Tips Hindari Gigitan Nyamuk Dengan Berkesan

Cegah Gigitan Nyamuk

Serangga kecil seperti nyamuk sangat berbahaya kerana mampu menyebabkan pelbagai penyakit seperti malaria dan denggi. Di Malaysia, penyakit bawaan nyamuk seperti Denggi sering membawa maut.

Bagi menghalau nyamuk, kita sering menggunakan semburan mengandungi bahan kimia yang turut berpotensi mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan. Sedangkan kita boleh mencuba kaedah alternatif yang selamat untuk menghalau nyamuk di rumah seperti yang tersenarai berikut:

1. Lemon
Lemon mengandungi bahan ‘citronella’ yang kuat untuk menghalau nyamuk. Aroma sitrus dari daun lemon menjadi wangian yang tidak disukai nyamuk. Namun, pokok lemon mampu tumbuh dengan cepat dan anda perlu mengawal pertumbuhannya.

2. Serai
Dalam banyak-banyak pokok yang disenaraikan, serai paling mudah didapati malah ia antara bahan kegunaan seharian dalam masakan. Tidak hanya itu, pelbagai produk berasaskan serai juga banyak dihasilkan termasuk sebagai penghalau nyamuk. Kajian dilakukan oleh sekumpulan pengkaji di Universiti of New Mexico, Amerika Syarikat mendapati serai bukan sahaja dapat menghalau nyamuk malah membunuh larva nyamuk.

3. Pokok catnip
Pokok catnip adalah tanaman yang sering digunakan untuk merangsang kucing agar lebih aktif. Bagaimanapun, tidak bagi nyamuk kerana mengandungi minyak pati nepetalactone yang boleh menangkis nyamuk. Pokoknya tumbuh tinggi, oleh itu tanam di kawasan rumah yang tidak menghalang pandangan.

4. Bawang putih
Bawang putih juga sudah lama digunakan untuk menghalau nyamuk secara semula jadi. Hiris bawang putih dan letak di tingkap atau pintu rumah. Malah, anda boleh mencampurkannya dengan minyak pati lavender untuk kesan lebih mampan.

5. Pokok geranium
Pokok geranium juga diketahui sebagai sejenis tumbuhan penghalau nyamuk. Tumbuhan ini mengandung geraniol dan sitronelol berbau harum yang sangat tidak disukai nyamuk. Tanam pokok ini dalam pasu kecil dan letak dalam rumah di ruang tamu, bilik tidur atau dapur.

6. Basil
Tidak hanya digunakan untuk tujuan memasak, daun basil juga mampu melindungi anda daripada gigitan nyamuk. Ini kerana aroma daunnya yang menyengat membuatkan nyamuk tidak berani untuk mendekatinya. Malah terdapat kajian oleh Malaria Journal pada 2011 mendapati, minyak yang diperbuat daripada daun basil memberikan perlindungan nyamuk sehingga hampir 100 peratus.

7. Lemon Balm
Tanaman ini berasal daripada keluarga pokok pudina namun mempunyai aroma lemon yang segar. Tidak seperti manusia, nyamuk cukup tidak suka dengan baunya. Atas sebab itu, adalah sangat baik jika anda tanam pokok ini di halaman rumah anda.

8. Lavender
Mungkin agak sukar untuk menanam pokok lavender di negara seperti Malaysia namun baunya cukup tidak digemari oleh nyamuk. Pokok ini mengandungi dua zat iaitu linalool dan lynalyl asetat yang sudah cukup membuatkan nyamuk lari. Atas sebab itu ramai yang meletakkan pokok ini di tingkap atau pintu bagi menghalang nyamuk masuk ke dalam rumah.

Jika anda terlibat dengan aktiviti luar seperti mendaki, perkhemahan yang merisikokan diri daripada gangguan gigitan nyamuk, anda boleh mencuba tips ini;

1. Kulit Limau
Kulit limau dan lemon juga boleh disapu untuk mengelakkan daripada didekati serangga. Gosok kulit buah segar ke kulit yang terdedah dan ya, anda bebas daripada nyamuk. Selain itu, ia juga memberi bau yang menyenangkan, berbanding bawang.

2. Bawang Putih
Sekiranya destinasi perkhemahan atau pendakian anda dikhabarkan terdapat banyak pepijat, kami sarankan anda makan bawang putih beberapa hari sebelum itu. Makanlah seulas 2 setiap hari. Hasilnya bau badan yang anda keluarkan sewaktu berpeluh akan menghindari diri dari serangga.

3. Tepung susu
Bukan untuk masak susu dan diminum tetapi dibuat sapuan sekiranya anda sengsara akibat gigitan serangga mahupun kepanasan melampau. Caranya, campurkan sebahagian susu tepung dengan 2 bahagian air dan tambah secubit garam. Sapukan pada bahagian yang membakar atau gigitan yang memedihkan itu. Enzim dalam serbuk susu akan membantu meneutralkan racun serangga dan membantu melegakan kesakitan akibat pancaran matahari terik.

4. Bawang Merah
Menggosok sepotong bawang merah pada permukaan kulit adalah salah satu cara terbaik untuk menjauhkan nyamuk dan gigitan serangga lain. Bawalah sebiji bawang sudah memadai.

Loading...

Tags: #cegah digigit nyamuk #gigitan nyamuk #halau nyamuk #halau nyamuk dalam rumah #hindar gigitan nyamuk #nyamuk aedes #pokok halau nyamuk #tips berkhemah #tips cegah gigitan nyamuk

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Cara Rawatan Awal Gatal-gatal Pada Kulit
Gatal kulit boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk tindak balas alahan, kulit kering,
Penyakit TB : Cara Tersebar Penyakit Tuberkulosis (TB) Gejala dan Pencegahan
Tuberkulosis (TB) adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis. Penyakit ini
Vaksinasi Hepatitis B : Adakah Ia Perlu?
Vaksin hepatitis B adalah cara yang paling berkesan untuk mencegah jangkitan virus hepatitis

Comments are closed.