Petua Kekal Kurus Selepas Bersalin, Ramai Yang Berjaya Cuba Cara Ini!

Kekal Kurus Selepas Bersalin

Berat badan yang meningkat dan badan berisi merupakan masalah umum bagi para ibu selepas bersalin. Selepas bersalin tentunya si ibu bimbang akan bentuk tubuh badannya yang banyak berubah ketika hamil. Kalau dulu bentuk badannya kurus cantik, sekarang sudah berubah jadi badan berisi. Mana tidaknya, sembilan bulan berat badan si ibu bertambah sewaktu hamil. Tapi bila sudah bersalin, bentuk badan tidak mungkin akan jadi kembali kurus sama seperti sebelum hamil.

Yang paling ketara, selepas bersalin pasti perut akan jadi menggeleber dan kendur disebabkan otot menjadi lemah di bahagian abdomen. Jadi, bukanlah mudah untuk kembali ramping seperti sebelum mengandung. Tetapi, jangan putus asa, amalkan tips kurus dan petua kempiskan perut berikut bagi memastikan impian anda untuk kembali kelihatan kurus dan langsing seperti dahulu menjadi kenyataan.

  • Tips Kekal Kurus Selepas Bersalin
  1. Santai

Untuk kembali kurus dan tampak langsing memang memerlukan waktu. Walaupun nampak mudah, tapi ianya bukanlah sesuatu yang boleh diperoleh dalam waktu yang singkat. Tubuh si ibu telah melalui perubahan besar ketika hamil selama 9 bulan. Jadi, janganlah terlalu memaksa dan berharap untuk kembali langsing dalam tempoh yang singkat.

  1. Menyusukan anak

Ini adalah bonus buat ibu menyusu. Bukan sahaja dapat memberi anak susu yang berkhasiat, malah dalam masa yang sama boleh kurus jugak. Seorang ibu yang menyusukan bayinya dapat menghilangkan lebih banyak berat badan dengan kadar yang cepat berbanding dengan ibu yang tidak menyusukan anaknya. Ini kerana, ibu menyusu akan membakar lebih 500 kalori setiap hari.

  1. Banyakkan bergerak

Pastikan anda banyak bergerak selepas habis berpantang. Contohnya, berjalan-jalan sedikit sambil mandukung anak di luar kawasan rumah. Lakukan selama lebih kurang 30 minit dan amalkan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Ini dapat membakar kalori badan dan membuatkan badan berpeluh.

  1. Makan sedikit tetapi kerap

Hindari makan terlalu banyak dan menjaga metabolisme badan dengan cara mengambil makanan dalam sajian yang kecil tetapi kerap. Contohnya 5-6 kali sajian. Jangan tunggu lapar dahulu untuk makan, sebab nanti anda akan lagi cenderung untuk makan lebih banyak.

  1. Banyakkan pengambilan sumber protein

Gantikan daging berlemak dengan ayam atau ikan. Ikan salmon contohnya kaya dengan sumber Omega 3 telah terbukti dapat membantu menurunkan berat badan.

  1. Banyakkan serat

Pengambilan makanan yang kaya dengan serat boleh membuatkan anda kenyang dalam kadar yang lama. Makanlah makanan yang berserat larut seperti bijirin, buah-buahan segar dan sayur-sayuran. Pilih roti gandum dan nasi daripada beras merah.

  1. Kudapan yang sihat

Elakkan daripada mengambil kudapan atau makanan sampingan yang tinggi lemak dan rendah serat seperti kerepek, aiskrim dan makanan manis. Boleh gantikan dengan buah-buahan atau salad. Itu lebih berkhasiat.

  1. Banyakkan pengambilan air

Air berfungsi sama seperti minyak yang dapat melancarkan fungsi organ badan di dalam tubuh. Pastikan tubuh sentiasa dipenuhi keperluan cairan kerana ia amat penting untuk menurunkan berat badan, membantu pencernaan, dan mengurangkan nafsu makan.

  • Tips Kempiskan Perut Selepas Bersalin
  1. Berurut satu badan

Berurut memang bagus untuk melancarkan darah dalam badan anda supaya darah jadi panas. Berurut juga bagus untuk memecahkan lemak dalam perut dan selulit di seluruh badan anda.

  1. Elakkan makanan berminyak

Ibu selepas bersalin elakkan makan makanan yang berminyak. Ini adalah kerana masakan berminyak akan menggemukkan dan membuncitkan perut. Ambillah menu yang tidak digoreng, contoh menu berkuah dan direbus , menu yang dibakar dan dipanggang ataupun dikukus.

  1. Jangan makan selepas pukul 7 malam

Untuk mengelak perut buncit, jangan mengambil makanan berat selepas jam 7 malam. Makanlah sebelum pukul 7. Kalau anda rasa lapar waktu malam, makanlah biskut cream crakers dan minum air mineral suam, jangan minum air manis waktu malam jika anda berhasrat untuk kempiskan perut. Kalau anda makan waktu malam, badan cepat naik dan perut akan buncit. Ibu yang baru bersalin perutnya masih lembik dan senang untuk membuncit jika anda makan banyak dan makan pada waktu malam.

  1. Makan buah-buahan sebelum makan nasi

Satu jam sebelum makan nasi, makanlah buah-buahan keran buah-buahan lebih cepat diproses oleh perut. Jadi cara permakanan ni memang bagus untuk kesihatan juga dan mengikut sunnah nabi. Sekiranya anda makan nasi, jangan terus meminum air setelah selesai makan. Minum air sebaik-baiknya setengah jam atau 3 jam kemudian. Minumlah segelas air setengah jam sebelum makan nasi.

  1. Berbengkung

Amalkan berbengkung selalu untuk mengurangakn risiko perut masuk angin dan buncit. Jika anda makan ketika tidak berbengkung, perut akan senang naik dan membuncit.

  1. Senaman ringkas

Selepas tamat tempoh berpantang, anda bolehlah melakukan senaman ringkas jika bersalin secara normal. Caranya selepas bangun pagi, ketika masih berbaring, angkat kedua-dua kaki menghala ke atas, tahan nafas, turunkan kedua-dua kaki perlahan-lahan sehingga sampai ke tilam. Perut akan terasa sakit sikit dan ulanginya sehingga 10 kali. Kalau terasa sakit, boleh kurangkan kepada 7 atau 5 kali. Ingat, walaupun sakit, anda perlu lakukan senaman ringkas ini jika mahu mengempiskan dan memejalkan perut supaya tidak menggelebeh dan buncit.

  • Petua Tradisional Kempiskan Perut Selepas Bersalin
  1. Ambil sebiji limau nipis, diperah airnya atau sedikit air asam jawa pekat. Kemudian campurkan dengan sedikit kapur sirih. Jika dikhuatiri gatal, titiskan beberape titisan minyak mustika, kayu putih, atau minyak berangin yang lain. Memang diakui gatalnya, tetapi amat mujarab dan amat memuaskan hasi nya. Sapukan pada perut, biarkan ia sebentar sebelum memakai bengkung sepanjang waktu berpantang dan juga boleh dibalut dengan daun sireh sebelum berbengkung.
  2. Ambil sedikit cuka, garam dan kunyit, kemudian kisar semuanya. Tampal pada perut dan bengkung perut ketika dalam pantang.
  3. Ambil sedikit halia lebih kurang 3 sentimeter, limau nipis besar sebiji, sedikit air suam, secubit garam dan lada hitam lebih kurang 15 biji dikisar atau di tumbik. Adun dan tapis. Minum airnya. Lakukan sehingga mendapat hasil yang di kehendaki.
  4. Ambil ubi, daun dan batang bagi lengkuas, tumbuk halus dan tampal pada perut bertujuan membuang angin. Sekaligus untuk mengecutkan perut. Selain itu baikjuga untuk di sapukan pada badan bagi mengubati lenguh- lenguh badan atau pun sakit sendi.
  5. Ambil asam jawa lebih kurang 2 genggam. Kemudian tumbuk halus, campurkan sebiji ragi tapai. Gaulkan bersama cuka bercampur air asam jawa. Setelah ramuan digaul sebati. Sapukan pada perut serta keliling pinggang. Kemudian bengkung kuat dan ketat.
  6. Tambahkan 2 sudu minyak zaitun ke dalam masakan berminyak, bersantan, berlemak atau berkolesterol tinggi seperti kambing, lembu, kerbau, udang dan sebagai nya. Dengan kaedah ini, semua lemak akan menjadi sisa tanpa diserap ke dalam badan. Ia juga boleh menhilangkan perut buncit, lemak serta mengatasi berat badan.
  7. Bancuh sedikit asam jawa, segelas air panas dan garam. Embunkan semalaman. Keesokkan paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka.
  8. Amalkan memakan 1 biji tomato sehari yang sederhana besarnya dan tidak begitu ranum.
  9. Masakkan santan sampai menjadi minyak. Setelah sejuk, sapukan pada perut. Biarkan selama 10 minit. Lakukan setiap hari sehingga menampakkan hasilnya.
  10. Ambil beberapa biji buah delima. Kupas kulitnya dan jemur sehingga kering. Setelah kering, rebuskan ia dengan sedikit garam. Air rebusan kulit buah delima ini hendak lah di minum selalu bagi mengempiskan perut.
  11. Ambil segenggam cekur, tepung beras, asam jawa dan gula merah secukupnya. Gula pasir dan garam. Semua baham itu di tumbuk halus. Kemudian masukkan air setengah gelas. Air tersebut di tapis dan di minum. Amalkan ia selama 4 hari berturut- turut.
IMG_20171206_114610-150x150 Petua Kekal Kurus Selepas Bersalin, Ramai Yang Berjaya Cuba Cara Ini!

A. Manaf Mohammad

More Posts

Loading...

Tags: #atasi masalah perut menggelebeh selepas bersalin #cara kembali langsing selepas bersalin #kekal langsing selepas melahirkan anak #Kempiskan Perut Selepas Bersalin #petua berkesan kurus lepas bersalin #petua kempiskan perut selepas bersalin #post natal #tips dapatkan badan cantik selepas bersalin #tips kekal kurus selepas bersalin #tips mengempiskan perut selepas bersalin

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Cara Rawatan Awal Gatal-gatal Pada Kulit
Gatal kulit boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk tindak balas alahan, kulit kering,
Penyakit TB : Cara Tersebar Penyakit Tuberkulosis (TB) Gejala dan Pencegahan
Tuberkulosis (TB) adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis. Penyakit ini
Vaksinasi Hepatitis B : Adakah Ia Perlu?
Vaksin hepatitis B adalah cara yang paling berkesan untuk mencegah jangkitan virus hepatitis

Comments are closed.