Solat Tahiyatul Masjid, Ini Sebab Kenapa Perlu Mengerjakannya!

Panduan Solat Tahiyatul Masjid Dan Adab Memasuki Masjid

Solat Tahiyatul Masjid

Adalah disyariatkan bagi kita sebagai umat Islam supaya mengerjakan solat Tahiyatul Masjid sebanyak dua rakaat apabila memasuki masjid sebagai tanda penghormatan kepada masjid. Ianya perlu dilaksanakan sebelum seseorang itu duduk di dalam masjid tersebut.

Masjid adalah “Rumah Allah” yang perlu dipelihara segala adab ketika memasukinya. Peliharalah hak masjid dengan menunaikan solat sunat Tahiyatul Masjid setiap kali mengunjunginya. Rasulullah s.a.w pernah ketika sedang berkhutbah, mengarahkan seorang sahabat yang masih belum solat sunat Tahayatul Masjid untuk melakukannya.

Daripada Abu Qatadah al-Sulami r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

إِذَا دَخَلَ أَحَدُكُمْ الْمَسْجِدَ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ أَنْ يَجْلِسَ

Maksudnya: Jika salah seorang di antara kalian masuk masjid, hendaklah dia rukuk (solat) dua rakaat sebelum duduk. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Sholaah, no: 444.

Solat Tahiyyatul Masjid boleh dilakukan apabila sahaja seseorang memasuki masjid walaupun ketika itu ia termasuk dalam lingkungan waktu-waktu yang dilarang untuk mengerjakan solat.

Namun begitu sekiranya pada waktu seseorang itu memasuki masjid, iqamah solat sudah pun dilaungkan maka hendaklah dia melaksanakan solat fardu tersebut tanpa perlu lagi mengerjakan solat Tahiyatul Masjid. Dalilnya adalah sebuah riwayat daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda:

إِذَا أُقِيمَتْ الصَّلاَةُ فَلاَ صَلاَةَ إِلاَّ الْمَكْتُوبَةُ.

Maksudnya: Jika iqamah solat sudah dilaungkan, tidak ada solat lagi kecuali solat wajib. – Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 710.

Apakah Hukum Mengerjakan Solat Sunat Tahiyatul Masjid?

Para ulamak berbeza pendapat tentang hukum mengerjakan solat ini. Namun, ada yang melihat dalam hadis yang menganjurkan solat Tahiyatul Masjid menunjukkan ianya wajib. Sedangkan bagi mereka yang beranggapan bahawa ianya hanyalah berhukum sunat yang dituntut melihat bahawa hadis-hadis Rasulullah s.a.w telah menetapkan bahawa solat yang fardu hanyalah solat lima waktu sahaja dan hadis-hadis tentang solat Tahiyatul Masjid hanya satu perintah yang berbentuk ibadat sunat.

Setelah membawa hujah bagi kedua-dua pendapat di atas, Syaikh Kamal al-Sayyid Salim berkata:

Salah satu hal yang menguatkan bahawa yang dimaksud dengan perintah di atas (untuk solat Tahiyatul Masjid) adalah perintah untuk suatu perkara sunat adalah hadis Abu Waqid al-Laitsi bahawa ketika Rasulullah s.a.w duduk bersama para jemaah di masjid, datanglah tiga orang lelaki, dua orang di antaranya menghadap Rasulullah dan yang satu pergi. Lalu keduanya berdiri dan salah seorang di antara keduanya ketika melihat tempat yang agak longgar dia duduk di tempat itu dan seorang lagi duduk di belakangnya, sementara orang ketiga pergi. Setelah Rasulullah s.a.w selesai, baginda bersabda:

أَلاَ أُخْبِرُكُمْ عَنْ النَّفَرِ الثَّلاَثَةِ أَمَّا أَحَدُهُمْ فَأَوَى إِلَى اللَّهِ فَآوَاهُ اللَّهُ وَأَمَّا الآخَرُ

فَاسْتَحْيَا فَاسْتَحْيَا اللَّهُ مِنْهُ وَأَمَّا الآخَرُ فَأَعْرَضَ فَأَعْرَضَ اللَّهُ عَنْهُ

Maksudnya: Mahukah kalian aku beritahu perihal ketiga orang tadi? Adapun yang pertama dia berlindung kepada Allah, maka Allah melindunginya dan yang kedua merasa malu maka Allah pun malu kepadanya. Dan yang terakhir berpaling daripada Allah maka Allah pun berpaling daripadanya. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Kitab Shahihnya, Kitab al-‘Ilm, no: 66.

Saya katakan lalu keduanya duduk dan Nabi s.a.w tidak memerintahkan keduanya untuk melakukan solat dua rakaat tersebut yakni solat Tahiyatul Masjid. – Abu Malik Kamal bin As-Sayyid Salim bertajuk Shahih Fiqh as-Sunnah, jilid 1, ms. 679.

Justeru itu dapat kita simpulkan bahawa solat Tahiyatul Masjid ini hukumnya sunat mu’akkadah. Iaitu solat sunat yang dituntut untuk mengerjakannya untuk mendapat pahala.

Jika seseorang itu telah masuk masjid dan terus duduk dengan sengaja, maka tiada lagi Solat Sunat Tahiyatul Masjid baginya. Jika duduk itu dengan terlupa ada pada dua keadaan iaitu;

  • Terlupa untuk solat dalam waktu yang sekejap kemudian ingat kembali, maka dibolehkan untuk bangun dan terus mengerjakan solat tersebut.
  • Jika terlupa dalam tempoh waktu yang panjang, kemudian teringat, tiadalah lagi dibolehkan untuk bangun dan mengerjakan solat tersebut.

Cara Mengerjakan Solat Tahiyatul Masjid

Rakaat Pertama

  1. Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat sunat Tahiyatul Masjid (“Sahaja aku menunaikan solat sunat Tahiyatul Masjid dua rakaat kerana Allah Taala”)
  2. Takbiratul Ihram
  3. Doa Iftitah
  4. Membaca surah al-Fatihah
  5. Membaca Surah al-Qur’an (Al-Kafirun)
  6. Rukuk
  7. Iktidal
  8. Sujud
  9. Duduk antara dua sujud
  10. Sujud kali kedua
  11. Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua

  • Membaca surah al-Fatihah
  • Membaca Surah al-Qur’an (Al-Ikhlas)
  • Rukuk
  • Iktidal
  • Sujud
  • Duduk untuk tahiyyat akhir
  • Memberi salam ke kanan dan ke kiri
  • Tertib

Fadhilat Mengerjakan Solat Sunat Tahiyatul Masjid

  • Memperolehi pahala yang berlipat kali ganda
  • Melatih masyarakat ke arah meningkatkan ketakwaan kepada Allah s.w.t
  • Menyuburkan perasaan menghormati segala makhluk Allah s.w.t
  • Dapat meningkatkan ketenangan jiwa dan menenangkan perasaan
  • Mendidik diri lebih berperaturan dan berdisplin
  • Dapat menjaga adab di dalam masjid dan mengelakkan diri dari melakukan perkara yang sia-sia

Carian Berkaitan

niat sembahyang tahiyatul masjid rumi
Loading...

Tags: #adab ketika memasuki masjid #adab memasuki masjid #adakah perlu solat tahiyatul masjid #Apakah Hukum Solat Sunat Tahiyatul Masjid #bacaan surah dalam solat tahiyatul masjid #bila waktu solat tahiyatul masjid #Cara Solat Tahiyatul Masjid #Fadhilat Mengerjakan Solat Sunat Tahiyatul Masjid #hukum solat tahiyatul masjid #masalah dalam solat tahiyatul masjid #niat sembahyang tahiyatul masjid rumi #niat solat sunat jumaat #niat solat sunat tahiyatul masjid #panduan dan hukum solat tahiyatul masjid #panduan solat tahiyatul masjid #solat solat sunat #solat sunat dua rakaat #solat sunat selepas azan #solat tahiyatul masjid #solat tahiyyatul masjid

Adab Serta Perkara-perkara Sunat Dalam Membaca Al-Qur’an
Al-Qur’an sebagai Kitab Suci, Wahyu Ilahi, mempunyai adab-adab tersendiri bagi orang-orang yang membacanya.
Cara Memagar Rumah Dalam Islam Beserta Doa
Berpindah ke rumah baru sama ada rumah sendiri yang dibeli ataupun rumah sewa
Wasiat! Ketahui 7 Cara Dalam Menyediakannya
Wasiat merupakan dokumen penyelesaian pusaka berbentuk arahan kepada Wasi untuk menyempurnakan segala hasrat
Adab-adab & Amalan Sunat Ketika Menziarahi Kubur
Budaya ziarah kubur adalah sesuatu yang digalakkan oleb syarak dan termasuk di dalam

Leave a reply "Solat Tahiyatul Masjid, Ini Sebab Kenapa Perlu Mengerjakannya!"