Multivitamin Terbaik Semasa Mengandung

Vitamin Ibu Hamil

Multivitamin semasa mengandung
Semasa mengandung para ibu disarankan untuk mengambil asid folik tambahan kerana ianya penting untuk perkembangan bayi anda. Terpulang kepada anda sama ada hendak mengambilnya sebagai suplemen tambahan atau sebahagian daripada multivitamin kehamilan.

Selain mengambil asid folik, adalah penting bagi anda untuk mengamalkan diet yang seimbang. Ini akan memberi anda vitamin dan mineral tambahan yang anda dan bayi anda perlukan.

Jika anda mengalami loya dan muntah-muntah, sudah pasti pengambilan nutrien yang lengkap akan tergendala. Sebagai ganti adalah penting para ibu mengandung mengambil multivitamin kerana ia mengandungi kesemua nutrien yang biasanya boleh diperolehi daripada diet yang sihat.

Multivitamin ini adalah pengganti sementara yang mudah sehingga loya dan muntah-muntah anda hilang. Anda boleh mendapatkan nasihat doktor berkenaan sebarang vitamin dan mineral sebagai suplemen tambahan anda.

Kadar asid folik yang diperlukan semasa ibu mengandung
Dos asid folik yang disyorkan ialah 400 mikrogram (mcg) setiap hari dalam tempoh 12 minggu pertama kehamilan. Pengambilan asid folik boleh mengurangkan risiko bayi mengalami kecacatan pada tulang belakang yang boleh mengakibatkan spina bifida.

Kepentingan mengambil zat besi tambahan
Zat besi sangat penting semasa hamil kerana ia membantu darah anda membawa oksigen ke seluruh badan anda. Dan jumlah darah yang ada dalam badan anda sentiasa meningkat untuk menyokong bayi anda yang sedang membesar.

Hampir kesemua multivitamin kehamilan mengandungi zat besi. Walau bagaimanapun, anda tidak perlu mengambil zat besi berasingan kecuali jika mendapat nasihat doktor.

Dalam masa itu, doktor akan menjalankan ujian darah semasa kehamilan untuk memastikan badan anda mendapat zat besi yang mencukupi. Jika doktor mendapati kandungan zat besi anda terlalu rendah (anemia), doktor akan mengesyorkan ada mengambil suplemen zat besi.

Jika doktor berpendapat tahap zat besi anda mencukupi, mengambil zat besi tambahan barang kali tidak mendatangkan faedah kepada kesihatan anda mahupun bayi. Terlalu banyak zat besi boleh menyebabkan kesan sampingan seperti mengalami sembelit dan sakit perut.

Anda seharusnya memperolehi zat besi yang diperlukan dengan memakan makanan semulajadi yang kaya dengan zat besi seperti daging, kekacang, sayur-sayuran hijau dan bijirin yang diperkayakan dengan zat besi.

Elakkan pengambilan jenis vitamin dan mineral tertentu
Ibu mengandung harus mengelak daripada mengambil retinol, iaitu vitamin A daripada sumber haiwan kerana ia boleh menjadi racun kepada bayi dalam kandungan jika diambil pada dos tinggi. Pembelian multivitamin umum, berbanding multivitamin yang khusus bagi wanita hamil mungkin mengandungi retinol.

Untuk pengetahuan anda, multivitamin kehamilan biasanya tidak mengandungi vitamin A langsung. Tetapi jika ada sekalipun, ia adalah daripada jenis yang diperolehi daripada tumbuh-tumbuhan (beta-karotina) yang selamat untuk bayi anda.

Pastikan anda membaca label pada bekas multivitamin dan memahami kandungannya terlebih dahulu sebelum membeli. Jika anda tidak pasti apa yang hendak dibeli, atau anda tidak suka akan multivitamin yang anda sedang ambil sekarang, mintalah nasihat ahli farmasi, atau periksa dengan doktor anda. Elakkan daripada mengambil dos secara berlebihan dan patuhi dos yang disyorkan.

logo-150x150 Multivitamin Terbaik Semasa Mengandung

Encik Shino

More Posts - Website

Follow Me:
facebook Multivitamin Terbaik Semasa Mengandung

Loading...

Tags: #amalan pemakanan ibu mengandung #bayi sihat dalam kandungan ibu #cara jaga kandungan ibu #cara nak bayi kandungan sihat #ibu mengandung #makanan tambahan ibu mengandung #Multivitamin semasa mengandung #Multivitamin Terbaik Semasa Mengandung #nutrien ibu hamil semasa loya muntah #vitamin bagus ibu hamil #vitamin dilarang semasa mengandung #vitamin tambahan ibu mengandung #vitamin yang perlu dielakkan semasa hamil

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Cara Rawatan Awal Gatal-gatal Pada Kulit
Gatal kulit boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk tindak balas alahan, kulit kering,
Penyakit TB : Cara Tersebar Penyakit Tuberkulosis (TB) Gejala dan Pencegahan
Tuberkulosis (TB) adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis. Penyakit ini
Vaksinasi Hepatitis B : Adakah Ia Perlu?
Vaksin hepatitis B adalah cara yang paling berkesan untuk mencegah jangkitan virus hepatitis

Leave a reply "Multivitamin Terbaik Semasa Mengandung"