Ketahui Tanda Kucing Akan Melahirkan Anak

Ketahui Tanda Kucing Akan Melahirkan Anak

Tips Mengetahui Tanda- tanda Kucing Yang Akan Melahirkan Anak

  • Puting susu kucing akan mula membengkak dan bewarna kemerah-merahan selepas 15 hingga 18 hari kehamilan. Adakalanya ia akan mengeluarkan cecair seperti susu.
  • Perubahan pada perut kucing akan berlaku. Bahagian bawah abdomen dan perut kucing akan melebar. Apabila tempoh kehamilan semakin lama, perut kucing anda akan kelihatan membesar dan lebih menonjol. Kebanyakan kucing betina akan menunjukkan perubahan pada perut pada penghujung kehamilan. Jika kucing anda jenis yang gemuk atau obese, pertambahan berat dan kegemukkannya akan nampak ketara pada semua bahagian badan, bukan sahaja pada bahagian abdomennya.
  • Ibu kucing akan menunjukkan sikap seperti ingin mencari sarang atau kawasan sesuai, tersorok dan dijangkakan selamat beberapa hari sebelum melahirkan anak. Kebiasaannya lokasi menjadi tumpuan adalah seperti di almari baju, tempat susunan cadar, selimut, baju, tuala atau di sudut-sudut tertentu malah di dalam siling rumah jika mempunyai laluan masuk. Ini merupakan satu langkah sifat semulajadi kucing untuk memastikan keselamatannya.
Loading...

Tags: #keadaan badan kucing hamil #kenapasti kucing nak beranak #kucing melahirkan anak #perilaku kucing ingin melahirkan anak #petanda awal kucing sedia beranak #petanda kucing nak deliver baby #tanda-tanda kucing nak beranak

Tips Halau Kucing Liar Dari Kawasan Rumah Anda
Jika anda ingin mengeluarkan kucing liar dari kawasan rumah anda atau menghentikan tingkah
Kucing Anda Terlalu Gemuk : Bagaimana Mengatasi Masalah Ini?
Bagi kucing yang mempunyai berat badan berlebihan atau obes, perubahan diet dan gaya
Petanda Kucing Peliharaan Anda Sakit
Tanda-tanda kucing sakit boleh berbeza-beza bergantung pada jenis penyakit atau keadaan kesihatan yang
Tanda-tanda Kebaikan Bakal Anda Perolehi Jika Didatangi Kucing Jalanan
Kucing adalah seekor haiwan peliharaan yang manja dan lucu. Disamping ia juga seekor

Leave a reply "Ketahui Tanda Kucing Akan Melahirkan Anak"