Masalah Cepat Pancut! Ini Cara Supaya Tahan Lama Ketika ‘Bersama’

Masalah Cepat Pancut! Ini Cara Supaya Tahan Lama Ketika 'Bersama'

Masalah ejakulasi pramatang terjadi apabila seseorang lelaki mengalami rangsangan dan ejakulasi terlalu awal (sebelum atau ketika dia atau pasangan belum sempat menikmati seks). Terdapat dua jenis masalah ejakulasi pramatang, iaitu:

  • Ejakulasi pramatang sepanjang hayat (utama)
  • Ejakulasi pramatang baru (sekunder)

Punca ejakulasi pramatang

Ejakulasi pramatang sepanjang hayat bermula sejak awal, biasanya ketika remaja. Ia mungkin disebabkan oleh masalah psikologi atau tabiat tidak sihat seperti sering melakukan onani. Manakala masalah ejakulasi baru biasanya tercetus akibat masalah psikologi (tekanan) atau kerana masalah fizikal (seperti penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi).

Masalah ini juga boleh disebabkan keadaan kulit kemaluan yang terlalu sensitif, refleks hiperaktif, rangsangan melampau, atau jarang melakukan hubungan intim. Selain itu, doktor juga menjelaskan antara faktor lain yang mengakibatkan masalah ejakulasi pramatang adalah genetik, ketakutan, rasa bersalah, bimbang tentang prestasi, keradangan/jangkitan di prostat atau uretra dan lain-lain.

Rawatan

Ada pelbagai bentuk rawatan yang boleh diberi kepada lelaki yang mempunyai masalah ejakulasi pra matang. Ini termasuk terapi seksual, ubatan dan psikoterapi. Ada beberapa langkah mudah yang boleh diambil sebagai langkah permulaan untuk merawat masalah ini. Ini termasuk melakukan masturbasi beberapa jam sebelum hubungan seks. Ini boleh membantu memanjangkan tempoh penetrasi.

Selain itu, ada teknik di mana apabila seseorang hampir sampai ke tahap ejakulasi, stimulasi seksual perlu dihentikan dan tumpuan perlu dialihkan ke tempat lain. Teknik seperti squeeze technique dan teknik start-stop boleh dipelajari tetapi memerlukan masa dan komitmen dari pasangan.

Ubatan

Ubatan dari jenis antidepressants (Selective Serotonin Reuptake Inhibitors) digunakan untuk merawat masalah ejakulasi pra matang. Ini kerana salah satu dari kesan sampingan ubat SSRI ini adalah pemanjangan tempoh untuk ejakulasi.

Contoh ubatan yang boleh digunakan adalah sertaline (Zoloft); paroxetine (Paxil); fluoxetine (Prozac) dan yang terbaru ialah Dapoxetine (Priligy). Bagaimanapun, ubat- ubatan ini mempunyai kesan sampingan seperti loya, mengantuk dan kering mulut. Ubat-ubatan ini adalah ubat kawalan dan hanya boleh diperoleh selepas berjumpa dengan pakar urologi atau pakar psikiatri.

Selain itu, krim yang mengandungi bahan untuk memberi kesan kebas (topical anaesthetic cream) juga boleh digunakan untuk merawat masalah ini. Konsep krim ini adalah untuk menimbulkan rasa kebas di bahagian kepala zakar. Krim ini berkesan terutama bagi mereka yang mempunyai kepala zakar yang sensitif .Krim ini perlu disapu di kepala zakar beberapa minit sebelum hubungan seksual dan perlu dibasuh terlebih dulu sebelum penetrasi. Jika memakai kondom, krim ini boleh diletakkan dalam kondom.

Ada sesetengah lelaki yang merasakan apabila krim ini digunakan, kenikmatan hubungan seksual berkurangan. Ada juga yang mengalami alahan kepada krim ini. Krim ini boleh didapati di farmasi. Jenis yang sering digunakan ialah lignocaine gel atau SS cream.

Kaedah dan cara mengatasi ejakulasi pramatang

  1. Kaedah Start-Stop

Kaedah Start-stop melibatkan pasangan untuk merangsang zakar lelaki, cuma apabila lelaki mengarahkan untuk menghentikan ransangan, pasangan perlu berhenti merangsang zakar sebelum merasakan pancutan ingin terjadi. Kemudian apabila lelaki merasakan dia mendapat semula kawalan, lelaki mengarahkan pasangan untuk mula merangsang zakar sekali lagi dan sekali lagi, kemudian berhenti, dan sebagainya.

Prosedur ini harus diulang oleh pasangan sebanyak tiga kali sebelum membenarkan lelaki untuk ejakulasi pada kali keempat. Pasangan perlu mengulang senaman zakar ini sekurang-kurangnya tiga kali seminggu, sehingga lelaki itu mendapati dia boleh mengawal ejakulasi pramatang. Terapi kaunseling melibatkan pesakit yang menggunakan kaedah start-stop ini melaporkan keadah ini berjaya merawat pancutan pramatang dalam kadar 60 peratus.

  1. Teknik berhenti secara tiba-tiba

Teknik ini boleh dilakukan apabila lelaki mula menghampiri ejakulasi. Caranya, apabila lelaki merasa akan ejakulasi, hentikan semua gerakan. Bila perlu, keluarkan zakar dan jauhkan dari faraj pasangan. Jika ini dilakukan, maka tubuh akan mengalami anti klimaks dan lelaki boleh mula permainan ini dari awal. Lakukan beberapa kali sehingga pasangan mengalami orgasme terlebih dahulu.

  1. Ramas zakar

Cara ini sedikit extreme. Tetapi cara ini juga terbukti mampu mengatasi malasah pancutan awal. Caranya, apabila lelaki  hampir ejakulasi, keluarkan zakar dan ramas bahagian pangkal kepalanya. Jangan meramasnya terlalu kuat. Pastikan saja bahawa ramasan itu cukup untuk menunda pancutan.

  1. Gunakan kondom

Selain menjadikan seks anda lebih sihat, menggunakan kondom juga berguna dalam mengatasi ejakulasi pramatang. Menggunakan kondom dapat mengurangkan sensitiviti dan sensasi geli yang boleh menyebabkan lelaki ejakulasi lebih cepat. Sehingga lelaki dapat menikmati seks lebih lama tanpa kuatir mengalami pancutan awal.

 

Rujukan :
http://bestoneoffour.com
http://e-kesihatanmalaysia.blogspot.my
Loading...

Tags: #atasi cepat pancut #cara main supaya tahan lama #cara main tahan lama #cara mengatasi ejakulasi pramatang #cara mengelak pancutan awal #cara menunda ejakulasi pramatang #cara nak tahan lama bersama #cepat pancut #contoh cara bersetubuh biar tahan lama #ejakulasi pramatang #kesan ubat kuat lelaki #lelaki cepat pancut #masalah cepat pancut ketika seks #petua tahan lama #punca ejakulasi pramatang #rawatan ejakulasi pramatang #tahan lama bersetubuh #tahan lama di ranjang tanpa obat #tahan lama ketika bersetubuh #tahan pancut #tak puas bersama #teknik tahan lama ketika bersama #terpancut awal #Tips Mengelak Pancut Awal #ubat ejakulasi pramatang #ubat tahan lama di farmasi

Bekam. Fahami Dengan Jelas Apakah Manfaat Rawatan Ini!
Apa Itu Rawatan Bekam? Bekam atau ‘al-Hijamah’ adalah salah satu rawatan perubatan Islam
Benarkah Kulit Bawang Mempunyai Manfaat Kesihatan?
Seringkali kita terbaca tentang kegunaan kulit bawang yang pelbagai. Bukan sahaja digunakan sebagai
Contoh Format Resume Memohon Kerja Terbaik Dan Lengkap
Apa itu resume? Resume adalah satu dokumen ringkas namun padat yang menggambarkan profil diri,
Cara Melatih Anak Supaya Solat 5 Waktu
Untuk mengajarkan anak kecil solat memang amanah yang sukar. Apatah lagi untuk solat

Comments are closed.