Makanan Terbaik Dinyatakan Dalam Al-Quran & Hadith Ini Memberi Manfaat Kepada Tubuh Badan. Subhanallah!

Makanan Terbaik Dinyatakan Dalam Al Quran & Hadith

Dalam Al-Quran terdapat beberapa makanan dan minuman disebutkan langsung oleh Allah dan disebut sebagai makanan yang baik dan halal, bahkan antaranya juga disebut sebagai makanan dan minuman yang kelak ada di syurga yang dihidangkan pada orang-orang beriman. Begitu juga di dalam hadith Nabi, beberapa makanan dan minuman disebut memberikan manfaat bagi kesihatan tubuh manusia. Bagaimanapun, Al-Quran dan hadith adalah pedoman hidup bagi orang Islam, dan meyakini kebenarannya adalah tanda wujudnya iman seseorang muslim. Allah berfirman :

“Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu, maka tidaklah ia berdosa), sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah An-Nahl, ayat 115)

“Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya.” (Surah Al-Baqarah : ayat 172)

Makanan-makanan berkhasiat yang disebut dalam Al-Quran dan Hadith

  1. Buah Kurma

Kata tamr atau kurma banyak kita jumpai di dalam Al-Quran, antaranya dalam surah Maryam, ayat 23 dan 25.

“Dan goyangkanlah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, niscaya (pohon) itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu” (Surah Maryam, ayat 25).

Kurma memiliki banyak manfaat bagi tubuh kita, antaranya adalah mengandung potasium yang tinggi yang dapat bermanfaat untuk mengendalikan tekanan darah,sehingga dapat mencegah darah tinggi dan stroke. Selain itu, kurma juga mengandungi pelbagai mineral yang dapat mengoptimalkan kandungan elektrolit dalam cairan tubuh serta menambah tenaga, sehingga sangat baik bila dimakan oleh orang yang berpuasa.

Kurma juga dapat menurunkan kadar kolestrol, penawar sakit kepala dan selsema,meningkatkan trombosit pada penderita demam berdarah, mencegah anemia dan lesu darah,kandungan vitamin A nya sangat baik untuk mata dan berguna bagi ibu-ibu yang berumahtangga mahupun ibu hamil, berpantang dan menyusu.

Kurma adalah salah satu buah yang terdapat di syurga. Hal ini dijelaskan Allah dalam surah ar-Rahman ayat 68 yang bermaksud :

”Di dalam kedua syurga itu ada buah-buahan, kurma dan delima.” (Surah ar-Rahman, ayat 68)

Ayat-ayat yang lain di dalam Al-Qur’an yang juga menyebutkan buah kurma ini antaranya :

  • Surah al-Baqarah : ayat 266
  • Surah ah-Nahl : ayat 11 dan 67
  • Surah al-An’am : ayat 141
  • Surah asy-Syu’ara’ : ayat 148

“Sesiapa makan 7 biji kurma ajwa setiap pagi maka terpeliharalah dia pada hari itu dari racun atau sihir.” [Hadith riwayat Ahmad, Bukhari, Muslim, Abu Daud dan lain-lain, dari Sa’ad ibnu Abi Waqqas)

Imam Ibnu Qoyyim mengatakan :

“Tentang khasiat 7 biji maka itu merupakan ukurannya dan ketentuan dari Allah SWT, sebagaimana Allah ciptakan langit yang 7, bumi yang 7, hari yang 7, kesempurnaan ciptaan manusia dalam 7 tahap, penetapan tawaf 7 kali, sa’i antara Safa dan Marwah 7 kali, melempar jamrah 7 kali masing-masing dan sebagainya. Maka tidak perlu diragukan bahawa bilangan 7 ini mempunyai khasiat yang tersendiri.” (Pengubatan cara Nabi SAW)

  1. Buah Zaitun

Zaitun

Buah zaitun atau nama botaninya dikenali sebagai olea europea ditanam di kawasan Meditranean tetapi tempat penanaman yang paling utama ialah Sepanyol, Turki, Itali, Tunisia dan Morocco. Dalam surah an-Nahl ayat 11, Allah berfirman :

“Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanam-tanaman; zaitun, kurma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan.” (Surah an-Nahl, ayat 11)

“Dan berminyaklah dengan zaitun kerana ia berasal dari pohon yang diberkati.” (Hadith riawayat Tirmidzi)

Kata zaitun di dalam Al-Quran juga terdapat pada Surah At-Tîn ayat 2, surah ‘Abasa ayat 29, dan surah al-Mu’minun ayat 20. Khasiat zaitun sangat banyak, mulai dari daunnya, buahnya bahkan minyaknya. Antara manfaat zaitun adalah

  • menghaluskan kulit,anti jerawat,mencerahkan kulit
  • Mencegah obesiti dan osteoporosis kerana minyak zaitun bebas lemak, mencegah penuaan, menurunkan kolestrol dan sebagainya.
  • Menjaga kesihatan usus. Buah zaitun hitam memiliki kandungan zat senyawa yang bernama oleuropein aglycone, kandungan tersebut sangat berkhasiat dalam menjaga kesihatan usus.
  • Mampu mencegah risiko kerosakan pada jaringan usus besar yang berpunca dari gejala iskemia.
  • Kandungan minyak yang dimiliki buah zaitun dapat menyihatkan rambut dan juga kulit kepala.
  • Minyak zaitun dapat membantu melembabkan kulit kaki yang kering sehingga kulit kaki akan tampak mulus dan halus.
  • Minyak buah zaitun bermanfaat untuk melembabkan kulit bibir yang kering, sehingga kulit bibir akan tampak lembut dan terhindar dari bibir pecah-pecah.
  • Minyak zaitun sangat efektif dalam melembutkan kulit wajah dan tubuh.
  • Kandungan antioksidan yang dimiliki buah zaitun hitam berkhasiat untuk menangkal serangan radikal bebas, sehingga dapat memperlambat pertumbuhan sel kanser di dalam tubuh.
  • Kandungan kalium di dalam minyak buah zaitun sangat berkhasiat untuk menurunkan tekanan darah tinggi, sehingga dapat mencegah risiko terkena serangan jantung dan juga stroke.
  • Pengambilan buah zaitun setiap hari dipercayai dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh.
  1. Buah Tin

Buah Tin Segar

Al Quran hanya menyebutkan sekali dan di satu tempat saja, iaitu dalam surah at-Tiin ayat 1.

“Demi buah tiin dan zaitun. Dan demi bukit Sinai.” (Surah at-Tiin, ayat 1 – 2)

Buah tin adalah buah yang banyak hidup di daerah Syam atau Damsyik (Syria). Buah ini mengandungi omega 3 dan omega 6, iaitu sejenis lemak yang berfungsi untuk mencegah penyakit jantung. Kandungan antioksidan yang ada di dalam buah tiin dapat menghalangi karsinogen penyebab penyakit kanser, sehingga buah tiin adalah buah anti kanser. Buah tiin juga mengandungi kadar lemak rendah, sodium rendah bebas kolestrol, sehingga sangat baik dikonsumsi bagi penderita penyakit diabetes atau gula. Selain itu tiin juga sangat bermanfaat bagi penderita penyakit asma. Manfaat dari buah tin adalah sebagai berikut :

  • Untuk mengubati susah buang air besar
  • Untuk mengubati penyakit usus atau kembung
  • Untuk mengubati luka dan bisul
  • Untuk mengubati haid yang tidak teratur
  • Untuk mengubati batuk dan menyembuhkan radang pada gusi
  1. Madu

Madu

Sebagaimana firman Allah SWT dalam Al-Quran dalam surah an-Nahl ayat 69 :

“Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan.” [Surah an-Nahl, ayat 69]

 “Hendaknya kamu menggunakan dua macam penawar; madu dan al Qur’an.” (Hadith riwayat Ibnu Majah dan al Hakim dalam Sahihnya)

Berikut adalah antara khasiat madu sebagai ubat bagi manusia :

  • Mengurangi gejala alergi dan asma
  • Mencegah bakteria
  • Menurunkan berat badan
  • Sebagai penawar batuk dan sakit kepala
  • Menjaga fungsi saluran pencernaan
  • Memberi tenaga tambahan
  • Meningkatkan sistem kekebalan tubuh
  • Mengatasi insomnia
  • Memelihara kondisi rambut
  1. Susu (Laban)

Susu Laban

Dalam Al Quran, susu disebutkan dalam 2 Surat an-Nahl dan al-Mu’minun :

“Dan sesungguhnya pada binatang ternak itu benar-benar terdapat pelajaran bagi kamu. Kami memberimu minum dari pada apa yang berada dalam perutnya (berupa) susu yang bersih antara tahi dan darah, yang mudah ditelan bagi orang-orang yang meminumnya” (surah an-Nahl, ayat 66)

“Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak, benar-benar terdapat pelajaran yang penting bagi kamu, Kami memberi minum kamu dari air susu yang ada dalam perutnya, dan (juga) pada binatang-binatang ternak itu terdapat faedah yang banyak untuk kamu, dan sebagian daripadanya kamu makan”(Surah al-Mu’minum, ayat 21)

Rasulullah SAW juga bersabda :

“Tidak ada satu pun makanan atau minuman yang dapat menghilangkan lapar dan dahaga sebaik susu.” (Hadith riwayat  At-Tarmudzi dan Abu Dawud. Hadith hasan, dari Ibnu ‘Abbas)

Manfaat minum susu bagi kesehatan manusia :

  • Melancarkan pencernaan bagi yang sulit membuang air besar.
  • Mengatasi masalah darah rendah.
  • Menghindari mereka yang sering mudah lelah.
  • Mengatasi insomnia
  • Meningkatkan energi pada bahagian tubuh yang semakin hari semakin lemah.
  • Mempercepat pertumbuhan kerana banyak mengandung nutrisi yang baik.
  • Memperkuat tulang-tulang yang rapuh dan mencegah osteoporosis.
  1. Anggur (‘Inab)

Anggur

“Kemudian, Kami tumbuhkan untuk kamu dengan air itu, kebun-kebun tamar (kurma) dan anggur. Kamu beroleh dalam kebun-kebun itu (berbagai jenis lagi) buah-buahan yang banyak, dan dari kebun-kebun itulah kamu beroleh rezeki penghidupan kamu.” (Surah al-Mu’minun, ayat 19)

Anggur mengandungi zat besi dan gula yang sangat bermanfaat untuk meningkatkan produksi darah, bermanfaat bagi para penderita lever, berguna untuk ginjal serta pencernaan. Anggur merangsang berfungsinya ginjal dengan mengeluarkan air yang berlebihan dari tubuh melalui air kencing. Dengan demikian anggur juga menurunkan tekanan darah. Selain itu, anggur juga berkhasiat untuk ubat bronchitis, batuk, menguatkan jantung dan sangat baik untuk kulit.

  1. Delima (Rummaan)

Delima

Firman Allah dalam surah ar-Rahman dan surah al-An’am :

“Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima,” (Surah ar-Rahman, ayat 68)

“Dan Dia lah (Allah) yang menjadikan (untuk kamu) kebun-kebun yang menjalar tanamannya dan yang tidak menjalar; dan pohon-pohon tamar (kurma) dan tanaman-tanaman yang berlainan (bentuk, rupa dan) rasanya; dan buah zaiton dan delima, yang bersamaan (warnanya atau daunnya) dan tidak bersamaan (rasanya). Makanlah dari buahnya ketika ia berbuah, dan keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari memetik atau menuainya; dan janganlah kamu melampau (pada apa-apa jua yang kamu makan atau belanjakan); sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampau.” (Surah al-An’aam, ayat 141)

“Buah delima dan kulitnya dapat menguatkan penghadaman (perut)”. (Hadith riwayat Abu Nu’aim dan Al-Jauzi, dari Ali bin Abi Thalib)

Manisnya buah delima itu bersifat panas dan lembab, bagus untuk perut dan juga untuk menguatkannya kerana mempunyai daya cengkeram yang lembut, bermanfaat juga untuk dada, kepala dan paru-paru. Boleh merawat batuk, menambah pengeluaran mani dan membangkitkan seks. Tapi delima tidak bagus untuk orang yang demam.

  1. Jintan Hitam (Habbatus Saudaa’)

Habatul Saudah

Rasulullah SAW bersabda :

“Sesungguhnya di dalam habbatus sauda’ terdapat penyembuh bagi segala macam penyakit kecuali kematian.” [Hadith riwayat Bukhari dan Muslim, lafaznya Muslim, dari Abu Hurairah r.a)

Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah berkata :

“Jintan hitam memiliki banyak sekali khasiat. Erti dari sabda Nabi, “Penawar segala jenis penyakit”, seperti firman Allah, “Menghancurkan segala sesuatu dengan perintah Rabb-nya.”

Biji hitam ini mempunyai sifat panas dan kering tahap ketiga. Boleh menghilangkan angin di perut, mengeluarkan cacing, ubat untuk Lepra, Malaria, membuka yang tersumbat dan mengeringkan kelembapan di perut, melancarkan air kencing dan haid. Lemaknya untuk menghindari sengatan ular berbisa, merawat selsema dan sesak nafas serta boleh untuk berkumur dan merawat sakit gigi.

  1. Air Zam Zam

Dari Abu Dzar r.a, Rasulullah SAW bersabda :

“Air zam-zam itu penuh berkah. Ia makanan yang mengenyangkan (dan ubat bagi penyakit).” (Hadith riwayat Muslim IV/1922, yang terdapat di dalam kurungan adalah menurut riwayat al-Bazzar, al-Baihaqi dan ath-Thabari dan sanadnya sahih)

  1. Labu (Yaqthin)

Labu

Labu adalah antara sayur-sayuran yang disebutkan oleh nabi Muhammad SAW. Hadith dari Bukhari menyebut bahawa Anas Ibn Malik berkata :

“Seorang tukang jahit telah mengundang Rasulullah SAW untuk makan apa yang dia telah sediakan, dan saya pergi bersama-sama dengan Rasulullah SAW. Tukang jahit itu menghidangkan roti gandum serta kuah berisi labu dan daging awet. Saya melihat Nabi Muhammad SAW memilih kepingan labu dari seluruh hidangan, dan sejak itu saya telah terus sukakan labu.”

“Dan Kami tumbuhkan (untuk melindunginya) sebatang pokok yang berdaun lebar (labu).” (Surah as-Shaaffat, ayat 146)

Labu bersifat dingin dan lembab, rendah kalori, mudah meninggalkan perut sekalipun belum hancur sebelum dicerna. Antara khasiatnya adalah :

  • Menghasilkan campuran yang baik. Jika dimakan dengan biji sawi, menimbulkan rasa sedikit pedas.
  • Lembut dan mengandungi banyak air, baik untuk orang yang suhu badannya panas dan tidak sesuai untuk orang yang suhu badannya rendah dan dingin.
  • Merawat panas, demam dan pening kepala.
  • Jika direbus dan airnya diminum dengan campuran madu, boleh menghasilkan banyak cairan tubuh.
  • Labu merupakan makanan yang paling lembut, empuk dan cepat reaksinya.
  1. Mentimun

“Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: “Wahai Musa, kami tidak sabar (sudah jemu) dengan makanan yang semacam sahaja; maka pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya dikeluarkan bagi kami sebahagian dari apa yang tumbuh di bumi; dari sayur-sayurannya, dan mentimunnya, dan bawang putihnya, dan adas (kacang dalnya), serta bawang merahnya ……. ” (Surah al-Baqarah, ayat 61)

“Saya melihat Rasulullah SAW makan kurma segar dengan mentimun.” (Hadith riwayat Bukhari)

Kemudian dikuatkan manfaatnya dalam hadith lain :

“Yang panas dihancurkan dengan yang dingin, dan yang dingin dihancurkan dengan yang panas.” (Hadith riwayat Abu Dawud)

Secara umum dapat dikatakan, bahawa yang satu (kurma segar) adalah panas dan satunya lagi (mentimun) adalah dingin. Yang satu menghilangkan kesan negatif yang lainnya hingga kedua-duanya menjadi seimbang. Ini merupakan asas segala macam penyembuhan dan asas dalam menjaga kesihatan. Bahkan semua ilmu kedoktoran berpijak kepada asas pengubatan ini. (Imam Ibnu Qayyim – Zaadul Ma’ad, Perubatan ala Nabi)

  1. Makan buah terlebih dahulu sebelum makan daging

Kenyataan al-Quran menyebut buah-buahan terlebih dahulu sebelum daging, dalam rujukan luar biasa untuk erti yang sebelumnya apabila menangani keadaan orang yang beriman dalam syurga;

“Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih. Serta daging burung (ayam) dari jenis-jenis yang mereka ingini.” (Surah al-Waqi’ah, ayat 20 – 21)

Memakan buah-buahan sebelum memakan makanan asasi sangat bermanfaat kerana buah-buahan mengandungi gula rendah kalori yang mudah dicerna dan diserap. Ia membolehkan usus kita mampu menyerap gula ini dalam masa yang singkat berbanding dengan mereka yang memakan makanan tanpa dimulakan dengan buah-buahan terlebih dahulu. Usus memerlukan kira-kira 3 jam untuk menyerap gula.

  1. Pisang (Mauz)

Pisang

“Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri. Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya.” (Surah al-Waqi’ah, ayat 28 – 29)

  1. Makanan Laut

“Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut, dan makanan yang didapati dari laut, sebagai bekalan bagi kamu (untuk dinikmati kelazatannya) dan juga bagi orang-orang yang dalam pelayaran; tetapi diharamkan atas kamu memburu binatang buruan darat selama kamu sedang berihram. Oleh itu, bertaqwalah kepada Allah, yang kepadaNya kamu akan dihimpunkan.” (Surah al-Ma’idah, ayat 96)

Rujukan :
http://www.soyalemon.com
http://infoherbalis.com
Loading...

Tags: #jenis makanan sunnah #makanan berkhasiat yang disebut dalam al-Quran #makanan sunnah #makanan terbaik #makanan terbaik dinyatakan dalam Al quran dan hadith ini memberi manfaat kepada tubuh badan #makanan terbaik yang dinyatakan dalam al-Quran #makanan terbaik yang dinyatakan dalam hadis #makanan terbaik yang dinyatakan dalam hadith #makanan yang disebut dalam quran

Adab Serta Perkara-perkara Sunat Dalam Membaca Al-Qur’an
Al-Qur’an sebagai Kitab Suci, Wahyu Ilahi, mempunyai adab-adab tersendiri bagi orang-orang yang membacanya.
Petua Hilangkan Parut Jerawat
Jerawat merupakan musuh utama kepada semua orang termasuk lelaki dan wanita. Jerawat akan
Cara Memagar Rumah Dalam Islam Beserta Doa
Berpindah ke rumah baru sama ada rumah sendiri yang dibeli ataupun rumah sewa
Wasiat! Ketahui 7 Cara Dalam Menyediakannya
Wasiat merupakan dokumen penyelesaian pusaka berbentuk arahan kepada Wasi untuk menyempurnakan segala hasrat

Comments are closed.