Kesan Buruk Dan Bahaya Onani Kepada Lelaki! Jangan Terkejut Kacau Baca!

Kesan Buruk Dan Bahaya Onani Kepada Lelaki! Jangan Terkejut Kacau Baca!

Onani merujuk kepada perlakuan seseorang mengeluarkan air mani dengan sengaja (bukan bersama pasangan) atas dasar inginkan kepuasan seksual semata-mata. Masalah ketagihan video lucah selalunya berkait dengan masalah ketagihan onani. Ketagihan onani ini juga mungkin menjadi penyebab mengapa mereka yang ketagih video lucah sukar untuk tinggalkan tabiat itu.

Menurut Pakar Kesihatan Lelaki, Dr Ismail Thambi, onani akan memberikan kesan buruk jangka masa panjang jika onani diamalkan dengan kerap. Masalah onani membabitkan semua peringkat usia dengan sebahagian besarnya remaja dan bujang, tetapi golongan berkahwin turut tidak ketinggalan dengan amalan ini, malah ada yang menyifatkan berasa lebih puas dengan beronani.

Anda boleh bayangkan tekanan yang diberi kepada anggota sulit dan sistem syahwat apabila beronani. Mungkin terlintas di fikiran anda adakah normal untuk seseorang onani atau melancap? Jawapan ringkasnya ialah tidak normal.

Perbuatan onani perlu dipandang serius oleh semua golongan. Kerana ia melibatkan nafsu syahwat dan membahayakan kesihatan diri sendiri. Sudah menjadi tanggungjawab kita untuk mengetahui apakah keburukan di sebalik onani yang hanya memberi kepuasan sementara ini.

Berikut merupakan beberapa kesan buruk onani kepada lelaki :

  • Menyebabkan diri jadi lemah

Hal ini demikian kerana air mani seseorang lelaki mengandungi protein, kalsium, zink, tenaga dan zat mineral lain . Cuba anda fikirkan, air mani lelaki mengandungi jutaan sperma yang akan terlibat dalam proses reproduksi. Jadi adakah air mani itu mengandungi elemen-elemen penting?

  • Mati pucuk

Onani merupakan salah satu penyebab besar mengapa seseorang lelaki mati pucuk atau erectile dysfunction. Onani telah menyebabkan daya sensitiviti alat kelamin seseorang lelaki itu terganggu. Bilangan sperma juga berkurang disebabkan onani.

  • Melemahkan zakar

Apabila melakukan persetubuhan dengan isteri, pancutan air mani akan berlaku bukan dalam masa yang betul. Pendek kata, cepat pancut.

  • Pancut awal

Disebabkan onani memaksa air mani dikeluarkan dengan cepat, ia juga menjadi penyebab mengapa ramai lelaki yang berhadapan dengan masalah ejakulasi pramatang. Atau ‘hubungan’ antara pasangan yang terlalu sekejap. Apabila pancutan berlaku bukan pada masanya, isteri tidak akan mencapai tahap klimaks. Ini menyebabkan si isteri kecewa dan tidak mencapai nikmat klimaks.

  • Stress dan tekanan

Kesan buruk onani yang seterusnya adalah menyebabkan stress dan tekanan kepada minda dan juga organ seksual. Bayangkan anda memaksa kepuasan seksual dengan cara ‘pantas’ sedangkan naluri seorang manusia berkehendak kenikmatan seksual daripada pasangan dengan nilai kasih sayang. Mereka yang beronani lebih kepada pentingkan diri dan menafikan kehendak sebenar diri mereka sebagai seorang manusia normal. Tekanan daripada minda berpunca dari perasaan serba salah disebabkan onani.

  • Menyebabkan lemah daya fikir dan lemah daya ingatan

Kerap beronani akan menyebabkan sukar menerima pelajaran, apatah lagi menghafal sesuatu perkara.

  • Menyebabkan keletihan

Oleh sebab proses pancutan air mani melibatkan juga proses pembakaran kalori yang memerlukan tenaga yang banyak, onani akan menyebabkan keletihan pada badan. Justeru, tidak hairanlah sekiranya pengamal onani selalunya tidak bermaya kerana keletihan

  • Pembaziran air mani

Air mani tidak dipancutkan di tempat yang hak. Sebaliknya dibuang begitu sahaja tanpa memanfaatkan air mani tersebut.

  • Keguguran rambut dan kebotakan

Ketidak seimbangan hormon akan terjadi apabila terlalu kerap melalukan onani menyebabkan keguguran rambut. Jika tidak diatasi, lama-kelamaan akan membawa kepada kebotakan atau penipisan rambut.

  • Kanser Prostat

Hasil daripada penyelidikan yang dilakukan oleh penyelidik dari Universiti Nottingham menyatakan, lelaki yang sering melakulan onani di usia 20-30 tahun, lebih berisiko terkena kanser prostat. Para penyelidik itu melakukan survey terhadap 800 lelaki, dan mendapati bahwa 50% daripada mereka menderita kanser prostat.

  • Sakit punggung dan celah kangkang

Ketegangan otot semasa mengalami orgasme boleh menyebabkan permulaan kesakitan otot, terutama di kawasan punggung dan celah kangkang.

  • Kebocoran penutup air mani

Onani yang terlalu kerap akan mengganggu saraf seperti gangguan pada kemampuan saluran air mani untuk membuka dan menutup pada waktu yang tepat. Akibatnya sperma dan air mani tidak hanya keluar saat ereksi, lendir-lendir tersebut boleh juga keluar meleleh seperti hingus sekalipun zakar tidak menegang.

“Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman. (yakni) Orang-orang yang khusyu’ dalam solatnya. Dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna. Dan orang-orang yang menunaikan zakat. Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya” (Surah al-Mukminun:1-5)

Loading...

Tags: #akibat kerap beronani #bahaya onani #kanser prostat #keburukan melancap #keburukan onani #kenapa melancap #Kesan buruk onani kepada lelaki #kesan jangka masa panjang akibat onani #kesan negative onani #kesan onani #lelaki suka melancap #Lemah tenaga batin #mati pucuk #melancap #onani #onani menyebabkan mati pucuk #risiko mendapat penyakit ini jika kerap beronani #sebab lemah daya fikir dan lemah daya ingatan

13 Penyakit Ini Bakal Anda Hadapi Jika Sering Mengalami Stres Dan Tekanan Emosi
Sebagai seorang manusia biasa, kita memang tidak dapat terhindar daripada masalah dan ujian.
Tanda Anda Mengalami Stres, Tekanan Emosi Dan Cara Mengatasinya
Hidup ini ada kalanya memang menyesakkan. Bagi sesetangah orang, banyak masa dalam kehidupan
Bekam. Fahami Dengan Jelas Apakah Manfaat Rawatan Ini!
Apa Itu Rawatan Bekam? Bekam atau ‘al-Hijamah’ adalah salah satu rawatan perubatan Islam
Benarkah Kulit Bawang Mempunyai Manfaat Kesihatan?
Seringkali kita terbaca tentang kegunaan kulit bawang yang pelbagai. Bukan sahaja digunakan sebagai

Leave a reply "Kesan Buruk Dan Bahaya Onani Kepada Lelaki! Jangan Terkejut Kacau Baca!"