi. Mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang penulisan blog dan artikel.

More Posts - Website


Artikel Berkaitan

Tags: #alternatif perokok #berhenti merokok dengan rokok elektrik #kenapa hisap vape. hisap vape untuk berhenti merokok #perokok hisap vape hilangkan ketagihan #Rokok Elektronik atau e-cigarette #tukar hisap rokok elektrik #Vape #video rokok elektrik dan vape

Petua Rambut Gugur Berkesan Kepada Lelaki Dan Wanita
Samada lelaki mahupun wanita, tua atau muda juga tidak terkecuali dengan masalah keguguran
Masalah Gatal Pada Alat Kelamin Wanita
Kebanyakan wanita berasa malu untuk berjumpa doktor apabila menghadapi masalah pada kemaluan atau
Cara Menjaga Kesihatan Alat Kelamin Bagi Wanita
Wanita harus memastikan bahagian alat kelamin bersih selepas membuang air kecil atau air
Petua Kempiskan Perut Buncit
Petua Kempiskan Perut Buncit Bahan-bahan : 1 biji buah lemon 2 atau 3

Comments are closed.